hai assalammualaikum

Rumah Ronald McDonald's Bakal Dibina di HUSM Kelantan - Korang mesti tertanya-tanya, apa tu Rumah Ronald McDonald's kan?? Mana yang pernah dengar, ok la, mana yang belum pernah dengar, macam nad sendiri, ni nad bagitau. Nad sendiri baru tau berkenaan Ronalds McDonald's House Charities semasa menghadiri majlis Kejohanan Golf Amal RMHC di Tropicana Golf & Resort Petaling Jaya. Rumah ini bukan rumah untuk orang bercuti macam homestay ke ape ye, tapi rumah ni sebenarnya, khas untuk waris pesakit yang mana anak mereka mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.


Bayangkan, keluarga tu duduk jauh, nak menginap dekat mana bila anak sakit?  Hotel?, mesti memakan kos yang banyak kan. Nak ulang alik dari rumah, perjalanan jauh, rasa tak berbaloi kan. Ada anak yang perlu mendapatkan rawatan lebih dari 3 bulan, sanggup ahli keluarga duduk dan baring di koridor, demi untuk menemani anak mereka yang sakit tu sebab tiada tempat tinggal. Sebab tu terbinanya Rumah Ronalds McDonald's ni bagi memberi kemudahan tempat tinggal sementara untuk keluarga pesakit kanak-kanak tersebut ketika mereka mendapatkan rawatan. Waris pesakit boleh duduk di Rumah Ronald McDonald's ni bagi meringankan beban dan dekat dengan pesakit selama mana mereka menjalani rawatan perubatan di hospital. Kena sangat dengan sloga mereka " Keeping Families Close "

Latarbelakang RMHC Malaysia 

Rumah Ronald McDonald's ni dah lama wujud sejak 1999 lagi. RMHC pertama telah dibina di dalam kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mendapatkan dan menyokong program yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sejak 28 tahun lalu, RMHC Malaysia telah memberi impak positif dalam kehidupan lebih 20,000 kanak-kanak melibatkan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan dengan dana berjumlah lebih RM 20 juta.


Inisiatif-inisiatif RMHC lain yang akan dilaksanakan pada tahun ini termasuklah program Kembali-ke-Sekolah melibatkan kira-kira 20,000 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dengan pemberian kelengkapan sekolah yang baharu untuk sesi persekolahan 2019; program ‘Gift of Smile’ yang menaja kanak-kanak untuk melalui pembedahan sumbing bibir; dan pembinaan lebih banyak Bilik Sensori Ronald McDonald untuk kanak-kanak istimewa.


Nad tengok rumah ni memang sangat cantik dan banyak kemudahan. Hanya dengan RM5 sehari sahaja, keluarga dah boleh menginap di Rumah Ronald Mcdonalds. Murah kan!!

Semasa majlis tersebut, ada perkongsian sedikit daripada keluarga pesakit dan pesakit sendiri semasa menginap di Rumah Ronald McDonald's ni. Memang sedih nad dengar. Sebab mereka bukan dari keluarga yang senang dan duduk jauh. Nak ulang alik memang  penat ditambah dengan anak-anak yang masih kecil. Ada yang terpaksa tidur dalam kereta semata nak temankan anak semasa buat rawatan. Selepas diperkenalkan RMHC ni, mereka memang lega, dan rasa selesa duduk di situ.


Puan Mimi Faizah Lee Abdullah adalah salah seorang keluarga pesakit pediatrik yang telah mendapat manfaat dari Rumah Ronald McDonald's pertama di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2005. Menurut beliau, kemudahan Rumah Ronald McDonald's yang disediakan ini merupakan sesuatu yang amat bermakna semasa anak dan cucu beliau manjalani rawatan kanser di hospital.

“Proses rawatan yang dilalui adalah kadang kala sakit dan menakutkan bagi kanak-kanak kecil, dan berada di samping mereka ketika proses rawatan boleh membantu memberi ketenangan kepada mereka. Selain itu, keluarga yang tinggal di Rumah Ronald McDonald dapat memberi sokongan moral kepada satu sama lain untuk menghadapi tekanan emosi yang dilalui,” kata Mimi Faizah.


Pesakit bernama Amin pula, berkongsi, duduk di rumah RMHC memang sangat seronok sehingga lupa tentang penyakitnya. Dia pun nampak ibu dia sangat gembira di situ sebab ramai kawan. Nampak kan, RMHC memang membantu mereka memberi keselesaan dan memudahkan keluarga pesakit.

Rumah Ronald McDonald's Kedua Akan Dibina di HUSM Kelantan

Rumah Ronald McDonald's kedua yang akan dibina di Hospital USM di Kelantan pula dijadualkan siap dan bersedia menerima kunjungan keluarga mulai suku pertama 2019 .Pelbagai kemudahan yang disediakan untuk keluarga pesakit yang tinggal disini. Selain bilik keluarga rumah Ronald McDonald's bakal menyediakan kemudahan seperti ruang makan, ruang tv, dan ruang istirehat, dapur, bilik mesin basuh, dan juga taman permainan. Ronald McDonald's turut menyediakan Bilik Sensori bagi membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan bantuan peralatan deria khas.


Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Hospital USM & Pengarah Kampus Kesihatan USM berkata, Rumah Ronald McDonald's yang baharu ini semestinya memberi manfaat yang besar memandangkan kebanyakan keluarga yang mendapatkan rawatan untuk anak-anak mereka di Hospital USM merupakan golongan berpendapatan rendah.

“Sebaik-baiknya kita mahu keluarga ini sentiasa berada dekat antara satu sama lain memandangkan proses rawatan kadangkala melibatkan jangka masa yang panjang dan boleh memberi tekanan kepada keluarga dan pesakit sendiri. Sesetengah keluarga juga terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dimana adakalanya melibatkan lebih dua jam perjalanan. Dengan Rumah Ronald McDonald's di Hospital USM, Kelantan yang bakal siap tidak lama lagi, keluarga boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses rawatan dan pemulihan anak mereka di hospital,” kata beliau


Kejohanan Golf Amal RMHC raih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia 

Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah berjaya meraih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald baharu di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang, Kerian, Kelantan. Naib presiden RMHC Malaysia Victor Sim berkata jumlah dana yang berjaya diraih ini menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi rakan-rakan perniagaan McDonald’s kearah menyokong aktiviti-aktiviti amal dan memainkan peranan masing-masing kearah kesejahteraan masyarakat.

“Kami sangat menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh rakan-rakan perniagaan McDonald’s. Memastikan keluarga dan anak-anak mendapat  peluang yang lebih baik dalam kehidupan merupakan matlamat kami di RMHC. Setiap sen yang disumbang kepada RMHC mampu memberi perubahan yang cukup besar dengan memastikan keluarga dapat sentiasa bersama,” kata Sim.


Jom Sama-Sama Membantu

Bagus kan inisiatif yang dilakukan oleh McDonald's ni. Korang pun boleh turut sama-sama membantu dengan memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara. Nad tau, ramai yang suka lepak atau makan makanan Mcdonalds ni, nad sendiri suka. Jadi baki duit yang kita beli makanan tu, tak salah masukkan dalam tabung tu kan. Tabung warna merah tu. Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat menerusi pindahan bank atau online menerusi PayPal.


Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati di sila https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.

Maklumat lanjut mengenai RMHC dan Rumah Ronald McDonald, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.



Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

25 comments so far,Add yours

  1. baru first time dengar ada rumah ronald mcd

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ada rumah ronald mcd ni memudahkan urusan org ramai

    ReplyDelete
  3. Wow this is such a good move to ease the burden of the needy.

    ReplyDelete
  4. Pernah juga dengar pasal rumah ni, bagus kan ada rumah ni

    ReplyDelete
  5. Bagusnya ada RHMC ni..sikap keperihatinan tntg hubungan dan sokongan penjaga dan pesakit sgt2 diambil berat

    ReplyDelete
  6. Baguskan ada RHMC nih. At least daoat membantu memudahkan urusan orang ramai

    ReplyDelete
  7. RHMC ni untuk sesiapa saja kan tanpa kira kaum la ye?

    ReplyDelete
  8. Bagusnya ada perancangan macam ni. Memudahkan pelawat.

    ReplyDelete
  9. Bagus MCD buat program ni. Membantu yang memerlukan terutama yang tidak mampu dr segi kewangan

    ReplyDelete
  10. Oh baru tahu klo Rumah Ronald McDonald's itu untk rawatan anak sakit. Abby pikir tempat makan ayam seperti McDonald's itu hehee..
    Syukur ya bisa ada rumah seperti ini. Semoga berkah.

    ReplyDelete
  11. Wah baru tahu ada rumah kenajikan dari McDonald semoga dengan pekbinaan rumah ini mampu menolong anak yatim dan memberikan manfaat pada yang perlu.

    ReplyDelete
  12. Serius tak tau pun ada rumah kebajikan dari McDonald ni. Bagusnya diaorang buat macam ni. At least dapat kurangkan beban orang kan. Patutnya lebih banyak lagi company yang ada usaha macam ni

    ReplyDelete
  13. Bagusnye they all ada initiative macam ni. Memang kind hearted and benefit for some of us. At leadt can ease the pain for grieving family.

    ReplyDelete
  14. Wah bagusnya ada kemudahan macam ni. RM5 tu kira murah sangat rate. Memudahkan family untuk stay. Tak perlu ulang alik

    ReplyDelete
  15. baru tahu kemudahan ni,Bagusnya ada RHMC ni.

    ReplyDelete
  16. Dekat HUKM ada.Hari2 lalu depan ni sebab keje di HUKm hahaha.Memang bagus rumah ni,banyak beri manfaat dekat pesakit taw.

    ReplyDelete
  17. Kita tak pernah nampak pun rumah ni rupanya ada yer ingat ia adalah rumah yang sedia ada tapi ia dibangunkan khas untuk kanak-kanak yang bermasalah bagus usaha ini kita kena sokong...

    ReplyDelete
  18. Bagus betol dengan inisiatif yang diorang buat ni. Sepatutnya semua hospiral kna da macam ni. Dapat rasa bertapa susahnya Ereka yang kurang berkemmapuan untuk ulang alik dari hospital ke rumah untuk jaga anak mereka yang sakit. Moga dipermudahkan

    ReplyDelete
  19. Bagus betul ya ada kemudahan rumah untuk keluarga pesakit, mana yang kena lama duduk hospital tu..tak payah nak susah ulang alik. Harga pun kira berpatutan sangat

    ReplyDelete
  20. Bagus usaha yang dijalankan oleh McDonalds ni. Semoga mendapat sokongan dari pelbagai pihak kan? Saya kena tetap masukkan duit dalam tabung kebajikan McDonalds kalau pergi makan ni sebagai tanda sokongan..

    ReplyDelete
  21. Benda yang baik kita puji dan ikut, yang tak elok kita jangan ikut. Syarikat ni besar dan keluar duit untuk kebajikan. Pada masa yang sama keluar duit untuk israel dan lakukan penindasan pada rakyat palestin.

    ReplyDelete
  22. Bagus rumah ronald mcdonald nie. Membantu mereka yg di dalam kesusahan. Hopefully akan bina lebih banyak lagi rumah sebegini. Tahniah di atas pembukaan rumah keduanyavdi husm kelantan !

    ReplyDelete
  23. Terbaiklah public relationship McD dgn masyarakat..diharap dgn cara ini, segala fithnah dan tomahan yg dilemparkan kepada McD Malaysia dapat dihapuskan

    ReplyDelete
  24. Mcd Malaysia harus dipuji kerana menyediakan kemudahan begitu berhampiran hospital jd tidak jd masalah bg pengunjung yg mencari tpt penginapan

    ReplyDelete
  25. Baru tau pasal rumah Ronald McDonald ni, bagus usaha diaorang!

    ReplyDelete