hai assalammualaikum

Baby Fiesta 2018 Motherhood Di Starling Mall - Pantang dengar bila ada jualan murah untuk barang baby ni. Mesti nak kena pergi juga sebab masa ni la mommy rasa nak cari macam-macam barang anak. Nad tenagh nak cari untuk baby seat adik, blender adik dan macam-macam lagi la. Adik tengah nak makan, dah duduk, jadi banyak la nak cari..hahaa. Kalau usha dekat luar, harag mahai-mahai nor, jadinya kita usha dekat baby fiesta ni. Haritu juga, mommy hadir ke Baby Fiesta di Starling Mall sebab mommy dinominated antara yang tercalon untuk Ibuencer 2018 anjuran motherhood.com.my . Terharu bila terpilih antara 100 ibu-ibu yang lain.


Sebelum tu, jom nad tunjukkan, barang apa je yang ada dekat Baby Fiesta 2018 ni. Biasalah, Fariza la yang mesti over excited. Eh mommy pun excited..hehhehe..Barang-barang yang ada, semua nampak brand-brand, tapi harga dia memang murah gila-gila.

Masa tu pulak nad pergi tanpa baby carrier. memang dukung adik, jaga kakak..hahaa. Suami tak dapat ikut sebab dia terkehel lutut masa main futsal. Nad jadi powerpuff girl masa tu. Masa tengah usha, nampak baby carrier Ezbaby ni. Memnag lama aim, baby carrier ni sebab ada tempat duduk tu. Adik mesti selesa kalau pakai. Nad ada baby carrier dekat rumah tapi takde bahagian tempat duduk ni. Jadi, fikir Farhanah mesti tak selesa.


Nad pun usha la dan tanya harga. Selalu carrier macam ni boleh tahan mahalnya. Tapi masa dekat sini harga murah juga. Macam tak caya tau..hehee. Cuba pakai, terus rasa suka. Farhanah pun sedap je duduk. Masa ni pulak diaorang ada buat contest, ambil gambar dan share dekat facebook diaorang.



Bila dah rasa, eh rasa nak dapatkan terus. apa lagi, terus beli..hahaha..Memang senang Baby Carrier Ezbaby ni. Tak sakit pinggang, boleh handle Fariza dan Farhanah dalam satu masa. Nanti nad review penuh pasal baby carier ni ok. Korang boleh usha Ezbaby punya facebook dulu ( Ezbaby Malaysia ), kot nak beli kan. Terus mommy jalan usha barang lain dengan mudah..hehee..


Fariza tiba-tiba menjerit " mommy,mommy, Didi and Friends"..hahaa..Ada juga dijual dekat sini. Baju, beg, botol Didi and Friends ada.





Barang seeprti carseat, stroller, semua ada. Barang mandi , lotion baby.


Cute kan Set Botol Rock Star Baby ni..tema rock ok.




Lagi dia nampak tempat dia suka..apa lagi kalau bukan Papan gelongsor ni dengan kereta. Semua ni dari Coby House . Pagar ni pun nampak menarik untuk adik..ahhaa..kasi kurung..Lama Fariza dekat sini, nak sangat suruh mommy belikan untuk dia..


Beg simple dimple ni memnag best dan tahan lasak. sesuai la bawak isi barang anak masa pergi travel..besar pulak tu ruang dia.



Mommy nampak blender baby Philips ni. Memang berkenan sangat. ada dua jenis, satu 3 in 1 , satu lagi 4 in 1..senang kerja kan nak bagi makan anak.




Mainan lagi Fariza nampak. Datang Baby Sale macam ni, kalau takde mainan tak sahla kan..hehee




Yang ni nampak cool sangat. Untuk ibu mengandung atau tak, mesti kita akan rasa kurang selesa bila duduk atau penat buat kerja, atau cuaca panas, nak baring pun tak selesa bila cuaca panas. Ni la dia OCA Hot and Cool Waterpad. Boleh dipakai untuk baring, duduk..Boleh jadi sejuk dan panas. Best kan ada ni, waktu cuaca panas, boleh sejuk badan bila ada ni. Kalau nak panas, beli yang jenis kecik, masukkan dalam oven dan panaskan..best betul.




Memang usha kudapan untuk adik ni. Makanan daripada Bebedang..Farhanah suka sangat. Makan sampai habis. Makanan bebedang ni memnag buat baby kenyang sebab dibuat padat dan takda angin masuk. Bagus sangat. memnag nad grab terus.

Memang ada macam-macam lagi dekat sini. Harini last sampai pukul 10 malam di Starling Mall level 5..pergi ok mommy dan daddy.


Masa ni juga ada buat Ibuencer Award. Teruja tengok mereka yang terpilih sebab mereka ni kawan-kwan nad juga..hehee..



Tahniah korang sebab menang award Ibuencer. Korang memang layak. Dahla semuanya cantik-cantik belaka. Anak pulak kiut, hensem dan cantik..hehee..




Tengok mommy bawak balik apa semua, penuh tangan kiri kanan depan belakang..hahaha..Korang enjoy dan beli apa yang patut dekat Baby fiesta ni..Harga mur-mur je..

Follow instagram beberapa brand yang nad tag ni  di instagram. @cobyhous_malaysia @nubymalaysia @ezbaby_malaysia @babyorganix_official @kathnbelleofficial @luvablefriends_malaysia @philipsaventmy @playgromalaysia @bebedang_malaysia @nubymalaysia @bnbmykr #neogo #simple dimple



Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

14 comments so far,Add yours

  1. wow! macam macam ada. confirm lah rambang mata mak pak nak beli untuk anak-anak ni. Nad pun memacam bawa balik tu.

    ReplyDelete
  2. wah, meriahnya shopping barang baby

    ReplyDelete
  3. wah borong barang baby. ada lagi tak ?

    ReplyDelete
  4. Tak menang tangan mommy nak kendong farhanah lagi, nak pimpin tangan si fariza lagi. Dah lama rasanya tak jumpa si fariza nii, dah besar dah dia.

    ReplyDelete
  5. Punya syok la tengok barang sampai stokin adik tinggal sebelah je..hahaha.. tempat2 gini memang syurga ibu-ibu la ..kan??Nak pulak masa tu baru gaji..Allahu..kalau boleh tak mau balik.hahah

    ReplyDelete
  6. Wow penuh borong ye... Hehe.. Kalau msuk tmpt cmni mmg jd rambang mata..

    ReplyDelete
  7. Meriah dan seronok tgk ramai2 ibu bjumpa dan share pengalaman.. Dan thniah juga bt yg terima awards

    ReplyDelete
  8. ruginya tak dapat pi hari tu.. ada macam2 promosi yea.

    ReplyDelete
  9. Wow! best nyer and baynak nyer barang yang kau beli kat sana.

    ReplyDelete
  10. Waaaa.. Meriahnya nad. Meriah kiri kanan depan belakang diborongnya. Hehe
    Seronok dpt pergi event camtu. Peluang bershopping sekali.

    ReplyDelete
  11. Bestnya. Meriah kalau pergi.. Sambil lerfi event sambil shopping

    ReplyDelete
  12. Lama tak jumpa kak nad ,Ank pun dah dua. Shopping adalah terapi bestkan shopping

    ReplyDelete