hai assalammualaikum

3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway - Sebelum ni nad fikir stroller liner ni tak perlu ada, sebab rasa membazir je beli. Tapi lepas fikir balik, banyak kebaikan pakai stroller liner ni. Yela, kadang stroller yang kita beli tu kain dia panas atau keras dan tak sesuai dengan anak kita. Jadi, letakkan stroller liner ni bagi keselesaan pada anak kita semasa di dalam stroller. Lagipun, Stroller liner sekarang lebih berinovasi mempunyai cooling gel yang membuat anak kita berasa sejuk. Pada amsa sama, bagi mengelakkan stroller daripada kotor.


Kalau cari dekat facebook, instagram atau mana-mana, memang banyak dah stroller liner sekarang ni. Tapi, nad pilih 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway. Sebelum membeli stroller pad, sebaiknya memahami beberapa aspek yang perlu diperhatikan. Pilihlah produk yang aman dan nyaman bagi bayi, serta mudah untuk dipasang. Melihat kepada ciri ciri Stroller Liner Mamaway ni, nad pasti ibu bapa semua pasti suka.


Boleh tengok video ini sekejap, tentang stroller liner Mamaway. Lepas tu boleh baca kenapa nad suka stroller liner ni.

Nad suka dengan 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway ni sebab bentuknya yang kiut tu. Ada bahagian kepala dan bahagian kaki. Lagi satu ada tali yang boleh diikat supaya stroller liner ni yang membuatkan liner ini terletak elok di dalam stroller dan tidak lari atau tergelincir. mekanisme menyerap kejutan memastikan bayi anda mendapat perjalanan yang selesa dan lancar.


Tengokla Farhanah, bukan main selesa lagi duduk dalam stroller ni. 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway mampu mengimbangi pengurusan haba dan kelembapan proaktif  suhu pada kulit bayi dengan menyerap dan menyimpan haba dan kelembapan dalam mikrokapsul untuk mengurangkan kepanasan dan berpeluh. Ini boleh membantu dengan pencegahan ekzema, ruam panas dan kerengsaan kulit. Kain yang dipakai sangat berkualiti, bukan biasa-biasa punya kain. Kainnya yang berkualitiber dan super lembut dipertingkatkan dengan teknologi outlast yang aktif mengimbangi tahap haba dan kelembapan dengan menyerap, menyimpan dan melepaskan haba, menjaga kulit bayi pada suhu optimum 28 c. Ini yang paling penting semasa memilih strolelr liner. Kulit anak kan sangat sensitif.


Korang mesti risau, stroller liner ni akan kotor sebab ia berwarna putih. Jangan risau, sebab stroller liner ni antibakteria, tahan debu dan mudah dibasuh dengan menggunakan mesin. Bahan berkualiti tinggi yang secara semula jadi tahan bakteria dan hama habuk. Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh untuk persekitaran yang mudah dan bersih untuk kulit bayi.


Selain itu, stroller liner Mamaway sangat ventilasi dan menggalakkan peredaran udara. Sokongan 3d yang dipatenkan mampu menampung berat bayi, tidak kira berat berapa daripada kendur.


Paling best, 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway  ni sangat serbaguna. Boleh digunakan untuk  apa sahaja. Ringan dan mudah alih, pelantar kami direka bentuk agar sesuai dengan kebanyakan tempat seperti carseat, car basket dan semestinya stroller.


Mamaway 3D Shock Proof Universal Stroller Liner menyediakan keselesaan termal optimum untuk bayi apabila mereka keluar. Tidak lagi berpeluh, dan berpanas. Diperkaya dengan teknologi yang disahkan NASA. Telah mendapat Lulus Ujian Keselamatan & Antibakteria serta Lulus ujian keselamatan produk tertinggi (AS / NZS 1249: 201). Jadi jangan ragu-ragu lagi ok. Korang boleh tengok stroller liner Mamaway ni di Mamaway website ( 3D Shock Proof Universal Stroller Liner )

Untuk tau lebih lanjut boleh layari
Website : https://my.mamaway.com/
Facebook: https://www.facebook.com/MamawayMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/mamawaymy/
















SHARE 29 comments

Add your comment

  1. Biasanya budak2 tak berapa suka duk dalam stroller kan. Mungkin kurang selesa dengan stroller tu. Kalau ada benda ni rasanya diorang lagi suka kut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada budak2 suka duduk dalam stroller, ada budak yang tak suka. depends pada kanak-kanak sebenarnya. macam anak kawan saya, dia suka sangat duduk dalam stroller, sampai umur 5 tahun masih duk dalam stroller. anak saya yang no 2 ni suka duk stroller, tapi anak no 1 tengok mood dia.

      Delete
  2. saya sangat suka stroller liner. boleh jadi pelapik yang selesa untuk baby tido. thank you nad for sharing

    ReplyDelete
  3. menarik 3 in 1..ada baby nanti boleh try yang ni

    ReplyDelete
  4. penting benda ni. sbb material stroller kdg2 x slesa. anak mudah bpeluh. dlu pn beli pelapik jgk. bgs yg ni..

    ReplyDelete
  5. Menariknya. Anak selesa duduk dalam tu, kita pun seronok. Takdelah dia meragam..

    ReplyDelete
  6. I like purple .. color yg sesuai sgt utk baby gegurl & boboi. Aspek keselamatan pun diutamakan .. superb !!

    ReplyDelete
  7. wow... hebat lah.. stroller all in one cemni.Dl ina cari gak stroller.. tp anak dh besar ni.Nad,agak2 budak 2 tahun still bole duk dlm carseat tu tak?

    ReplyDelete
  8. canggih sekarang ni.. stroller liner pun ada shock absorber. Mesti anak lagi selesa nak dok atau tido dalam stroller...

    ReplyDelete
  9. Bagusnya Farhanah, behave je dia duk dalam stroller. Emi takde pengalaman sangat dengan stroller bagai ni. Tapi tengok ni mcm bagus je.

    ReplyDelete
  10. baru tau ada cooling gel jugak di situ .. baguihhh

    ReplyDelete
  11. Nampak selesa sangat Farhanah duk atas stroller bila ada lapik liner tu. Nti leh rekomen produk ni kat akk CR

    ReplyDelete
  12. Kakfiza ada guna jugak, tapi brand lain. Besttt eh yang ni

    ReplyDelete
  13. Wahh! Best jugak eh brand ni... boleh suggest dkt kakak ni...

    ReplyDelete
  14. Baguslah ada stroller liner mcm ni. Boleh rekemen kat kawan2 yg ada baby.

    ReplyDelete
  15. bgs yer boleh guna bila ke tempat awam

    ReplyDelete
  16. Bagusnya sebab ia serserbaguna , boleh jadi carseat juga .. stroller pun penting gak utk baby

    ReplyDelete
  17. Sng ada liner pad ni..dulu2 k.el main lapik ngan kain baby tu jer..yg ni sng boleh basuh n antibakteria eh

    ReplyDelete
  18. nnt nak usha jugak...sesejak kena jd babysitter ni...macam-macam nak kena beli...sbb tilam dia pun dah kotor sbb kena air la, kena muak muntah dia laa

    ReplyDelete
  19. Senang jugak ada stroler liner ni. Xdelah berpeluh panas. Dan blh jaga stroller nmpk mcm baru je

    ReplyDelete
  20. Dah lama cari liner camni, tq Nad sudi share.

    ReplyDelete
  21. Bagus ada camni, kalau pampers'terbocor' tu senang nak cuci hehe

    ReplyDelete
  22. Bagusnya benda ni..Kalau keluar lama2 pun anak selesa kurang la sikit meragam nya.

    ReplyDelete
  23. mcm nak beli pula. kita xda anak lgi. tpi nak bgi anak buah sbb kuat meragam bila dlm stroller ��

    ReplyDelete
  24. Zira tengok diam je farhana, duduk dalam tu mesti selesa tak meragam

    ReplyDelete
  25. With regards to growing up kids and encouraging Janice Warren them about our general surroundings toys assume a significant job. Playing with toys readies the kids for their social job.

    ReplyDelete
  26. It's for a long time now parents are using baby strollers for its convenience and reliability. But how often do people choose new baby stroller thinking about its safety for babies.
    stroller cup holder

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2