hai assalammualaikum

Perancangan Harijadi Dari Mandi Manda ke Kidz Zone Playground Melawati Mall

Happy Birthday Anakku Fariza Yang Ke 3 Tahun - Makin membesar, makin bijak, makin banyak cakap, yang paling cute, dah pandai merajuk..hahaha. Bulan Oktober, harilahir dia, dan sekarang Fariza dah 3 tahun. Dah jadi seorang kakak, yang akdang kejap baik dengan adik, kejap tak baik. Jeles itu mesti ada. Tapi lama-lama mesti paham, sebab diaornag ni macam kembar ok..huhu.


Seperti biasa, bila birthday Fariza, nad akan rancang sesuatu untu sambut birthday dia tu. Kebetulan waktu tu ada tiket ke Bangi Wonderland. Nad tunggula sampai 23 Oktober, nak bagi dia happy masa birthday dia. Sampai hari yang dinanti, pagi-pagi terus siap-siap kan dua budak ni. Siap pam pelampung, bawak baju semua tu la. Teruja ni nak bawa Fariza mandi manda dekat Bangi Wonderland. Bila sampai sana, kekecewaan yang dapat. Guard cakap Hari Selasa Bangi Wonderland tutup. Nad dah terus down gila-gila. Rasa bersalah pun ya. Rasa bersalah dekat anak dengan suami. Yela, habiskan masa dia, tol dengan minyak kereta. Buang masa lama dekat jalan je..hurmm..Nak repeat balik dah tak tau bila, sebab dah takde banyak masa. Tiket sampai akhir Oktober ni je. Takpela, bagi orang lain jela. Nad pulak tak tengok hari apa tutup..sobsob..

Dalam perjalanan, nad dah diam, mr mafia pun suruh bagi cadangan, nak pergi mana. Muka Fariza pun dah muncung. Ya, merajuk, mana taknya, dah nampak Bangi Wonderland depan mata, seronok nak amndi-mandi, tapi akhirnya tak dapat. Sampai sekarang masih rasa bersalah. Lepas tu nad cadangkan pergi ke tempat mandi KLCC. Mr mafia kata ok, cadangan yang bagus. Tapi...tapi..dalam perjalanan balik tu tengok cuaca macam dah mendung, nak hujan..ermm..

Jadi, fikir punya fikir, mr mafia cadangkan pergi ke playground dekat Melawati Mall. Okla, nad setuju je, biar Fariza happy.


Kidz Zone Melawati Mall

Bila sampai sini, dia pun nampak, punya seronok dia.Okla, bagi lupa pasal mandi manda. Bagi dia main puas-puas dalam ni. Kidz Zone ni terletak dekat Level 6, paling atas sekali.

Harga Tiket Kidz Zone

Hari Biasa
- Kanak-kanak (bawah 2 tahun) : RM 25.00
- Kanak-kanak (Di atas 2 tahun hingga 15 tahun) : RM 48.00

Hujung minggu / cuti umum / Cuti sekolah
- Kanak-kanak (Di bawah 2 tahun) : RM 35.00
- Kanak-kanak (Di atas 2 tahun hingga 15 tahun) : RM 58.00

Tiket ni untuk seorang anak dengan PERCUMA seorang penjaga. Contohnya, seorang anak percuma seorang mak. Kalau bapaknya nak masuk, kena tambah RM5 sahaja. Kira murahla kan. Kalau tempat lain rasa termasuk orang dewasa harga lain, kanak-kanak lain..huhu.

Masuk dalam sini, sama macam tempat playground indoor yang lain. Wajib pakai stokin, tak kira anak dan mak ayah sepanjang di dalam ni. Kalau tak bawak, boleh beli dekat kaunter dia. Macam kitaorang memang tak bawakla..hahaa..Daddy la belikan..Stokin pun cantik..kihkih


Boleh Keluar Masuk!!

Hah!!, istimewanya dekat sini, lepas dah bayar, korang boleh keluar masuk sesuka hati. Dibagi pelekat gelang tangan yang ada bar code dekat situ. Hanya perlu scan bar tersebut dekat pintu masuk tu je.

Main Sampai Puas!!

Dekat sini ada macam-macam jenis permainan, seperti bola pancing, trampolin, pendakian web, slaid gelombang, jambatan tali, terowong merangkak dan banyak lagi. Kidz Zone pun ada kawasan futsal dan kawasan bola keranjang. Lagi Fariza suka..Nad suka tengok tempat ni sebab dia warna biru je semua..hehee..










Ni bukan anak je enjoy main, mak pun enjoy main tau..hahaa.

Tempat ni tak nampak luas mana, tapi selesa la. Macam kitaorang pergi hari biasa, memang tak ramai orang la..hehee..Syok sangatla.

Area Kids



Kalau nak letak macam budak-budak kecik, macam Farhanah tu, bolehla letak dekat sini. Takdelah camour dengan budak-budak besar..hehe



Kalau rasa lapar, dekat sini ada sediakan cafe. Sambil anak main, mak bapak boleh rehat sini . Boleh layan secawan minuman atau makan sambil menjaga anak-anak mereka di kawasan permainan.
Anak pun kalau dah paus main, mesti lapar, hah boleh je order dekat sini.


Dekat sini pun ada tempat untuk sambut birthday tau. Ada macam-macm tema, boleh muat sampai 30 orang dalam satu-satu masa. Menarik jugak kalau sambut birthday anak-anak dekat indoor playground kan, lepas sambut boleh main dekat situ..

Fariza dah tak ingat mak ayah dia. Puas bagi dia main..hehee..balik tu ketiduran semuanya..Yang penting dia happy. Tapi, lusa tu, nad bagi kejutan lagi buat dia seklai kejutan pujuk suami..kah..


Video Fariza enjoy main dekat Kidz Zone ni.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Happy birthday walau ada kisah sedih tapi happy ending ok la kan

    ReplyDelete
  2. takpe nextr year bawak gi mandi mandi hehehe ,bestnya tempat ni haha! happy belated birthday fariza!

    ReplyDelete