hai assalammualaikum

Kitkat Duo Perisa " Teh Tarik " Memang Unik - Rakyat Malaysia memang suka minum Teh Tarik. Teh Tarik, sentiasa menjadi minuman rakyat Malaysia ketika meluangkan masa di kedai kopi, atau majlis keramaian.Nad ni yang sebenarnya tak boleh minum, sebab asal minum teh tarik mesti pening, mual semua, tapi kadang teringin nak minum, mesti tetap minum bagi hilangkan rasa teringin tu. Sedap oo teh tarik ni. Air teh yang dicampur dengan susu, lepas tu ditarik tinggi-tinggi..Tengah taip pun telan air liur je..hahaa. Paling unik, Kitkat ada keluarkan perisa terbaru mereka iaitu Kitkat Duo Milk Tea / Teh Tarik.

Kitkat Duo Perisa Teh Tarik

Siapa pengemar wafer coklat Kitkat, dan penggemar minum air Teh Tarik mesti suka dengan perisa baru keluaran mereka ni. Nad sendiri dah cuba rasai Kitkat perisa Teh Tarik ni, memang rasa teh tarik. Wafer rangup yang datang dengan dua lapisan, iaitu atas perisa teh Tarik, bawah perisa coklat. Bagi nad, Kitkat Teh Tarik ni takda rasa manis mana pun, tapi memang betul rasa Teh Tariknya.

Berehat sebentar bersama Kitkat

Masa ni telefon nad ada masalah, memang serabut gila kepala. Mujur ada Kitkat Duo Perisa Teh Tarik ni dekat rumah. Duduk luar kejap, sambil menikmati Kitkat ni. Tenang sikit fikiran. Betul la tagline dia " berehat sebentar bersama Kitkat "..hahaa. Dekat rumah ni memang stok Kitkat selalu ada. Bila stress makan la Kitkat.

Kitkat Duo Teh Tarik ni boleh didapati di Giant dan Kedai Mesra Petronas. Boleh juga dapatkan secara online di Shopee dan Lazada. Boleh makan Kitkat dekat mana-mana pun dan bila-bila masa. Makan dengan orang tersayang.
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. Teh tarik pulakk...mesti rasa lemak-lemak manis kan? nak kena cuba nih..

    ReplyDelete
  2. Eh ada perisa teh tarik pulak ya. Mimi memang suka kit kat ni. Sebelum ni ada perisa teh hijau dengan strawberi, kali ni teh tarik. Nanti nak beli lah

    ReplyDelete
  3. takjumpa lagi tapi penah tengok iklan kat tv

    ReplyDelete
  4. Kit kat terbaru pulak.. Kena cari ni

    ReplyDelete
  5. kit kat perasa baru ya nad? belum pernah try lagi, kena cuba juga ni

    ReplyDelete
  6. aritu mr hati batu bawakan kitkat.. tak makan lagi sampai sekarang hahahaa

    ReplyDelete
  7. Wah kitkat dah ada perisa baru pulak yer.. yang teh hijau tu pun belum sempat merasa, hihi

    ReplyDelete
  8. Memang sedap dah makan kitkat ni.. Rasa macam minum teh tarik je

    ReplyDelete
  9. Wahhh rasa teh tarik gitu, sedap tak?

    ReplyDelete
  10. Tak pernah rasa perisa teh tarik..setiap kali nak keluar anak minta beli kit kat..lebih-lebih lagi yang kecil sekali ni.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2