hai assalammulaikum

Kedai Cermin Mata Murah, Eye Pro Vision William Sungei Wang Viral - Seumur hidup, tak pernah la nak pakai cermin mata, sebab berlagak, cakap mata kita ni elok je, takda rabun ke apa!! Tak pernah juga pergi cek mata dekat kedai mana-mana. Tapi akhirnya tewas,  kena pakai cermin mata juga. Ku ingat ,orang pakai cermin mata ni sebab rabun je, takda benda lain, tapi rupanya ada juga masalah lain seperti silau. Cek mata haritu dekat satu kedai cermin mata murah yang dikatakan viral di Sg Wang, Eye Pro Vision, baru nad tau, nad ada masalah silau yang tinggi dan rabun sedikit. Sayangkan mata oii, jadi ambil la satu spek mata. Nasib murah..Ambil spek mata baru pun sebab lens Alpha Blue 420. Apa lens tu?? Hah!!, baca sampai bawah, mesti kornag nak dapatkan spek mata baru juga dekat kedai ni..hehee.

Kedai Cermin Mata Murah, Eye Pro Vision William Sungei Wang Viral, Tergoda Dengan Lens Alpha Blue 420

Nak dijadikan cerita, sebenarnya, Isnin baru ni, nad ikut suami pergi ke Sungei Wang Plaza dekat Bukit Bintang. Suami nak jumpa client dia, nad apa lagi, jalan-jalan sekitar dalam tu. Naik ke tingkat Ground Floor (G111 ), nampak satu kedai cermin mata, Eye Pro Vision nama dia. Tengok tengah ada promosi bingkai dengan cermin multicoated hanya RM65. Dalam masa yang sama, nad memang nak cek mata nad. Tak pernah cek kan!!! Sebab selama nad mengadap laptop, telefon, nad kadang sakit mata, mata kabur, kadang tu pening.








Lepas tu disapa dengan orang chinese ni. Muka dia sebiji macam Jae Suk Running Man. Masa mula nampak, tengok eh Jae Suk ke?..haha. Kalau la dapat tengok Jae suk depan-depan, mesti seronok giler, dapat jumpa klon dia pun jadila..hahaha..Dia mulala cakap, tengah ada promosi, spek banyak pilihan, lebih 4000 jenis cermin mata ada. Ada yang jenis bingkai boleh lentur, ada cermin yang bulat, petak, eh semua ada la.

Nad ni dengar je la dia cakap. Lepas tu, nad tanya la dekat dia, kalau macam nad jenis tak rabun, tapi nak pakai spek mata, boleh ke? Alah kadang kan orang trend pakai cermin mata ni. Lepas tu dia cadangkan, boleh, tapi lens guna Alpha Blue 420. Apa benda pulak la tu kan..Nad ni memang la tak tau bab-bab cermin ni la. Tak pernah pakai. Sekali dia offer untuk tunjuk apa kelebihan lens Alpha Blue 420 ni. Hah!!, kita ikut jela..walaupun sebenarnya malas nak dengar..hahaa.

Kelebihan Lens Alpha Blue 420



Tapi, nak tau juga kan, yela mana tau ada rakan-rakan nad tengah cari cermin mata, atau sama situasi dengan nad, nak pakai cermin mata, jadi kita dengarkan jela. Nama chinese ni William. Dia owner kedai cermin mata ni rupanya..huhu. Tapi nad tengok macam Jae Seuk..haahhaa..

Gigih dia terangkan kelebihan Lens Alpha Blue 420 ni, dan nad terus terdiam, terkaku tengok demo dia pasal Apla Blue ni. Mana taknya, korang boleh tengok video nad post ni, giler tak terkejut. Tergoda terus tau tengok cermin ni.



Kelebihan Lens Alpha Blue 420 yang korang kena tau;
- anti silau malam ( macam lampu kereta, tengah drive kadang lampu kereta orang lain terang sangat)
- anti silau untuk pekerja atau pelajar yang mengadap kerja depan laptop, komputer, dan smartphone. Hah!!, ni nad la, kerja 24 jam dengan semua ni.
- 100% block sinar uv dan ultra ungu ( UV420 ).
- Tahan lasak, diketuk banyak kali pun tak pecah, tak calar.
- Mudah dibersihkan daripada ekkotoran, seperti pen marker, tapak tangan.

Hah!!, masa ni nad dah rasa, " ok aku kena dapatkan satu spek "..Nad kerja depan laptop dan smartphone hampir 24 jam, dan setiap hari. Memang bila buat kerja dalam gelap, cahaya lampu dari laptop dan telefon buat mata sakit dan pening kepala. Lens ni memang sesuai sangat untuk nad. Sayangkan mata oii..Pakai waktu nak buat kerja jela.


Harga Alpha Blue 420

Dalam hati, berapa la agaknya harga lens ni ye? Tanya la William, harga macam mana pulak? William kata, harga asal RM250,  tapi promosi, harga cuma RM125 je. Dari harga promosi RM65, tambah RM60 je untuk Aplha Blue 420 ni. Macam tak caya je. Yela, mana taknya dahla canggih sangat cermin dia, sekali harga tambah RM60 jerr..Mana nak dapat kedai lain dengan harga macam ni.


Serius nad cakap, memang nad tak pernah tau harga cermin mata ni berapa, sebab tak pernah pakai cermin mata, tapi nad dengar daripada kawan-kawan nad yang pakai cermin mata, diaorang semua cakap harga mahal, lebih daripada RM150 ke atas.

Alpha blue ni rabun boleh sampai 400 nad rasa William cakap, tapi kalau lebih dari tu, kena tambah sikit duit kot.

Cermin Mata Siap Dalam Masa 1 Jam


Lepas tu, apa lagi, nad terus cakap nak buat cermin mata la. Mula la pening nak pilih cermin mata yang mana. Semua nampak lawa je. Mintak pendapat mr mafia memang tak dapatla, dia semua tak tau. Mintak pendapat kawan-kawan dekat group..hahaa. Last-last mintak pendapat pekerja perempuan dekat situ. Mujur dia suggest yang lawa-lawa..hahaa. Yang jenis bulat. Layanan yang bagus daripada pekerja dia.


Dah pilih tu, kenala cek mata nad ni. Cek punya cek, rupanya nad ada masalah silau yang tinggi dengan rabun sikit. hey!!, terkejut kita tau..





Lepas tu test tengok huruf dekat depan tv tu. Dia letak satu-satu lens, kejap kabur kejap terang. Pandai-pandaila dia kan..huhu..

Lepas tu, dia mintak, cermin mata nad pilih, dia hantar ke kedai dia yang lain untuk buat terus cermin mata nad ni. Woww!!, hebat, haritu juga boleh dapat. Kita suka, kita suka..hehee. Macam tak caya, dengar daripada kawan, diaorang selalu buat spek mata ambil masa 2 ke 3 hari. Macam ni , memang senangla.

Disebabkan kedai dia ni dah viral, kadang ramai orang datang sini, kena tunggu lama sikit. Sambil tunggu, sambil jalan-jalan dekat situ. Agak-agak satu jam, datang semula kedai ni kan.



Cermin Mata Pertama Nad

Tadaaa, siap dah cermin mata pertama nad sepanjang nad hidup ni..kahkahkah..!!..jangan fikir mata kau ok, silalah cek mata korang weii..Sayang mata lebih ni..Lagi siapa yang mengadap, kerja depan laptop, smartphone ni.




Cantik tak, nad suka, sebab dia bulat. Suka yang bingkai hitam, sebab biar nampak kita pakai cermin mata..hahha. Yang penting dia tak kembangkan tudung ok.


Cari William Kalau Datang kedai Eye Pro Vision Sunger Wang ni!!


Hah!!, apa lagi, korang yang nak buat cermin mata, datangla ke kedai William ni. Kalau boleh jumpa William terus, dia akan terangkan apa yang korang nak tau, lagi pasal Alpha Blue 420 ni. William akan layan korang dengan tiptop sekali..heehee

Nad sarankan korang ambil lens Alpha ni..berguna sangat. Pastikan datang kedai masa tak ramai orang, kalau ramai orang, paham-paham jela. Mujur nad pergi tak ramai orang..nak pilih cermin mata pun senang..hehee.



Nad guna masa nak buat kerja depan telefon atau laptop. Selesa dah mata, terang je dan tak sakit mata.


Ni no contact William, cari dia ye bila datang kedai dia..ehhee. Baru tau, kedai ni la yang viral tu. Viral sebab cermin mata dia murah giler!!, hah!, cepat-cepat promosi sampai bila-bila, sampai takde stok.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

40 comments so far,Add yours

  1. Wow! Sesuai sangat cermin mata tu dengan Nad! Nampak muda sangat! Sekarang ni cermin mata bukan setakat untuk jadikan vision kita lebih clear, yang bagusnya boleh lindungi mata sekali apatah lagi untuk kita yang selalu hadap laptop/PC dan gajet kan. Bagus ada pilihan di Eye Pro Vision ni. Murah pulak tu!

    ReplyDelete
  2. over 4000 spec mata! wow banyak nyerr!! and dalam satu jam je boleh siap.. betul ke? mcm menarik je.. and yes! u look great in those glasses you tried!

    ReplyDelete
  3. saya pun tak pakai spek tp drive mlm mmg suah rasanya sebab silau yang tinggi kot

    ReplyDelete
  4. akk pun nak kena ada 1, nak kena jaga mata dah

    ReplyDelete
  5. Kita kalau nak cari sunglass jer hehehe sebab tak pakai spek nak yang warna hitam ada diskaun tak wakakakaka..

    ReplyDelete
  6. Nampak cm student kolej pulak nad pakai spek depan laptop tu. Memang best betul la lens alpha tu, tak sabar pulak nak terjah sg wang bulan depan

    ReplyDelete
  7. Wawa mmg nak cri cermin mata utk spare.. Kenapalah jauh.. Rmi kata kt sini mmg murah & berkuali...

    ReplyDelete
  8. Nampak gaya Rawlins kena pergi terjah Sg Wang hujung minggu ni sebab nak kena beli spare glasses - Rawlins suka simpan glasses here and there, just in case kan

    ReplyDelete
  9. Memang cun sgt ni. Kebetulan nak buat kan spek utk en abg. Dah murah ni boleh sangat lah.

    ReplyDelete
  10. your new glasses look nice. I need a new pair of glasses, will consider this shop. Hope they have good package for me too yeah

    ReplyDelete
  11. kalau nak mengadap komputer .. confirm laa kena pakai cermin mata kan .. murah nya kedai tu . kak azni buat mahal yakmat kat kedai lain.. nnt nak p terjah juga

    ReplyDelete
  12. Memang best len Alpha Blue ni, masa memandu malam pun tak silau dah.

    ReplyDelete
  13. Banyak nya pilihan. Cantik-cantik.

    ReplyDelete
  14. cantiknya pilihan yang nad pakai tu. airah ada baca jugak spec dekat sini lagi murah dari tempat lain. tak sabar nak buat spec sendiri

    ReplyDelete
  15. Menarik la cermin mata kat sini. Rasa nak tukar jenis ni juga la

    ReplyDelete
  16. Ramainya buat cermin mata kat sini, macam nak busy juga je. Lama tak tukar speak

    ReplyDelete
  17. I tak dioffer plak buat spek wpon ada silau sket. mgkn rendah sgt kot.. tp dah buat utk asben dah..

    ReplyDelete
  18. best tau sini...banyak pilihan frame yang kita boleh pilih dan harga pun sangat berbaloi

    ReplyDelete
  19. Ramai bagi feedback yang bagus kan..ni yang akak tka sabar nak pergi buat spec ni..akak nak kena gantikan dengan spec baru sebab memang dah worst dah mata akak...okey boleh terjah kedai ni next week..

    ReplyDelete
  20. memang best buat spek kat sini, first sebab senang nak datang buat , keduanya murah , ketiganya kulaiti dan layanan pun ok...

    ReplyDelete
  21. alamak,rambang mata ni nak pilih adabanyak sangat bentuk ni.Hahh..sudahhh! Best betul ni dengan tawaran harga diberikan

    ReplyDelete
  22. Wah murahnya kak nadia kedai ni. Kite mmg dh kene ambik spec jenis Alpha Blue tu. Malam mmg dh strt silau dan tak nmpk sgt. Nk kene pergi ni. Yeay

    ReplyDelete
  23. Gambar pertama, jangan rapat sangat bergambar dengan cina tu nanti suami jeles haha. Eh ke gambar edit bagi nampak rapat je?

    ReplyDelete
  24. Murah ke?. Menarik ni kalau sesiapa yang nak pakai cermin mata boleh la ke sini. Sesuai je bingkai tu dengan awak eh....

    ReplyDelete
  25. Wah...thanks for the info. Saya pun nak buat specs juga. Asyik ngadap laptop and phone sakit kepala. This lens sounds very good. Will get a pair soon.

    ReplyDelete
  26. Dulu ena pon tak tinggi rabun cuma silau tinggi. Memang drive kereta malam kena pakai spec. Kalau tak langsung tak nampak jalan taw. Nak pulak jenis orang yang suka pakai lampu tinggi. Kalau tak jaga betul selalu sakit mata naik sampai sakit kepala. Tula ena ni degil jarang pakai sekali aritu cek power makin naik.haha.. hope nad maintainla pakai. Kalau tak makin naik nanti silau. Pening kepala.

    ReplyDelete
  27. Banyak pilihan spek mata murah kat sg wang plaza ni. Saya pun rambang mata aritu, husband siap tapau 3 spek mata, saya pulak tak pernah2 pakai spek gatal jugak tapau 1. Harga murah punya pasal :D

    ReplyDelete
  28. Yang pakai spek, memang wajib terjah kedai ni. Best lak tgk lens Alpha 420 tu

    ReplyDelete
  29. Wah!! Murahnya.. AM nak pegi n cuba juga laa.. Mmg plan nak check mata.. Sbb dah rasa susah nak drive bila memalam.. Silau cahaya menyakitkan mata..

    ReplyDelete
  30. Wahhh.. Memang murah sangat tu. Akak buat cermin mata 2 tahun lepas untuk rabun and silau pon tak dapat harga yang nad cakap ni. Siapa yang ada masalah mata tu boleh lah pepergi kedai ni.

    ReplyDelete
  31. Thank u Nad share entry ni sebab kita memang plan nak buat cermin mata baru. Lagi pulak kita memang particular tang glasses dia. kita memang pilih multi coated, uv ray and for computer purposes. kalau tak makin cpat mata sakit! ni harga pun murah! :)

    ReplyDelete
  32. Alahaiii..baru je buat cermin mata..kalau tau tempat ni sure sis ke sini..power mata ni pun dah makin meningkat dah ni..huhuhu

    ReplyDelete
  33. wahh menarik ni NAD, kak ana pun patutnya dah kena tambah power spec dah ni hehe :)

    ReplyDelete
  34. ni yg mintak suggestion kita tu eh...hahaha...aduhaii...kalau la dia cover sampai power 500++ kan bagus :(

    ReplyDelete
  35. Wow ok juga harga tawaran kedai cermin mata ini. Lens Alpha Blue 420 itu nampak canggih and harga nyer pun mampu.

    ReplyDelete
  36. Taktau pulak kak Nadia rabun! Btw, spec nombor 1 and nombor 3 paling sesuai sekali dengan kak Nadia. Pemilihan lens tu yang paling penting sebenarnya. Bingkai murah takpe, asalkan lens berkualiti kan.

    ReplyDelete
  37. Artikel Yang Bagus Gan Mohon izin Comment nya ^_^

    BOLA PELANGI - BANDAR MIX PARLAY TERBESAR DI INDONESIA HANYA DENGAN 1 USER ID SUDAH BISA BERMAIN SEMUA GAME.
    Join US ! klik link di bawah ini ☟
    Prediksi Bola dan Togel.
    Bola Online
    Mix Parlay
    Bola Jalan
    Bandar Bola

    ReplyDelete