hai assalammualaikum

Susu Pekat Teapot Tube Viral - Susu Teapot dari negara jiran ni, selalu je lalu lalang dekat timeline nad. Tengok nampak menarik pulak, sebab susu ni daripada tube dan bukan tin. Macam biasalah, bila nampak unik sikit, nak la cuba juga kan. Lagi-lagi bila ada perisa coklat tu. Nampak kawan blogger Ida Baharum, pergi ke Thailand, dia makan roti dengan susu Teapot ni, nampak menarik. Lepas tu, tiba-tiba ida whatsup, dia cakap, dia ada lebih Teapot ni. Tak fikir panjang, terus order dengan dia. Ya, masa sale 11.11 tu nad tak beli barang apa pun, tapi beli susu Teapot ni..hahaa..


Bila sampai je, terus teruja. Susu Teapot ni ada saiz dia, macam coklat dan strawberry tu saiz sederhana macam tu, strawberry saiz besar. Tapi tak sure, mungkin ada saiz sederhana juga kot. Nad beli dengan ida untuk perisa coklat satu Teapot RM9, Susu Carnation RM8, strawberry RM12. Sebenarnya ada je orang jual online susu Teapot ni, tapi macam baisalah, kita was-was sikit. Bila dengan kawan ni okla kan..haaha.

Bila ada susu tube macam ni, memang mudah digunakan. Buka tutup, tuang je terus dekat atas makanan. Tak kisahla guna untuk apa pun, roti ke, pancake ke, atau air. Tak perlu nak tebuk atau tarik pembuka tin sampai menyakitkan tangan..huhu. Ni anak nad buat pun boleh. Tapi jangan bagi dia satu tube ni, mau di tuang semuanya..habis kang..hahaha..Harga boleh tahan, jadi kena pakai berjimat..kihkih.



Selalu nad guna makan dengan roti. Agak-agak lapar, hah, makan roti denagn coklat tube Teapot ni. Sebab dah banyak perisa, kita pun buat campur-campur. Kadang bubuh coklat dengan susu, kadang bubuh coklat dengan strawberry. Yang penting coklat kena ada. Tekak nak makan coklat je, memang macam ni..hahaa.

Apa yang and rasa, perisa coklat ni takda la manis sangat macam coklat kek tu. Kira ok dengan tekak nad ni. Yang susu carnation tu rasa macam susu dalam tin..heehe..Strawberry ada rasa strawberry la..haha.

Teapot tube ni mudah disimpan. Letak je dlaam peti aias, bawah, bahagian bukan beku. Nak guna tinggal ambil je. jenis tube ni senang je masuk dalam peti ais. Tak perlula takut semut datang ke apa. Tak perlu nak letak bekas berisi air untuk elak semuat datang..hah gitu. Susu Teapot tube ni takdela berat mana, tapi memang sesuai bawak travel ke mana sahaja. Hah!!, senang kan.



Kalau tengok bekas, tulisan Thailand kan, mesti kornag fikir, halal ke tak ni? Jangan risau, ada tanda halal dekat bekas dia. Nad dah rasa, korang nak rasa p la cari online..kihkih..Sesekali nak rasa, tak salah pun.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours