hai assalammualaikum


Wangian Mempesona Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea - Orang perempuan ni memang menitikberatkan bau wangian di seluruh badan. Kalau boleh taknak ada bau busuk yang menusuk hidung, yang kurang menyenangkan orang lain. Bila wangi, keyakinan pun tinggi..gitu..Sebenarnya, ada banyak cara untuk menjaga agar tubuh sentiasa segar dan wangi. Penggunaan body mist juga dapat menjadi salah satu alternatif untuk mengatasi masalah aroma tubuh yang tidak sedap. Body mist yang nad guna sekarang ialah Stay Fresh Body Sparkling Mist.


Nad memang tak pernah pakai body mist ni, tapi bila dapat tau Althea ada keluarkan produk body mist, terus rasa nak cuba. Bila dapat je Stay Fresh Boday Sparkling Mist ni, terus buka dan cuba bau dia. Ya ampun, wangi sungguh. Bau tak berapa berat, harum dan sedap je. Lepastu, setiap kali lepas mandi, nad mesti sembur body mist ni..hehe. Sama juga konsepnya seperti pemakaian minyak wangi, semburan pada kulit, sembur pada bahagian nadi seperti bahagian dalam pergelangan tangan, leher, payudara, belakang lutut dan bahagian dalam siku. Boleh juga sembur seluruh baju, tudung. Bau takda tahan lama, tapi sedap bau dia.

Kerjasama Althea Dengan Titi Kamal

Kalau korang nak tau Stay Fresh Body Sparkling Mist ni merupakan kerjasama terbaru antara Althea dengan pelakon dan penyanyi Indonesia terkenal yang cantik dan manis iaitu Titi Kamal. Titi Kamal  mempunyai bakat dalam berfesyen dan gaya, dan beliau adalah ikon kecantikan yang menawan hati peminat di seluruh Asia Tenggara. Beliau sendiri yang memilih bauan ini. Bauan dia memang harum, campuran feminin buah dan aroma bunga.


Bahan utama yang terdapat dalam Stay Fresh Body Sparkling ini ialah :
Damask rose water – Kulit terhidrat dan memberikan aroma yang cukup lembut.
Sweet orange oil – Bau yang cukup menyegarkan.
Elder flower extract – Selain memberi bau feminin, ianya turut menyejukkan dan melegakan kulit.


Bauan yang manis dan segar dari buah oren, peach dan ros, tidak terlalu kuat, perfume yang lembut apabila disembur di badan. Mempunyai formula yang tidak melekit dan badan akan sentiasa selesa. Saiz yang kecil, boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Bila ada bau busuk je, boleh sembur..hehee. Sesuai untuk mereka yang bersukan juga.

Wangi selalu dengan Stay Fresh Body Sparkling Mist TitiXaltheakorea . Kalau korang nak, korang boleh ke https://my.althea.kr/stay-fresh-body-sparkling-mist
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Serius ni mmg buat jatuh cinta... dan akan repeat beli... fresh sgt baunya.. tiap kali mandi mesti sembur dkt badan..

    ReplyDelete
  2. Meanrik ni, packaging pun cantik

    ReplyDelete
  3. sebab size dia yang kecik senang nak selit dalam beg tu best tu

    ReplyDelete