hai assalammualaikum



Banyaknya Produk Yang Ada di Malaysia Halal Ekspo ( MHE 2019 ) Di KL Convention Centre 

Pelbagai Produk Halal Di Malaysia Halal Ekspo ( MHE 2019 ) KL Convention Centre - Sebelum ni nad ada kongsi di Facebook dan instagram berkenaan Malaysia Halal Ekspo ( MHE 2019 ) yang diadakan pada 24 sehingga 26 January di Kuala Lumpur Convention Centre. Nad ada cakap dengan mr mafia berkenaan ekspo halal ni, dan dia pun setuju untuk pergi. Memandangkan hari Sabtu dia bekerja, jadi, nad pun cadang pergi hari Jumaat. Malaysia Halal Ekspo 2019 buka pada pukul 10 pagi sehingga 6 petang, jadi kitaorang gerak dari rumah pukul 10 pagi. Rumah dengan KL Convention Centre dekat je, tapi paham-paham jela dengan jemnya, tapi tu tak menghalang nak pergi tengok apa produk halal yang ada di MHE 2019 tu. Ekspo ni terbuka, so sesiapa boleh datang dari baby sampailah ke warga tua..hehe. Nad macam biasa, bawak keluarga kecil nad ke sini.




Sampai di KL Convention Centre, terus ke Exhibition hall dia. Sebelum masuk hall, perlu daftar dahulu. Ingat daftar macam biasa, ke kaunter ke apa, nad tengok ramai orang beratur, tanyala staff yang jaga ekspo tu, rupanya kene daftar secara online. Nampak macam susah je, tapi tak, senang je, isi detail kita yang tak sampai 5 minit, lepas tu akan keluar " barcode ". Dengan "barcode" tu la kita akan scan dekat mesin khas dia, untuk mendapatkan pelekat pass masuk ke dalam MHE 2019 tu. Nampak canggih kan..hehee..takyah tulis nama bagai..kihkih. Daftar siap-siap dari rumah pun boleh, di www.mhe.1reg.my ,sampai sini tinggal scan je..huhu..kemudian lekat dekat baju dan boleh masuk.



Banyak aktiviti yang dijalankan semasa ekspo ni berlangsung, antaranya;
- Pameran Halal
- Pocket Talk
- Business Matching
- Islamic innovation Challenge


Jom Tengok Produk Apa Yang Ada Di Malaysia Halal Ekspo ( MHE 2019 )!! Yang Penting Berkualiti dan Halal

Nad ingatkan, sikit jela produk yang ada dekat sini, sebab hanya satu hall je, rupanya banyak giler weii..bukan satu hall, tapi sampai lebih dari dua hall ok..hahaa. dari hujung sampaila ke hujung. Masuk sini, akan tau ni bahagian apa, tu bahagian apa, sebab ada signboard. dekat sini kemudahan semua ada, tandas, tong sampah, tempat rehat. Jom tengok produk apa yang ada di MHE 2019 ni, yang penting produk di sini berkualiti dan halal.








Masuk sini memang tak sedar, sebab akan kusyuk tengok setiap produk yang ada dekat sini. Masuk je terus nampak produk makanan dan minuman. Banyak nad tengok jenis makanan jenis pes dan rempah yang senang disediakan. Masuk dalam kuali je, campak bahan-bahan dan siap. Tak perlu letak perasa sebab makanan tu dah siap dengan rasa..hebat kan.




Booth produk artis pun ade.





Best bila datang ekspo ni, ialah kita dapat merasa dahulu sebelum nak membeli...hehee. Bestnya Fariza la, kalau sedap mesti dia nak lagi dan lagi, akhirnya kena la membeli..hehe. Siap sedia duit yang banyak ye bial datang sini, sebab bukan mak je yang akan suka, anak pun pasti suka makanan dekat sini. Ada je makanan seperti aiskrim, kek dan makanan ringan. Masa ni, nak membeli memang bagus, sebab diaorang ada buat diskaun dan harga semua produk menjadi murah daripada harga biasa.



Apa yang nad tengok, ada produk yang nad pernah nampak dan dengar, ada tu tak pernah nampak dan tak pernah dengar. Bagus bila ada ekspo macam ni, sebab kita baru tau, banyak rupanya produk halal yang ada di MHE 2019 ni. Nad boleh cakap, ada 320 booth pameran yang sertai Malaysia Halal Ekspo 2019 ni. dan nad boleh rasa, semua booth tu nad singgah dan tengok..hahaa.


Susunan untuk setiap booth memang teratur, dan walaupun orang ramai, takda sesak mana. Tapi biasalah, orang bukan datang tengok dan membeli semata, ada tu nak tau produk ni dari mana, macam mana cara membuatnya dan macam-macam lagi la. Masa ni la boleh buat bisness perniagaan sampingan yang mana kita rasa berpotensi untuk dijual. Untuk surirumah macam nad ni, memang ok sangat la kan..hehe. Hah, sebab tu wajibla ambil kad bisness diaorang, lagi bagus kalau korang  ada kad juga, boleh tukar-tukar kad bisness..gitu..







Malaysia Halal Ekspo ( MHE 2019 ), bukan sahaja mempamerkan makanan, malah ada lagi produk lain yang ada seperti
- Produk Halal Kosmetik
- Produk Halal Kesihatan dan Farmasi
- Produk Halal Logistik
- Produk Halal Bioteknologi
- Produk Halal Bahan Ramuan

Macam-macam jenis kosmetik ada tau. Haishh, tak bawak duit banyak tadi. Tapi nad beli juga produk shower gel Cosmoderm. Sabun mandi dah habis, jadi kenala beli.

Kalau korang nak tau, sebenarnya Malaysia Halal Ekspo ( MHE 2019 ) ni diadakan bagi mempromosikan barangan produk dan perkhidmatan halal diterima di negara luar terutama Jepun. Satu projek usahasama Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan agensi SME Corp. Malaysia menganjurkan MHE 2019 dengan tema " Malaysia 2 Japan For Olympic 2020 " adalah  salah satu usaha memastikan industri halal Malaysia dapat menerokai pasaran Jepun menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Bagus apa yang diusahakn oleh MED ni, sebab memberi peluang peniaga tempatan untuk mengetengahkan produk mereka ke pasaran antarabangsa. Pengunjung yang datang ke sini pun nad tengok bukan sahaja orang melayu, malah orang luar negara pun ada.

Nad nampak pun, kebanyakan produk dekat sini, produk yang mudah dibawa travel juga. Makanan dan minuman yang mudah disediakan, kosmetik , semuala..


Esok last Malaysia Halal Ekspo ni tau, korang pergila. Tak rugi kalau pergi, berbaloi sangat. Nak tau lebih lanjut, korang boleh ke
website: http://www.halal-expo.my/
Venue: Kuala Lumpur Convention Center
Time: 10 am - 6 pm
Date: 24-26 January 2019







Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

39 comments so far,Add yours

  1. Macam2 ada kat ekspo halal ye.. Produk yg xtau pon boleh tau kat sini.. Bagus gk atleast xtertanya2 halal ke x..

    ReplyDelete
  2. Alamak terlepas... Alaaa... Harap ada lagi lepas ni...

    ReplyDelete
  3. Nice sharing .. Good info for all us =)

    ReplyDelete
  4. Bestnya kalau dapat pergi.. Macam2 produk blh tgk.. Mau shopping mcm2 hehe

    ReplyDelete
  5. Seronok tengok mcm2 produk halal ni harap dpt keluarkan ke luar negara..k.el blum.lg pergi expo mcm ni

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaa, macam nak pergi ajaaa...macam-macam adaaa..

    ReplyDelete
  7. Wowww... Banyaknya produk halal ni ni Haida tak pernah tau. Bagus sangat ada expo mcm ni.

    ReplyDelete
  8. Memang terbaik penganjuran MHE 2019 kalini..berbaloi sangat pegi.

    ReplyDelete
  9. memang terbaik expo ni,beri peluang usahawan baru tuk pasrkan produk

    ReplyDelete
  10. Waaahh... nad p yerrr. Kemain amik gambor. Nyesal pulak x p. Mcm2 hal weekend nj..

    ReplyDelete
  11. Besttkannn! Dah pegi jugak. Dari pagi sampai nak tutup pusing2 dalam tu haha

    ReplyDelete
  12. wah.. kalau zaman TB kerja dulu mesti office TB pun join gak ekspo2 ni.. best kan.. dok dalam tu leka tengok2 barang2 yang dipamerkan dalam booth2 tu

    ReplyDelete
  13. Bestnyaa dapat shopping byk benda..

    ReplyDelete
  14. ni yang best pergi ke ekspo halal ni.macam² produk boleh beli..yang penting tak diragui

    ReplyDelete
  15. Tak berkesempatan singgah. Bestnya macam2 produk ada. Kak ana nampak ada smoked bbq chicken pit bull tu. Sedap tau produk tu.

    ReplyDelete
  16. Expo yang sangat bermanfaat buat semua.

    ReplyDelete
  17. banyaknay produk halal yang terbaik di pasaran kita kan

    ReplyDelete
  18. Bestnya banyak food testing. Harap lepas ni kalau ada ekpso lagi boleh memperbanyaakn makanan yang sihat sedap dan murah ������������

    ReplyDelete
  19. kat stu 1st time yanie try sarang burung nya.. under fgwalet tu..sedappp

    ReplyDelete
  20. bestnya. banyak booth makanan dan produk yang airah kenal. teringin nak rasa yang sarang burung tu. tak berkesempatan nak pergi sini sebab jauh.harap next time dapat la pergi

    ReplyDelete
  21. There are really a lot of halal products that can be bought here. This expo is really good for those who wanna know more about Halal stuff. :)

    ReplyDelete
  22. Bestnya nad dapat ke situ.
    Bagus juga anjurkan expo macam tu kan. Sekurang kurangnya kita nak membeli segala produk tu yakin. Sbb halal kan.
    Dari segi harga macam mana nad? Mahal tak?

    ReplyDelete
  23. Banyak nya barang kat sana. Seronok dapat tau byk makanan halal mcm ni. And produk selain makanan pun ada jugak eh. Diorang x nak dtg buat expo mcm ni kat Penang ke. Huhu.

    ReplyDelete
  24. Banyak juga produk halal yang ada dalam pasran. Rata-rata produk tempatan oleh pengusaha kecil tu. Bagus diadakan event sebegini, senang nak market ke orang ramai. Semoga bisnes mereka semua terus berkembang maju.

    ReplyDelete
  25. Bestnya ada banyak produk Halal kat sini rugi rasa tak datang sini hari tu hehehehehe kalau tidak boleh dapatkan banyak produk semua menarik dan pastinya Halal hehehehe tak apa next time kalau ada bagi tahu awal-awal ok hehehehe...

    ReplyDelete
  26. Terbaiklah! Cx tak berkesempatan ntk ke sini. Banyak juga ya produk di sini. Halal lagi. Memang berbaloi pergi. Mesti ada promosi kaw². Tak rugi pergi sini kan. Tapi kena ingatlh, duit kena ada kepok² dlm poket. Hehe

    ReplyDelete
  27. Bestnya kalau dapat pergi expo ni macam-macam ada di jual. Tambahan produk yang halal pulak tu..

    ReplyDelete
  28. Wah... Banyaknya makanan halal di sini. I miss out the fair. If not, sure beli banyak makanan balik lepas try sedap. Ha ha ha....

    ReplyDelete
  29. seronok kalau dapat pergi expo macam ni...kita boleh dekati dan lihat sendiri barangan yang halal dan boleh dijadikan stok makanan di rumah...miss la pegi hari tu huhu

    ReplyDelete
  30. Best la dapat gi sini. Yg tak sukanya kalau ramai sangat orang. Rimas. Bestnyer sebab banyak barang boleh beli kat sini. Eh eh Bird's Nest tu pernah beli kat Petronas tu. Pernah try 2 kali dah tapi harga sebotol Rm12++ camtu...

    ReplyDelete
  31. I memang suka pergi expo macam ni. Tapi this year serious terlepas pandang date. Aishhh...banyaknya miss out produk baru ni. Next year mesti nak keep track the date.

    ReplyDelete
  32. Memang best dapat pergi ekspo macam ni. Rugi sangat tak dapat pergi walaupun dah beria ia nak gi. Sis kalau pergi ekspo macam ni memang macam-macam lah yang sis angkut balik..:D

    ReplyDelete
  33. Bestnya dapat gi sana. Banyak produk yang tak pernah tgk dan tahu kan. Memang bagus kalau dapat tahu semua ttg produk tu.

    ReplyDelete
  34. Bestnya Nad dapat perfi sana. Boleh tengok macam macam produk yang kita sendiri tak pernah nampak sebelum ni di pasaran. Kalau Mimi berpeluang datang sini memang borong habis

    ReplyDelete
  35. Alaaa tak tahu pun ada halal expo ni kat klcc haritu. Kalau tahu mesti emi pergi usha2 apa yang boleh dibeli. Takde rezeki agaknya.

    ReplyDelete
  36. Kak selalu pameran mcm nice,seronok dpt rasa mcm2 produk yg ada tp ari tu xdpt pg..best

    ReplyDelete
  37. nice information.... sebbagai muslim kita memang harus pandai2 memmilih makanan halal

    ReplyDelete