hai assalammualaikum

KFC Parmesan Truffle Crunch - Malam semalam, tengok tv, keluar iklan KFC Parmesan Truffle Crunch yang orang tua berjoget tu, makan bersama tu..hehe. Tiba-tiba mr mafia bersuara " nak makan KFC tak, abang belanja"..Memang on jela, dah alang-alang boleh rasa menu baru KFC ni. Dalam pukul 11.30 malam kitaorang keluar pergi KFC Desa Pandan. Dekat situ KFC dia buka sampai lewat malam. Lagipun, kalau ke situ memang puas hati, selalu je dapat ayam besar, ayam masih panas. Sampai je KFC, Fariza la lebih excited, dah kenal dah tempat KFC tu..huhu..


Lepas tu mr mafia pergi order. Dia order KFC Parmesan Truffle Cruch tiga ekor ayam. Set ni didatangkan dengan dua  Parmesan Cheese, sayur coselaw, kentang lenyek dan air. Nad tengok iklan, dia ada macam sejenis kuah yang tuang dekat ayam, tapi tak nampak kuah tu. Rupanya dia dah tuang siap-siap dekat ayam, dan namanya Truffle Dressing Oil. Kalau korang perasan dekat gambar ayam tu, ada warna putih-putih dekat ayam tu, tu la Truffle Dressing Oil dia.

Sebab masa nad makan ayam tu, rasa masin pulak. Masa makan tu memang tak tau tu truffle dressing oil, lepas habis makan, nad google, nad baca, hah baru tau..hahaa. Rasa Truffle Dressing oil ni masin giler, macam bawang putih diletak garam..Nad letak sos baru sedap.


Cara makan, letak parmesan cheese tu dekat ayam..Lepas tu ngap la..Sedap memang sedap, siapa suka makan cheese, okla. Mr mafia pun kata sedap parmesan cheese tu. Dia tu mana suka makan cheese sangat, tiba-tiba kata ni sedap..hahaa.Jadi maknanya ni sedapla..haha. Kulit ayam tu pun rangup. Ok la rasa dia. Cuma yang masin tu la menganggu sikit.


Layan video nad makan ok..haahaha..maafin, malam tu memang dah lapar. Makan lewat sebab keluar lambat, mr mafia ada tetamu pulak datang rumah malam tu. Tu yang makan gelojoh sikit..hehee..

Harga ayam ni RM2++.++ ..hahaa..lupa pulak nak cakap dengan mr mafia..kihkih..dah lapor..kita makan jela..Korang bolehla cuba..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. nampak muka kelapran disitu nad..haha

    ReplyDelete
  2. Wah! Cx belum cuba lagi makan kfc cheese parmesan ni. Cx mmg suka cheese² ni. Hehe nanti blh cuba

    ReplyDelete
  3. sedapnyaa aduh.

    suka betoi benda cheese cheese ni. tak sabar nak try, yumms

    ReplyDelete
  4. Kak ana punya hari tu just nice. Kalau masin mmg kak ana tak makan lah sebab kak ana tak kuat masin lgsg.

    ReplyDelete
  5. eh sejak bila pulak ada yang ni. tak perasan pulak. tp kfc ni yang telur masin haritu paling best gilak!

    ReplyDelete