hai assalammualaikum

Hai Ladies, Sila Jaga Miss V atau Bahagian Intim Anda Dengan Betul!!

Tips Penjagaan Miss V Kekal Bersih , Segar dan Wangi - Miss V, alat sulit, faraj, bahagian intim, dan macam-macam lagi gelaran untuk bahagian peribadi wanita ini sangat penting untuk dijaga. Selalunya kita amik tau pasal penjagaan luaran sahaja, tapi bahagian tersembunyi ni, kita pandang remeh. Tau tak, bahagian miss v merupakan aset wanita yang perlu diberi perhatian yang tinggi dan  kita patut jaga dengan betul seawal dari remaja lagi. Penjagaan miss v yang betul dapat elakkan bahagian keintiman kita daripada terkena pelbagai penyakit.

Antara penyakit yang dialami bahagian miss v ni ,  rasa gatal dekat bahagian intim, atau rasa bau yang kurang menyenangkan akibat keputihan. Bagi yang dah berkahwin, bahagian tu semakin longgar..hah!!,  mesti ada kan. Hah direct terus nad cakap tau..takde dah tapis-tapis..hahaa..biar korang paham. Sebab tu nad cakap, penjagaan bahagian ni memang sangat penting. Perlu diamalkan sejak remaja lagi, supaya bila dah meningkat usia nanti, dah beranak pinak, takda masalah ni semua. Nak cakap dengan orang malu kan, jadi google la produk apa yang sesuai untuk penjagaan miss v ni.


Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash

Memang banyak produk penjagaan keintiman ni dekat luar sana. Disarankan supaya berhati-hati memilih produk meneliti kandungan, bahan dan sumber pencuci terlebih dahulu. Misalnya pilih pencuci yang tidak memberi kesan sampingan, diuji secara klinikal,kandungan pH yang sesuai untuk faraj dan terbukti kebersihannya. Pernah, nad pakai produk penjgaan intim yang lagi buatkan miss v nad semakin gatal. Sejak tu, nad takut nak guna produk penjagaan keintiman ni. Nad basuh dengan air biasa je. Tapi rasa macam tak cukup sahaja bila basuh dengan air. Sampaila nad nampak produk penjagaan miss v dari Cosmoderm iaitu Manjakani Hygiene Wash.


Cosmoderm ada dua produk pencuci bahagian intim ni, yang nad pilih ialah Manjakani Hygiene wash sesuai untuk yang dah berkahwin dan wanita dewasa. Botol berwarna pinky gitu. Botol saiz 375ml dengan harga RM18.90. Botol berbentuk pump dan mudah digunakan. Korang boleh tengok dekat website cosmoderm.

Sejak nad pakai produk ni, nad takda rasa gatal pun, lagi selesa adalah. Masa basuh bahagian intim tu, rasa sejuk je. Memang best la. Wangi pun ya..heehe. Ssssyyhhhhhhhh....khas untuk yang dah berkahwin sahaja. Suami makin sayang tau..hahhahaha..Katanya boleh bagi ketat mana yang longgar..gituhh..


Terang-terang produk ni dah bagitau ia adalah manjakani hygiene wash, maknanya ramuan dia ada manjakani. 99% Manjakani dengan ektrak herbal tradisional iaitu ada juga kacip fatimah dan sireh. Korang mesti ada baca, betapa bagusnya ketiga-tiga bahan ini kan. Orang dulu pun pakai bahan-bahan ni tau. Lagi bagus sebab Zero Paraben , SLS dan SLES . Sebab tu nad pakai selesa je, dan tidak mengeringkan. Nad rasa makin bersih dan segar je.


Kelebihan Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash
- Membantu mencerahkan dan menyamankan kulit di bahagian intim
- Haruman yang lembut dan eksotik
- Membantu meredakan iritasi kulit
- Membantu mencerahkan celahan peha dengan penggunaan yang kerap
- Membantu mengimbangi PH di kawasan vagina
- Sesuai digunakan untuk semua golongan wanita


Cara penggunaan
Disebabkan botol jenis pump, jadi ia mudah digunakan. Hanya tekan sedikit sahaja Manjakani Hygiene Wash ini di atas tapak tangan yang lembap. kemudian, bersihkan terus di bahagian intim dengan lembut. Basuh sekejap sahaja kemudian bilas dengan air. Rasa nyaman, sejuk je dan wangi. Sejuk sekejap sahaja, tapi memang rasa segar..hehee.


Teksturnya nampak pekat, jadi picit sedikit sahaja, jangan ambil macam nak pakai sabun badan pulak..hahaa. Botol besar, boleh tahan berbulan-bulan.

Masalah bahagian intim ni kalau jadi teruk boleh menggangu kehidupan seharian kita. Semua benda serba tak kena. Lagi teruk bila ada masalah bau dan keputihan yang banyak sehingga melekat di tempat yang kita duduk. Jadi macam tu malu ooo..Bagi yang dah berkahwin, tidak selesa semasa melakukan seks. Jadi, cepat-cepatla cari penyelesaiannya dan jangan pandang remeh pasal penjagaan dalaman ni.

Jadi, sesiapa tengah cari pencuci bahagian intim ni, nad syorkan Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash ni. Botol besar, harga berpatutan. Mempunyai status halal dan kelulusan dari GMP.  Suami pun kena ambil tau berkenaan pencuci intim ni tau. Yela, untuk isteri juga. Bila baca ni, rasa nak suruh isteri pakai, why not, belikan jela kan. Bukan mahal pun..huhu..demi kebahagiaan bersama..gituhh...


Harga Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash: 
Mempunyai dua saiz
- Saiz 150ml hanya RM12.90
- Saiz 375ml hanya RM18.90
- Botol berwarna pink
- Khas untuk wanita dewasa dan berumahtangga

Ada juga untuk remaja iaitu Soothing Hygiene Wash botol berwarna kuning. Mana yang ada anak perempuan, remaja tu bolehla suruh mereka cuci dengan itu.

Cosmoderm Soothing Hygiene Wash
- Saiz 150ml hanya RM9.90
- Saiz 375ml hanya RM16.90
- Botol berwarna kuning
- Khas untuk wanita dan remaja

Barang Cosmoderm mudah didapati sama ada di online mereka iaitu www.cosmoderm.com.my atau di Aeon Wellness , Caring , Watsons dan farmasi yang terdekat.
Ikuti berkenaan Cosmoderm juga di
Facebook: https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram: https://www.instagram.com/cosmoderm/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

19 comments so far,Add yours

  1. bestnkan manjakani feminie wash ni. saya pun suka

    ReplyDelete
  2. best juga manjakani ni.macam betul-betul mencuci guna buah manjakani.Rasa nyaman jerrr

    ReplyDelete
  3. I pernah cuba skincare Cosmoderm and its good also. But yang ini belum cuba lagi, nanti i carikan.

    ReplyDelete
  4. bagus produk cosmoderm ni kan, huda dah try macam2 jenis produk penjagaan diri. Tapi yang produk manjakani hygiene wash ni huda belum try lagi. nanti nak beli lah..

    ReplyDelete
  5. bagusnya ada manjakani.. nak try beli lah kalau stok sekarang dah habis.. harga dia pun ok gak kan..

    ReplyDelete
  6. Cosmoderm dh ada pcuci ni ye.. Biasa guna sumber ayu.. Blh try lah bila2 jenama ni

    ReplyDelete
  7. Feminine wash is something that many overlook. I use this a lot to for my V-care. I would love to check out Cosmoderm too. Manjakani is a good herbs for women.

    ReplyDelete
  8. ehh manjakani cosmoderm mmg ade ea.. Wahh bagus ni utk feminine wash ada skli.. Sbb ramai kata produk cosmoderm tu okay..

    ReplyDelete
  9. selalu dgr pasal produk cosmoderm ni, ingatkan untuk muka je. boleh try la pasni, harga pun murah je, senang pulak tu sebab pakai pump kan, konfirm kebersihan terjaga

    ReplyDelete
  10. Berbaloi lah harga dia dalam RM 12 lebih je. Lagipun cosmoderm punya brand selalu bagus.

    ReplyDelete
  11. Bestnya cosmoderm memang memahami hati wanita, produk ini dicipta untuk wanita.. nak cubalah nanti.. wanita kena cuba!

    ReplyDelete
  12. tak sangka banyak jugak produk cosmoderm yang bagus untuk seisi keluarga. harga pun boleh tahan mur mur untuk rakyat malaysia beli.

    ReplyDelete
  13. Suka sangat feminine wash berasaskan manjakani. Sebab rasa bersih je. Harga masih mampu milik . Thanks for info nadia.

    ReplyDelete
  14. This feminine wash is really a must for all women right? It can help you to feel clean and confident all the time. :)

    ReplyDelete
  15. Cosmoderm ni mmg bagus. Kak min pun pakai ni dan memang sampai sekarang tak tinggal pakai heheh mmg terbaik

    ReplyDelete
  16. Wahh berkeyakinan terus guna manjakani cosmodern, muka ada nur :)

    ReplyDelete
  17. Kak Nina pun guna Cosmoderm Manjakani untuk penjagaan Miss V.
    Untuk anak sulung kak Nina yang dah remaja tuu dia pakai Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash.
    Suka Cosmoderm sebab Harga berpatutan dan produk berkualiti

    ReplyDelete
  18. menarik juga nak cuba produk ni. tak tahu pula brand ni ada produk hygine wash ingat produk penjagaan muka sahaja. tenkiu atas info yg di sharing ya sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  19. Boleh lah Cuba pencuci cosmoderm ni nanti. Selalu guna shower gel dia je.

    ReplyDelete