hai assalammualaikum


Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat ( BSHR ) Fasa Pertama Dah Masuk Dalam Maybank Semalam 28 Januari 2019

Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 Fasa Pertama - Dah dua hari tak cek maybank2u, sekali harini nad cek untuk tengok ada duit masuk ke tidak..huhu..Biasalah surirumah, duit masuk melalui  job partime, bukan masuk sebulan-sebulan, kadang ambil masa berbulan-bulan. Harini nad cek maybank2u, eh namapk duit bertambah. Tengok transaksi, eh duit Bantuan Sara Hidup Rakyat ( BSHR ) untuk fasa pertama masukla. Nad ada baca sebelum ni berkenaan BSHR ni, tapi tu bagitau berkenaan status cek, dan permohonan. Nad tak ambil tau sangat pun sebenarnya, tapi dalam hati berharap dapat. Sebab nad dengan suami kerja sendiri, duit pun bukan bulan-bulan dapat. Memang memerlukan sangat. Alhamdulillah, syukur, dapat juga.

Nad tak cek pun, nad ni lulus ke tidak untuk BSHR kali ni. Bersyukur la sebab terpilih untuk menrima BSHR ni. Membantu sangat sekarang..huhu..Untuk fasa pertama pertama dapat bayaran sebanyak RM300.

Tapi nad dapat tau, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baru seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Proses kemas kini data perlu dilaksanakan untuk  pembayaran BSH 2019 fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan Program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah. Kriteria pembayaran dan kaedah baru akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat. Agaknya macm mana la ye..

Kerajaan telah  meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk menjaminkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka. Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan B40 dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran BSH 2019 fasa pertama telah dilaksanakan pada 28 Januari 2019 (Isnin) mengikut pangkalan data lama dan kaedah lama.

Bayaran BSH 2019 seperti di bawah ini:
Yang isi rumah gaji dan pendapatan RM2 ribu ke bawah : RM1 Ribu
Yang isi rumah gaji dan pendapatan RM2,001 hingga RM3 ribu : RM750
Yang isi rumah bawah RM4 ribu : RM500

Sesiapa yang ada anak anda akan dapat tambahan RM120 untuk setiap seorang (maksimum 4 orang sahaja tetapi tida had jikalau anda ada anak oku)

Kategori yang layak menerima BSHR 2019
- Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:

Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
Warga emas sebatang kara

 Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:

Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
Bujang yang mempunyai tanggungan

 Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan. Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari
Website: https://bsh.hasil.gov.my/
Semakan : https://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2