Articles by "BRIM"
Showing posts with label BRIM. Show all posts
hai assalammualaikum

Brim 2018 Kemasukan Fasa Pertama - Dari bulan lepas, cek bank, duit BRIM dah masuk belum. Tapi sebelum tu, nad cek dulu semakan status, sama ada nad lulus atau tidak dapat BRIM 2018 dekat https://ebr1m.hasil.gov.my .Ahamdullillah nad lulus. Sejak tau lulus, dikatakn dapat BRIM pada 26 Februari, kawan nad dah dapat, tapi nad tak dapat-dapat lagi.

" Pembayaran Fasa 1 BR1M 2018 adalah mulai 26 Februari 2018 (Isnin) yang akan dibuat secara berperingkat. Pemohon yang berjaya dan ada mengemukakan maklumat akaun bank ketika permohonan, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, pembayaran adalah secara pemberian baucar melalui majlis yang akan diadakan oleh SUK / SDO. "

jadi nad cek jela dalam bank dah masuk belum. Tak masuk-masuk lagi, sampaila semalam cek, baru masuk. Takpela lambat, asalkan duit masuk.


Cek Semakan Status Guna Apps Brim

Sebelum ni, buka link ebrim, boleh je cek terus macam tu, tapi bila baca notis dia tinggalkan, semakan status tengok dekat apps BRIM yang perlu didownload. Tak tau la kalau buka laptop kan. Nad tengok dekat phone.

" Semakan status kelulusan permohonan BR1M 2018 boleh dibuat mulai 19 Februari 2018 jam 12 tengahari. Semakan boleh dibuat secara dalam talian (https://ebr1m.hasil.gov.my) dimenu MyBR1M, melalui Aplikasi Mobile Semakan BR1M (muat turun di Play Store / App Store) atau hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran."





Nak taknak kena download. Isi kad pengenalan, tekan semakan status. Nanti keluar la soalan berkaitan untuk keselamatan. Bila dah jawab semua, keluar la status korang, siap details semua.





Kalau bujang, bolehlah dapat sekaligus.  Yang berkeluarga, dapatla berperingkat. Jadinya RM400 dapat untuk fasa pertama. Duit ni dapatla bagi dekat mak, ayah dengan kakak yang susah payah jaga nad masa pantang. Kenala bagi diaorang. Takpe, nanti dapat lagi untuk fasa kedua dan ketiga. Yang tu kita simpan dalam bank..huhu..Nad surirumah, jadi syukurla dapat duit BRIM. Dapatla bantu sikit-sikit ni.

Permohonan Rayuan BRIM 2018

" Permohonan Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula 02 April 2018 sehingga 31 Mei 2018 (tertakluk pada pindaan). Sila klik  untuk keterangan Kod Alasan Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan yang perlu dibawa semasa tempoh rayuan.Kaunter Rayuan BR1M 2018 di Cawangan LHDNM hanya dibuka pada hari bekerja sahaja. Sila Klik  Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan BR1M 2018 di semua Cawangan LHDNM."

Siapa tak dapat tu, bolehla buat rayuan, mana yang nak duit BRIM la ye. Bolehla pergi ke https://ebr1m.hasil.gov.my

Pru pun dah nak dekat. Undi siapa, tu biarlah rahsia..hahhaa..


hai assalammualaikum

Kemaskini Brim 2018 - Sesiapa nak BRIM 2018 bolehla kemaskini borang korang melalui online. Mana yang takda nak buat pertukaran, takyah la tukar, yang pindah ke, tukar gaji ke, tambah anak,baru kawin ke, nak kemaskini, boleh dah nak kemas kini supaya korang dapat BRIM 2018. Nad takda nak tukar apa-apa lagi.

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.


Permohonan Dan Kemaskini BRIM 2018 Telah dibuka

Permohonan dan kemaskini maklumat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) tahun 2018 boleh dibuat mulai 27 November sehingga 31 Disember ini. Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan, pemohon boleh membuat permohonan dan kemaskini melalui kaedah manual menerusi pengisian borang selain permohonan serta kemas kini dalam talian. Borang permohonan 2018 bleh didapati secara percuma di mana-mana Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) atau Pusaat Khidmat Hasil ( PKH ) atau Pusat Transformasi Bandar ( UTC).

Dokumen Salinan Yang Perlu dikemukakan ialah:
- MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan).
- Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda.
- Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Maklumat Penting Yang Perlu Kemaskini
Kemaskini maklumat adalah penting bagi mengelakkan permohonan BR1M 2018 anda ditolak. Ada 6 perkara penting perlu diberi perhatian.
- Status perkahwinan. Iaitu kahwin, cerai atau kematian pasangan(nyatakan tarikh penceraian dan kematian pasangan.
-Alamat surat menyurat terkini dan email.
- Nombor telefon bimbit dan rumah.
- Maklumat akaun bank(Persendirian sahaja).
- Maklumat pasangan dan tanggungan. Pastikan maklumat nombor kad pengenalan seperti MyKad, MyPR, MyKAS, MyKID, Passport dan Visa serta sijil lahir diisi dengan tepat dan jelas.
- Maklumat waris. Ini bagi membolehkan waris membuat tuntutan Skim Khairat Kematian dan baki BR1M.

Nak mudah lagi, pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BRIM https://ebr1m.hasil.gov.my, malah pemohonan juga boleh dibuat di portal tu juga. Kalau sebelum ni ada pasangan yang menerima BRIM tapi telah meninggal dunia atau sesiapa yang tidak layak permohonan BRIM 2017, korang boleh cuba mohon semula untuk mendapatkan BRIM 2018. Lagi senang korang isi borang je. Sebab takut online diaorang tak masuk ke apa kan. Duit tu, siapa yang taknak..hahaha.

Bayaran BRIM 2018 Mengikut Kategori



Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut bolehla menghubungi talian bebas tol 1 800 88 2716 serta emel br1m@treasure.gov.my.














hai assalammualaikum

BRIM 2017 Fasa Ketiga

Brim 2017 Fasa Ketiga - Seperti kita tau, BRIM masuk berperingkat-peringkat. Fasa pertama pada februari, tapi nad dapat pada March ( BRIM Pertama ), fasa kedua pula nad dapat pada June ( BRIM Kedua ) dan fasa ketiga, iaitu fasa terakhir untuk mereka yang berkeluarga dapat pada bulan Ogos. Haritu nampak dekat berita dah beritahu pasal BRIM fasa terakhir tu, tapi masa tu tak masuk lagi dalam bank nad.


Lepas tu, nad cek maybank2u, alhamdulillah, dah masuk. Semua duit BRIM yang berperingkat masuk tu nad simpan. Tak guna pun. Dah dapat tu kena la simpan bagi tambah duit. Kena guna dengan betul dan jangan boros. Masuk pun berperingkat, bukan sekaligus, sayang kalau guna. Kalau dulu dapat masa bujang memnag gunala..hahaa. Dah berkeluarga ni, nampak betapa pentingnya duit untuk masa depan.



BRIM dapat ni, untuk mereka yang dapat RM400 dan RM 300.

BR1M 2017 telah pun diumumkan melalui laman web rasmi ebr1m. Jangan lupa untuk mengemaskini butir peribadi anda untuk BR1M 2018 yang akan datang dan dengar cerita bayaran akan dinaikkan.

Pemohon disarankan melayari Portal Rasmi e-BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my kerana sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dalam Portal rasmi tersebut

Sila ambil perhatian terhadap setiap pemberitahuan. Peringatan yang dinyatakan dalam Portal Rasmi e-BR1M.


hai assalammualaikum


Sebelum ni nampak orang post dekat facebook, dia tulis, pasal brim, bonus, apa ntah lagi lupa pulak. Yang kita ni, memang selalu la cek maybank2u tengok duit ape masuk..haahha. Pada masa sama, mengharap duit BRIM masuk..kihkih. Yela, nak raya, kena guna duit. Harini macam biasa, setiap pagi cek maybank2u. Tiba-tiba tengok angka, eh bertambah pula duit..banyak pulak tu..Apa lagi gigih tengok bahagian transaction. Syukur, duit BRIM masuk rupanya..hehehe..

Duit ni bukan guna untuk raya pun. Nad simpan, lepas tu nak guna untuk bayar PTPTN..ermm..kang ada yang tertunggak PTPTN tu kang..Duit BRIM ni untuk fasa kedua. Fasa pertama dah dapat haritu. Tinggal satu lagi fasa la iaitu fasa ketiga..lepas tu tunggu la tahun depan nak dapat BRIM lagi..hehee. Nad daftar bawah keluarga. Jadi dapatla jumlah untuk keluarga. Alhamdulillah, bolehla tampung sikit perbelanjaan ni.

Kira ni macam duit raya la kan..hahaha. Orang memberi, kita terima dengan hati terbuka..bukan senang orang nak bagi macam tu je kan. Walaupun kena isi borang bagai..hehhee. Marilah kita simpan, dan beranakkan dia menjadi jumlah yang banyak. Dalam ekonomi yang tak menentu ni, tak boleh membazir, boros. Kene jimat cermat. Habis macam tu je rugi betul.

Yang masa fasa pertama pun nad simpan, tak guna. Jadi untuk duit BRIM ni memang nad nak simpan. Bolehla gunakan untuk emergency kes ke ape..

Kalau nak tau pasal BRIM ni boleh terus berhubung terus dengan talian bebas tol  1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan Malaysia) ataupun hantar kepada emel ke br1m@treasury.gov.my.


hai assalammualaikum

Brim 2017 Lulus, Duit Dah Masuk Bank

Sana sini sibuk dengan Brim. Nad pun sibuk juga, tapi takdela update status bagai. Cuma bila dah ada tu baru buat status. Setiap hari baca Brim dalam proses, Brim Dah lulus duit tak masuk. Semalam pulak, kisah Brim tidak lulus disebabakan SSM, tidak ada pengesahan pendapatan pemohon atau pasangan. Semua ni nad dah pernah rasa. Sebab tu kadang malas nak bising-bising. Kalau dapat syukur, tak dapat takpela.





Tapi untuk tahun ni, alhamdulillah, Brim nad lulus dan dah masuk duit dalam akaun. Harini 7.3.2017. Selalu cek juga bank, ish tak masuk-masuk, harini cek, alhamdulillah, tengok jumlah duit bertambah. Tengok transaction, dia tulis Brim untuk Fasa 1. Syukur. Dapatlah tampung duit perbelanjaan surirumah ni. Yela suami kerja sendiri, dia tanggung semua dalam rumah ni. Jadi duit Brim nad dapat ni, biorlah nad simpan, biar beranak pinak. Taknak guna, taknak boros.

Nak semak Brim korang boleh pergi ke e-BRIM .

Masa bujang dulu 2014 dan 2015 nad dapat duit Brim, tapi itu untuk bujang. 2016 nad tak dapat, sebab nad dah update dekat website tulis status perkahwinan. Letak nama suami dan anak semua. Tak dapat sebab tiada pengesahan pendapatan pemohon / pasangan dan sebagainya la. Sebelum tu memang abang kandung ada cakap, kene tunjuk semua, kena pergi LHDN tu. Tap nad malas. Masa tu tak kisahla cakap tak dapat pun takpe.

Entry berkaitan : Brim 2014 , Brim 2015

Isi Borang Brim 2017 Yang Baru

Untuk tahun 2017 ni, nad kena dapatlan duit Brim, sebab nak simpan duit untuk emergency kes ke, untuk tambah pendapatan kan. Tahun baru ni nad isi borang baru, klipkan sekali kad pengenalan suami, isiteri dan anak punya mykid. Lepas tu hantar ke LHDN. Tak buat dekat laptop, takut tak dapat lagi.

Lepas waktunya, cek semakan Brim. Mula-mula cek, DALAM PROSES, leas tu dalam proses gak, lama jugakla, lepas tu tak cek..dalam beberapa minggu terdetik nak cek, alhamdulillah, LULUS, tapi duit tak masuk lagi. Setiap hari cek bank..hahhaa. Harini cek, alhamdulillah, dah masuk duit Brim untuk fasa pertama. Dapat RM400 untuk pertama. Ada tiga fasa. Syukur sangat.

Kena guna duit dengan sebaiknya.
hai assalammualaikum

Brim Kemasukan Kedua Dah Masuk  - sebelum ni memang dah dibagitau yang BRIM masuk secara berperingkat. Yang berkeluarga akan dapat berperingkat,manakala yang bujang dapat sekali je. Nad ni kategori yang dah berkeluarga la..hehee..BRIM yang pertama masuk haritu January haritu, entry ada dekat SINI. Manakala kemasukan yang kedua masuk bulan Mei ni. dan cek dalam maybank aritu dah masuk..alhamdulillah..


Pemohon yang layak akan menerima Bayaran BR1M 2015 tiga (3) kali setahun. Bayaran kali pertama akan dibuat pada Januari. Bayaran kali kedua pada bulan Mei dan bayaran kali ketiga pada bulan September.

Bayaran BR1M 2015

Bayaran RM950.00 berkeluarga kepada pemohon berpendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
  1. Januari RM300
  2. Mei RM300
  3. September RM350
Bayaran RM750.00 berkeluarga kepada pemohon berpendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 – RM4,000.
  1. Januari RM200
  2. Mei RM200
  3. September RM350
Duit yang dapat nad akan simpan. Lagi-lagi untuk baby sekarang. Semuanya untuk baby la sekarang ni..hahaa..mummy daddy dah tak boleh boros..hahaa..
hai assalammualaikum


BRIM Dah Masuk Akaun - Baru nak cerita pasal BRIM..orang lain dah update lama dah..hahaha..nak buat macam mana..sibuk memanjang menguruskan hal rumah ni ha..Tapi nak cerita jugakla kan..kihkihkih..Haritu dekat whatssup semua cakap pasal BRIM.."sape dah dapat BRIM".."siapa dah masuk akaun".."berapa korang dapat"..yang tak boleh blah kawan nad " kenapa aku punya BRIM tak masuk penuh..patut bujang dapat RM350 kan..kenapa aku dapat RM300 je"..adeh..macam-macam ragam..tu tak dapek nak nolong la kalau tak dapat penuh tu..

Pastu nad pun tak terlepas nak tengok dalam bank..nad masukkan dalam bank rimau..so boleh tengok online jele..tak sabar nak tengok dah masuk ke belum..hehee..sekali log in dan isi pasword..tengok jumlah duit dalam tu bertambah..tengok transaction ade tulis perkataan BRIM..alhamdulillah..masuk dah..jadi biar duk diam-diam dalam bank tu..nak kumpul bagi banyak..konon-konon la..hahaha..dari duit mengecik die membesar balik..permulaan tahun baru..azam konon taknak belanja lebih..kihkih..yokyok ooo jela nad..hehehe..simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit..


Meh nak kongsi korang boleh Semak Statut Permohonan samaada korang lulus terima atau tidak..
Bagi mereka yang sudah melakukan Kemaskini Online BR1m 4.0 anda boleh semak status permohonan BR1M 2015 anda secara online melalui website hasil dengan hanya menjawab 2 soalan mudah keselamatan yang telah diisi sewaktu mengemaskini BR1M sebelum ini. anda boleh terus Semak Status Permohonan Br1M 2015 di website yang telah disediakan di linktersebut
hai assalammualaikum

BRIM 2015 ; Kemaskini Maklumat Pemohon Bermula Hari Ini - Dah seminggu nad dapat surat BRIM ni, tu pun mak nad yang bagitau. Berkobar mak nad cakap :diah surat BRIM ko dah sampai"..Nad cakap biasa jela..haha.. Mak cakap "ko boleh tukar status dah kawin"..Nad "hah yela mak"..hahaha..mak yang excited..Sebelum ni nad terima duit BRIM bawah status bujang.




Harini dah start boleh kemaskini maklumat pemohon..ermm macam aku tak terlalu cepat untuk kemaskini..sebab tau sistem akan down..orang berpusu-pusu masuk..jadi relaks dulu laa..sebab kemaskini ni sampai 31 disember 2014..relakss sudahh..hehee..

Macam korang tau BRIM dah dinaikkan jumlahnya..meh tengokk

RM950
- Keluarga pendapatan tak lebih RM3000/bulan. Dibayar 3x , Jan RM300, Mei RM300 dan Sep RM350.



RM750
- Keluarga berpendapatan RM3000-RM4000/bulan. Dibayar Jan RM200, Mei R200 dan Sep RM350



RM350 
- Bujang sahaja. Dibayar bulan Jan 2015.

Perkara yang tertulis dalam surat nad
Dimaklumkan Bahawa pendaftaran BRIM 2015 bermula 1 Disember. Bagi memastikan BRIM tuan/puan dapat diproses dengan sempurna, diminta untuk mengemaskini semula maklumat peribadi seperti berikut:
- maklumat pasangan/tangungan
- alamat terkini pemohon
- maklumat akaun bank. Dinasihatkan mengemukakan maklumat akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank.
- Untuk maklumat penerima BRIM 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Oleh itu pemohon di bawah isi rumah dan warga emas diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.
  




Permohonan Online BR1M 4.0
Bagi yang belum mendaftar online, sila tekan ni Daftar Permohonan BR1M Online . Masuk ke bahagian permohonan baru dan isi nama penuh , ic .(Mulai 1 dis 14)


Update Online Permohonan BR1M 4.0
Bagi yang pernah memohon sebelum ini, sila update permohonan anda dan tekan ni Update Online Permohonan BR1M (Mulai 1dis 14 )


Semak Status BR1M 4.0
  1. Secara online di https://ebr1m.hasil.gov.my/ , dan masuk bahagian semak status permohonan
  2. Call di LHDN hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716(Mulai Jan 2015)
  3. 3. Email br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my dan jangan lupa bagi nama penuh dan no ic.
hai assalammualaikum

BRIM Tambah Perbelanjaan - Orang ramai dah sibuk dengan BRIM yang Pak Najib bagi, penuh setiap wall sebut pasal BRIM. Semua orang sibuk cek bank dah masuk ke belum. Yela sekarang kan nak memudahkan pengguna masukkan dalam bank terus. Mudah ke idok, tepuklah dada tanya hati..hehe..Tapi bagi orang yang bernama nadia ni sempoi je, tak gelabah nak cek BRIM tu dekat bank. Pagi tadi nad nak pergi kerja baru cek, hahaha..nampak tak..nampak tak..lepas cek je..alhamdulillah duit BRIM dah masuk. Walaupun dapat RM300 bagi orang bujang dan bakal nak kawin ni, duit tu dapatla tampung perbelanjaan kawin nad..hehe..walaupun sikit tapi bolehla..dapatla beli barang-barang yang patut. Gunakanlah duit bRIM ini dengan sebaiknya..huhuhu..ringan sikit la beban nak beli barang-barang kawin ni..hhhahaha..

Cara menyemak keputusan permohonan BRIM
Semua pemohon boleh menyemak permohonan anda sama ada berjaya atau tidak


Caranya ialah :

1) Boleh menyemak dengan menghubungi talian 1- 800- 88- 2716 dari pukul 9 pagi hingga 5 petang (waktu bekerja sahaja..malam orang dah balik..tido..hehe )

2) Melalui emel br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my. Berikan nama penuh anda dan nombor kad pengenalan bagi pihak berkenaan menyemak status permohonan anda.

3) Kalau berjaya alhamdulillah..kalau tak boleh cuba lagi...(macam realiti tv nak undi2)..

p/s: jangan risau yang pernah dapat sebelum ni pasti dapat.