hai assalammualaikum

Resepi Ikan Bawal Paprik - Tiba-tiba teringin nak masak paprik. Selalunya orang masak ayam paprik, tapi nad tukar pulak ke Ikan..hahaa. Lantakla, ikut tekak kita kan. Ala tak kisah nak buat macam mana pun, asalkan rasa sama kaaannnn..Sebab semalam dah makan ayam, so harini ikan pulak la. Nasib ada semua bahan dan sayuran dalam peti ais, dapat la buat paprik. Mudah je buat paprik.


Untuk ikan, nad guna ikan bawal, sebba isinya manis. Kalau ikan lain, tak tau la kan. Hah, ni la rupa dia bila dah siap masak. Banyak sayur tu yang best..hehee. Memang suka makan sayur kacang, kubis, jagung kecil ni semua. Jom tengok bahan dan cara buat dia pulak.


Bahan-bahan
- Ikan bawal
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili api
- Serai
- Sos cili
-Sos tomato
- Sos Tiram
- Sayuran ( kacang panjang, jagung, kubis bunga, lobak )
- Air
-Garam

Cara membuatnya
- goreng ikan terlebih dahulu sehingga garing dan diketepikan.
- bahan bawang merah, bawang putih dan cili padi di potong dan serai ketuk. Tumis bahan-bahan ini sehingga naik bau.
- Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, semua satu sudu besar. Gaul sama rata.
- Masukkan sedikit air dan gaul.
- Masukkan sayuran semua sekali. Kemudian masukkan sedikit air. Masukkan garam dan gaul semua.
- Tengok kuah pekat dan sayur nampak dah masak. Takyah lama, sebab taknak sayur lembik. Agak-agakla kan..ehehe.
-Leps tu tuangkan kuah ke ikan yang digoreng tadi. Ok siapp....


Nah ada video nad buat..Selamat mencuba.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Cantiknya masakan sis. Mesti sedapkan. Nampak berselera.

    Saya follower yang ke #1109

    http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete
  2. wahhhh resepi kreatif ni. bawal paprik.
    terbaik Nad!

    ReplyDelete
  3. ikan bawal sekor harga mahal sekarang...hehehehe...ini ke yang fariza tolong sapu kunyit garam tu.

    ReplyDelete
  4. Waj kreatif ni nad. Selalu paprik masak guna daging ayam seafood je kan.

    ReplyDelete