hai assalammualaikum

Resepi Pucuk Ubi Masak lemak - Bila dah teringin nak makan, mesti kena beli punya. Pulak tu haritu barang dapur dah habis. Jadi pergila pasar untuk topup barang dapur. Nampakla pucuk ubi. Mula terasa nak beli ke taknak. Teringin nak makan daun ubi masak lemak. Tengok satu ikat ni banyak bebenor. Dahla kita duduk dua orang je. Anak jarang makan sayur, memilih sayur  si Fariza tu. Nak beli, ermmm..Takpela ambil je la seikat pucuk ubi tu..haha..sebab memang teringin sangat nak makan.


Bahan-bahannya mudah je, ala sama je macam buat lemak lain tu..
- Pucuk ubi
- Dua Bawang merah
- Dua ulas bawang putih
- Sikit kunyit hidup
- Cili padi
- Serai
- Santan
- Air
- Garam
- Gula

Cara membuatnya:
- Rebus pucuk ubi sehingga ia lembut. Kemudian ketepikan dan toskan.
- Bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi dipotong dna diblender bersama.
- Tumis bahan yang diblender sehingga naik bau yang harum..ehhee.
- Masukkan santan dan air sedikit. Gaul dahulu bagi sama rata. Kemudian masukkan serai.
- Masukkan garam dan gula, kasi kacau lagi.
- Lepas tu masukkan pucuk ubi yang dah direbus tadi.
- Kacau-kacau sampai la masak.

Senang je..hehee..Cuma masa rebus pucuk ubi tu kenala awal. Selamat mencuba dan menjamu selera.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours