hai assalammualaikum

Hai 2019, Welcome, Semoga lebih Kegembiraan Dan Kemanisan - Alhamdulilllah, sedar tak sedar dah masuk 2019. Sebelum masuk hari kedua, nak tulis juga entry untuk 1 January 2019..hehee. Untuk 2018, syukur sangat banyak kenangan manis yang hadir dalam diri. Satu-satu rezeki datang, syukur alhamdulillah. Ada jugala kenangan pahit tu, tapi tu biasa..huhu..Terus kuat untuk bekerja, kuat untuk anak-anak, kuat untuk terus hidup.


Setiap tahun, memang akan struggle sangat untuk teruskan hidup. Setiap kerja yang masuk, nad laksanakan sebaik mungkin. Kemanisan hadir untuk blog. Semua yang aku buat, datang dari rezeki blog. Blog la tempat nad mencari rezeki. Syukur, makin lama, makin orang kenal dengan blog nad. Sebaik mungkin tetap tulis apa yang baik dalam blog ni. Orang pasti baca.

Tahun 2018, telefon mula rosak, syukur, duit job ada untuk ganti balik telefon rosak tu. Takpela, biar keluar duit, telefon tu pun nak buat kerja juga. Jadi kena cari telefon yang lebih canggih supaya senang nak buat kerja. Sedih memang sedih bila keluar duit tu nak beli telefon, pengorbanan namanya. Harag telefon pun tak sampai RM1000 pun, tapi kalau dah keluar, sedihh ooo.. Syukur sangat lepas tu, dengan telefon tu, kerja jalan dengan lancar.

Dalam sedih, keluar duit, beberapa bulan kemudian, diumukan menang special prize untuk satu contest. Alhamdulillah, sebab hadiah tu seperti duit telefon pulang semula dekat nad. Kegembiraan tak dapat diucap. Syukur sangat.

Dapat pulak bercuti dengan tajaan penuh. Suka sangat sebab tempat tu memang nak sangat pergi. Memang lama benar tak pergi tempat tu. Mana lagi kalau Cameron Highlands. Entry bercuti pun tak siap lagi..hahaaa.

Banyak sangat kenangan manis, tapi tiga ni la kenangan manis dan pengorbanan yang nad dapat.

Moga 2019 ni lebih murah rezeki, lebih kegembiraan yang dicapai. Amin. Nad doakan juga kawan-kawan nad, semoga gembira selalu, murah rezeki selalu tahun 2019 ni.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Allahu. Sejuk hati tengok gambar keluarga bahagia ni. Semoga sentiasa diberkati dan diberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin.

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru nad.InsyaAllah rezeki lg bertambah utk tahun 2019.

    ReplyDelete