hai assalammualaikum

Cleanser Dan Scrub Beautea By Safi 100% Ekstrak Teh Premium - Pergi Watson haritu, ada sale, staff dekat situ suggest salah satu produk Safi. Balik tu, nad pakai, sampai sekarang, alhamdulillah, muka elok je, dan nad dah mula jatuh cinta semula dengan produk Safi ni. Sekarang banyak dah produk Safi, terbaru, cleanser dan scrub dari Beautea By Safi yang mempunyai 100% ekstrak Teh premium.



 Apa lagi, terus beli dekat website Watson, sebab malas nak keluar, Nad grab cleanser warna pink, White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser dan Apricot Tea Revitalising Face Scrub. Lagipun sekarang tengah ada sale dekat website Watson.


Beautea By Safi ni mempunyai 4 variasi iaitu Hydrating Gel Cleanser White Tea & Damask Rose, Apricot Tea Revitalising Face Scrub, Green Tea & Neem Anti Acne Gel Clenser dan Black Tea & Black Orchid Detox Cream Cleanser.

Dalam penjagaan kulit muka, pembersih muka la paling penting. Yela, setiap hari kulit muka  kita terdedah dengan pencemaran yang kotor, bukan setakat pencemaran, malah tekanan kerja, tekanan persekitaran dan pemakaian kosmetik yang boleh membuatkan kulit muka kita menjadi kering, kusam, tumbuh jerawat dan penuann kulit. Selepas seharian hadap semua ni, wajib kita bersihkan muka untuk buang segala kekotoran yang ada dengan cleanser yang sesuai dengan kulit muka kita. Paling elok, yang mempunyai kandungan yang elok untuk kulit. Semua Beautea baru oleh SAFI, berasal dari pemilihan ekstrak teh premium yang menyegarkan dan gabungan bahan-bahan semulajadi terbaik yang diperumuskan untuk melawan kesan negatif dari pencemaran, tekanan dan kosmetik.


Nad dah pun pakai cleanser terbaru dari Beautea by Safi ni, best gila. Nad pakai yang warna pink ni, Beautea By Safi Hydrating Gel Cleanser White Tea & Damask Rose. Pembersih ni untuk kulit kering. Masa pakai sejuk je, seperti dibelai je muka ni. Nad pakai cleanser ni, muka tak tegang, ketat atau kering, malah muka lebih lembut, segar je. Bau dia pun sedap.


Hydrating Gel Cleanser White Tea & Damask Rose dapat mencuci dengan mendalam sehingga ke liang yang tersumbat dan menghilangkan kekotoran, membersihkan kulit tanpa mengelupas, memberi kelembapan semulajadi kulit , menjadikan kulit licin dan lembut. Kalau korang nak tau Damask Rose terkenal dalam melembapkan kulit kering. Ia mempunyai antioksidan untuk menyeimbangkan kulit kadar kelembapan, menghidrat dan mengurangkan liang pori...Jadi yang kulit kering tu sesuai la pakai ni.



Kedua, nad pakai Beautea By Safi Apricot Tea Revitalising Face Scrub. Scrub ni takda pakai hari-hari. Pakai dua tiga kali seminggu je. Scrub ni dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati semasa menggosok wajah. Gosokan dengan Apricot Tea Revitalising Face Scrub dapat membersihkan liang tanpa membuat kulit kering. Ia kaya dengan antioksidan dan membantu memulihkan tekstur kulit licin untuk kulit yang cerah dan berseri.


Lagi dua iaitu Beautea By Safi Green Tea & Neem Anti Acne Gel Cleanser untuk kulit berjerawat. Green Tea & Neem, kulit akan menghasilkan kurang sebum dengan bantuan Teh Hijau. Ini akan menghalang liang tersumbat dan jerawat daripada timbul di muka


Beautea By Safi Black Tea & Black Orchid adalah pembersih krim Amino Acid yang lembut, wangi yang sangat membersihkan dan mengeluarkan kekotoran. Yang ini sesuai untuk Kulit Sensitif. Dirumuskan dengan campuran teh Hitam & Black Orchid, membantu memperbaharui kulit wajah disamping mengekalkan kulit yang sihat disamping meremajakan kulit dan melindungi kulit dari kesan penuaan.

Hah!!, tengok pun dah menarik kan..packaging dia pun bercorak macam tu. Apa lagi, korang bolehla cuba pakai mengikut kesesuaian kulit muka korang. Jangan risau, semua produk Safi diyakini dan halal. Telah diuji secara dermatologi, bebas alkohol, Paraben Percuma, SLS / SLES Percuma dan Silikon percuma.




Untuk membeli, boleh dapatkan di Watson berdekatan dengan korang. Mana yang malas nak keluar, boleh beli online, tekan je link http://bit.ly/2JTltHO .Tenagh ada sale ni..

Untuk keterangan lanjut boleh layari
Website: https://www.safi.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/SAFI.MY/
Instagarm: https://www.instagram.com/safimalaysia
SHARE 31 comments

Add your comment

  1. Best kan Beautea By Safi nie.. wah ada sale sekarang ya.. kena grab cecepat nie..

    ReplyDelete
  2. Nad.. TB perasan kulit muka Nad dah kembali berseri dan kembali berisi pipi tu.. adakah kerana safi ni..

    ReplyDelete
  3. Watsons ada sale kan nanti. Nk try beli skrub dia. Nmpk best tu.

    ReplyDelete
  4. safi memang best. sebab tu produk ni bertahan lama.

    ReplyDelete
  5. Awww I want to try their facial scrub, banyak feedback said its good.

    ReplyDelete
  6. Hari tu ada tngok kt Watson mcm nak beli tp pikir balik pencuci muka yang sblum ni bnyk lagi terus tak jd

    ReplyDelete
  7. wow! safi got lots of great new products.. this cleanser and scrub is one of it? i haven't try it out but looks great...

    ReplyDelete
  8. seronok la tengok safi sekarang ni.. banyak produk dia yg menarik. nak cuba scrub. muka saya kering so scrub ni mmg akan membantu.

    ReplyDelete
  9. Safi ni produk lama di pasaran. Sentiasa ada keluarkan produk baru dan semuanya boleh tahan memuaskan hati. Packaging scrub ni nampak menarik. Nanti nak cubalah salah satu bauan yang sesuai.

    ReplyDelete
  10. terbaiklah Safi dengan produk terbaru Beautea by Safi ni..harga pun agak berpatutan kan dan paling best boleh dapat kat Watson..memang mudah!

    ReplyDelete
  11. Wah, produk baru daripada safi! Saya tk pernah pakai lagu produk safi sbb tak pasti lelaki boleh guna ke tak. Haha kalau boleh guna, nak try jugak lah

    ReplyDelete
  12. Best ni ada scrub pula. Boleh manjakan kulit wajah lama sikit. Patut nad nampak makin berseri gitu

    ReplyDelete
  13. Safi ini tak ada yang lagi baharu ka? haha. Ramai blogger minggu ini dok review produk Safi. Memang sah ia menjadi pilihan utama

    ReplyDelete
  14. Ramai sis tgok buat review pasal produk safi ni. Rata2 kata best. Nak cuba gak lah nanti..thanks for sharing ya

    ReplyDelete
  15. Biji2 scrub dia kalau sental kat muka inshaAllah terkeluar daki2 kita semua kan sis. xD

    ReplyDelete
  16. Safi skrg nk terkenal dgn produk2 yg baik berbanding 20tahun dulu....ternyata produk yg ada dipasaran skrg mendapat tempat di hati warga msia n ramai dh gunakan nya...

    ReplyDelete
  17. Wah. Meriah betul produk safi ni. Merata tengok iklan. Rugi tak grab oiii. Harap2 watson ada sales la. Boleh la try yang ni 😬

    ReplyDelete
  18. Bagus Safi ada keluarkan produk mampu milik yang sesuai dengan kulit remaja sekali. Adik-adik Mira pakai ni, senang nak cari dan harga berpatutan.

    ReplyDelete
  19. Wah.. Untung lahhh dpt try safi yg ni.. Kita kalau ni mesti pilih yg peach tu sebab suka bau dia. Hehhehe

    ReplyDelete
  20. Wahhhh makin banyak yer produk yg dihasilkan oleh Safi. Nampak jugak produk nie kalau ke guardian atau watson. Nanti nak cuba sendirilah. Nampak mcm best je

    ReplyDelete
  21. produk safi ni mmg bnyk kan... semua best best.. pening nk pilih!!yg baru ni sis x cuba lg... nnti ada masa nk terjah gi beli juga la.... tq nad sudi share

    ReplyDelete
  22. tak pernah cuba lagi...tengok harga pun amat perpatutan..bolelah cuba lepas nie...kalau tak sesuai pun taklah rugi sangat kan.

    ReplyDelete
  23. mek pun dah cuba. and mek dah pun buat tutorial facial di rumah dengan produk beautea. memang best.

    ReplyDelete
  24. Banyak betul produk baru safi keluarkan sejak dua menjak ni ya. btw pakaging dia cantik sangat.

    ReplyDelete
  25. Terbaiklah review dari akak :) tak tau pula Safi ni ada produk lain lagi kan :)

    ReplyDelete
  26. Wah Safi ada produk srub baru!Packaging pun cantik. Memang dari dulu guna jenama safi ni.Best.Boleh cuba ni.hehehe

    ReplyDelete
  27. Best betul Safi keluarkan banyak produk baru sekarang Beautea pulak kan. Lia cuba yang warna purple & hijau. Memang menarik tau.

    ReplyDelete
  28. Dearest Esteems,

    We are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.

    Contact Dr. James Eric Firm via
    Email: fastloanoffer34@gmail.com
    Best Regards,
    Dr. James Eric.
    Executive Investment
    Consultant./Mediator/Facilitator

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2