hai assalammualaikum


Anugerah Juara Lagu 33

Anugerah Juara Lagu 33, Ramai Tak Puas Hati Dengan keputusan Nombor 2 - Semalam, berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 33 di Axiata Arena Bukit Jalil. Rancangan yang ditunggu-tunggu, nak tengok persembahan artis masing-masing. Nak tengok pun sebab pengacaranya pun best..hehe..siapa lagi dua gandingan mantap Aliff Satar dan Sherry Al hadad, memang terbaik. Pembukaan dimulakan dengan persembahan otai kumpulan Amy Search dan Dj Fuzz. Dan bermulalah satu-satu peserta AJL 33 membuat persembahan.

Bagi nad, malam tu semua ok, menari, suara semua, cuma ada beberapa yang tak ok juga la.Part menari Haqiem rusli dengan De fam memang best. Menarik de Fam boleh bawak lagu bunga Altimet punya, memang terbaik.

AJL 33 diserikan persembahan Sarah Suhairi; Ismail Izzani dan Nabila Ali di pertengahan persembahan manakala; Nico; Juzzthin; Balan; Lil’ J; Zizi Kirana; Aman Ra; Joe Flizzow; Sonaone dan Alif diakhir persembahan, sebagao penutup sebelum dibuat keputusan.

Untuk Anugerah Juara Lagu 33 kali mereka yang bertanding ialah

• Khai Bahar - Luluh (komposer dan penulis lirik Khai Bahar)

• Haqiem Rusli menampilkan Aman Ra - Jatuh Bangun (Haqiem Rusli/Omar K/Ikhwan • Fatanna dan lirik Haqiem Rusli/Omar K/ Ikhwan Fatanna/Aman Ra)

• Syamel - Kau Pun Sama (Syamel, Kidd Santhe/DJ Biggie of Monster Sound dan lirik Syamel)

• Amylea X Kaer - Tak Pernah Hilang (Farouk Roman dan lirik Amylea)

• Hael Husaini - Hajat (komposer dan lirik Hael Husaini/Ezra Kong)

• Siti Nordiana dan Jaclyn Victor - Nisan Cinta (Hael Husaini/Mike Chan/Ezra Kong dan lirik • Hael Husaini Mike Chan/Ezra Kong)

• Sufian Suhaimi - Di Matamu (Komposer dan lirik Sirkhan/Rinkarnaen)

• Altimet (digantikan DeFam) - Bunga (Omar K/John Jeevasingham dan lirik Altimet)

• Siti Sarah - Semakin (Komposer dan lirik Mera Utama)

• Ara Johari - Bunga (Hang Nadim/Laq/Kadok dan lirik Hang Nadim)

• Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah - Haram (komposer dan lirik Hael Husaini/Ezra Kong)

• Misha Omar - Sampai Bila (Sharon Paul dan lirik Fedtri Yahya/Shah Shamshiri)

Keputusan Anugerah Juara Lagu 33
Ya, ramai dah tau siapa yang  menang kan.


Lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33. Lagu yang dinyanyikan oleh Hael dan Dayang Nurfaizah itu melayakkan Haram membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.

Masa diaorang nyanyi, perasan dayang apkai macam lagu hujan, rupanya memang hujan sungguh dia turun..bagus giler bawah hujan dekat atas pentas..perghh..

Naib juara dimenangi  lagu Bunga dendangan Ara Johari yang meriah hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi. Tempat ketiga disandang lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar yang menawarkan ganjaran wang tunai RM20,000  dan trofi.

Misha juga memenangi trofi Vokal Terbaik manakala Persembahan Terbaik diraih Sufian Suhaimi dengan lagu Di Matamu. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Dekat sini ramai yang tak puas hati Ara johari menang tempat kedua, sebab ramai cakap dia nyanyi slow, lepas tu tema alahai..huhuhu..Tapi nak buat macam mana.Juri dah buat keputusan kan. Jadi kita tengok jela..

Tahniah kepada semua pemenang.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. hihi kite tengok jelee kita tak faham seni muzik ni. ok ok jela result. ingatkan Misha boleh johan hehe..

    ReplyDelete
  2. cik ash layan.. last2 tertido hahaha.. tahniah kepada semua pemenang

    ReplyDelete