hai assalammualaikum


Jumpa Kawan UUM, Makan di Seoul Garden Melawati Mall - Dah lama juga tak jumpa dengan kawan-kawan study UUM ni. Selalu borak dekat group whatsup je. ada juga rancang nak jumpa, tapi waktu tak sesuai. Mana yang boleh jumpa, diaornang jumpa la, kadang ada yang bercuti bersama. Ada je kawan UUm yang tinggal dekat KL sama dengan nad, tapi disebabkan komitmen masing-masing, dengan kerja, dengan keluarga, jadi susah juga nak jumpa. Tapi haritu disebabkan ada seorang kawan Sue, dari Johor nak turun KL, jadinya kitaorang rancang nak jumpa. Cuma tiga orang termasuk nad, 4 ornag je boleh jumpa. Tu pun dah kira ok. Kitaornag rancang jumpa dekat Melawati Mall.

Masing-masing ada naik grab, ada orang hantarkan. Nad naik grab jela, mr mafia ada keje, tapi dia jaga Fariza..hehee. Nad keluar berdua dengan adik sahaja. Macam biasa, adik memang baik je..hehee..Senang nak bawa keluar. Kitaorang jumpa dekat depan pintu masuk Melawati Mall, dekat San Fransisco Coffee. Bila dah semua sampai, apa lagi cari tempat makan, sebab masing-masing dah lapar. Kitaorang memang dah rancang, nak makan dekat Seoul Garden. Nad pun tak pernah makan lagi..Jadi nad on je.


Seoul Garden steamboat, katanya tempat ni lebih kepada korea..Memang luas tempatnya. Okla takdela sesak sangat. Makanan dekat sini macam baisa, ada makanan bergoreng, sayuran, seafood, salad, air batu campur, aiskrim, air dan sos yang pelbagai. Tapi tak banyak pilihan. Harga untuk seorang paling rendah RM38, tapi kitaornag ada cas apa ntah, tambah RM10 seorang. Jadi seorang RM48. Takpela, kita cuba makan dekat sini ya.


Sambil makan, sambil berborak dan bergosip..hehee..Tukang masak baju purple tu..kihkih..Dia memang reti masak, dia ada jual sos perap daging, tapi tak beli-beli lagi..hahaha. Lagipun dia tengah diet, hah makan jela yang digrill dan sayur..hahaa..Kitaorang yang lain semestinya makan semua apa yang ada dekat situ..hehehe..

Mula la berborak macam-macam. yela, lama tak jumpa. Jumpa dulu pun masa Fariza setahun, lepas tu belum jumpa. Ni kali kedua jumpa lepas adik fariza keluar..hahaa..Punya la lama kan.


Lepas makan tu, kitaorang pergila ke tempat dekorasi-dekorasi ni, mana lagi aklau bukan Kaison, Mr Diy dengan SSF. Nad survey dulu, sebab pertama kali masuk dekat Melawati Mall ni. Sue la membeli, bukan setakat pandai masak, rumah pun pandai dekorasi..hah gitu. Memang tempat ajib pergi ni tau..hehee..



Salah seorang akan tamatkan hari bujang dia..heehe. Mula lasakat dia..ehhee.. Sebab dia jenis gabra, macam kelam kabut gitu..ehehe. Sampai dia terfikir, macam mana la dia nanti, dahla tak reti masak, jaga anak macam mana la pulak..ehehe.. Kelakar dia tu. Kitaorang sebagai kawan harap urusan dia dipermudahkan nanti. Bagi nasihat bila dah jadi isteri kena macam ni, macam tu..hhaa..ada anak macam ni..hahaa..

Nanti dapatla reunion masa dia kawin..hahaha..Macam tu la kitaorang..bila ada kawan kawin baru dapat jumpa semua..tak sabarrrr..


SHARE 13 comments

Add your comment

  1. Kadang-kadang jumpa kawan lepak-lepak macam ni best.. dapat release stress

    ReplyDelete
  2. Mesti meriah n mcm2 nk borak..wahh adik.x kacau ke hiji

    ReplyDelete
  3. Saya baru makan juga. Tapi pergi soul garden hot pot Kat Kuantan

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan lagi kat seoul garden ni. Nanti la nk try.
    Kaison n mr diy tmpt fav CR. Hee

    ReplyDelete
  5. sesekali dapat jumpa kawan memang syok. tak berhenti nak gossip. opsss..hihi

    ReplyDelete
  6. seronok nya jumpa kawan2 lama..banyak cerita nak di kongsi.. Kalau akak dapat jumpa time raya je..sebab masing2 dok jauh. Masing2 dah berkeluarga pulak tu..

    ReplyDelete
  7. wahh bestnya dapat jumpa kawan2 lama kan.. selalu kalau plan mesti x cukup korum kan sebab masing2 ada komuitmen masing2

    ReplyDelete
  8. Jumpa kwn2 zaman belajar memang best. Seharian spend time pun tak cukup tauu

    ReplyDelete
  9. Seronok dpt jumpa kawan2 kan.. Wawa skrg susah sbb msg2 dh jauh... Nk jupe kne plan btul2.. Huhu

    ReplyDelete
  10. I pernah pergi Melawati Mall juga, tempat best juga la ada macam-macam, kira lengkap la mall itu.

    ReplyDelete
  11. Bestnya dpt jumpa kwn lama. Macam2 ada kan makanan kat situ

    ReplyDelete
  12. Bestnya dpt jumpa kwn lama, zira pun pernah mkn Kat situ

    ReplyDelete
  13. Best dapat gather
    Ngan kengkawan lama. Mesti banyak benda nak update kan heheh

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2