hai assalammualaikum

Lukisan Pertama Fariza - Nad sebagai mak yang menjaga anak depan mata hampir 24 jam, yang akan nampak dahulu apa yang dia lakukan. Setiap perkara baru yang Fariza buat macam mula mengereng, merangkak, berjalan, makan semua la, mesti nad teruja gila..hahaa. Sebenarnya bukan nad sahaja, mak-mak diluar sana pun mesti teruja gila bila anak buat perkara pertama depan mata kan. Setiap hari, akan nampak apa yang anak dah boleh buat. Dan haritu, nad teruja bila nampak lukisan pertama Fariza.

Memang dari kecil lagi dia suka la suruh maknya melukis. Belajar pegang pen, belajar dengan buku, buat A, B C semua. Suruh lukis " shrak "..sebab dia suka betul dengar lagu " baby shark dududu".. Sampaila Fariza masuk 4 tahun, dia dah pandai tengok dan buat dekat buku dia sendiri.

Nad betul-betul teruja, sebab nad tak pernah ajar satu-satu pun cara lukis. Tapi tengok dia punya lukisan dah hampir serupa dengn binatang yang dia maksudkan.


Tadaa..ni la lukisan pertama Fariza..hehee..Apa yang korang perasa dekat situ..Yang paling jelas, ada rupa ikan..terus nad cakap dengan Fariza. " Ini apa "..dia jawab "Fish"..jadi betul..hehee..

Lepastu belah kiri bawah tu nad tanya " ini apa pulak"..dia jawab " Cat"..hahaa. Tengah pulak itik..hahaha..yang bahagian atas tu tak pasti apa..hahaha..

Entah mana dia belajar pun tak tau. Dia tengok youtube hari Ahad je. Kalau dia ingat apa yang dia nampak dekat youtube, memnag hebat. Nad kadang-kadang pun ada lukiskan untuk dia juga, tapi tu cuma ikan jerung je. Tak sangka dia boleh lukis kucing dengan itik tu..hehee..Allahu teruja dia tak tau nak cakap macam mana..hahaa..Imaginasibudak ni memnag kuat kan. Boleh tangkap denagn cepat.

Like, seriusla, anak kita dah pandai melukis, membaca, kenal huruf semua tu. Dulu pun kita macam tu juga la kan..hehehee..

So, letak dekat blog sebagai kenangan..hehee..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. boleh geng dengan abg syafi. hari2 dok melukis haaa.

    ReplyDelete
  2. pandainyaaaa...aunty pun nampak ada cat kat situ...yang belah kanan tu macam ketam pun ada gak

    ReplyDelete
  3. Dearest Esteems,

    We are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.

    Contact Dr. James Eric Firm via
    Email: fastloanoffer34@gmail.com
    Best Regards,
    Dr. James Eric.
    Executive Investment
    Consultant./Mediator/Facilitator

    ReplyDelete