hai assalammualaikum

Penat Sangat Fariza, Tertidur Masa Tengah Study - Fariza, bila bangun dari tidur, terus cari mainan dia, pergi main. Main sampai puas, lepas tu cari pulak buku suruh nad baca. Kemudian ulang balik main dengan adik dia..dan seterusnya. Bila waktu makan, memang akan makan bersama-sama. Sekarang, dia memang jarang tidur petang. Kadang mata dia tu tahan sampai ke malam..Aktif sangat.

Harini, dia main sepuasnya sampai ke malam. Malam ni je dah dua kali dia mintak botol susu. Nampak sangat haus dia. Lepas tu makan malam. Mau tak kenyang perut tu. Lepas makan, main la kan. Nad pula, layan tv. Sambil tu layankan dia juga. Lepas dia puas main, dia akan ambil buku dan pen. Dia belajar la apa dia nak buat. Kadang ambil buku ABC, kadang ambil buku cerita. Kadang buku tulis, dia tulis la apa dia suka.



Malam ni, masa tengah study, mula dengar dia nyanyi-nyanyi sambil menulis, kemudian tengok senyap pulak..lor tidur rupanya..hahaha. Penat sangat main, makan, minum, kenyang mata pun dah ngantuk.

Pen pun masih dekat tangan lagi tu..alahai anak. Kesian dia penat sangat. Dapat belajar sikit pun jadi la..hehee.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours