hai assalammualaikum

Shapee Lafee Nursing Bra, Selesa Dipakai Dan Mudah Menyusukan Anak - Sebagai ibu yang menyusukan anak, semestinya pemilihan bra yang sesuai amat penting untuk keselesaan diri dan ketika menyusukan anak. Ibu yang menyusu ni, saiz payudaranya akan berubah tau, pulak tu akan mengeluarkan susu, jadi kena ambil tau bra seperti mana yang sesuai untuk dipakai bagi memberi keselesaan ekstrak ketika menyusukan anak di mana sahaja dan memudahkan penyusuan tanpa bersusah payah. Nad masih menyusukan Farhanah, jadi bila nad dapat tau, Shapee ada keluarkan bra terbaru, terus rasa nak grab.



Nad memang pengguna nursing bra dari Shapee.  Nursing bra dari Shapee, memang sangat selesa dan tahan lasak. Kali ni, nad pakai pula Shapee Lafee Nursing Bra , keluaran terbaru mereka sempena Hari Wanita. Rekaannya yang mempunyai lace memang menambat hati dan warnanya yang lembut tu. Bila keluar design jenis lace ni nampak la macam pakai bra biasa dan nampak seksi gitu..kihkih..Buat mommy rasa makin cantik tau..hahaha.

Shapee Lafee Nursing Bra ni ada tiga jenis warna iaitu grey, pink dan beige. Nad memilih warna pink. Pink dia pun pink lembut dan tak pekat.

Pentingnya Memilih Nursing Bra

Pentingnya kita, ibu yang menyusu, memilih nursing bra, sebab perubahan saiz payudara kita.
- Memilih ukuran bra yang bersesuaian
- Jangan beli yang ada dawai tu lagi sebab boleh menyekat susu.
- Pilih bra yang jenis kain cotton
- Pilih rekaan yang mempunyai klip khas di bahagian depan yang mudah dibuka dan ditutup dengan satu tangan sahaja
- Mempunyai tali yang besar dan mudah regang
- Rekaan yang cantik..mak pun nak cantik walaupun hanya pakai baju dalam..hehee..


Semua ciri ni ada di nursing bra Shapee Lafee. Lafee nursing bra ada pelbagai jenis ukuran dari saiz M sehingga ke XXL.
M (32B; 32C; 32D; 32E)
L (34B; 34C; 34D; 34E)
XL (36B; 36C; 36D; 36E)
XXL (38B; 38C; 38D; 38E)


Nad suka pakai Lafee Nursing Bra ni sebab kainnya  diperbuat daripada 100% cotton. Keluar dalam keadaan cuaca panas pun rasa biasa je, tak panas dan serap peluh. Biasanya ibu yang menyusu atau pregnant ni badannya cepat merasa panas dan berpeluh, jadi kain kapas ni dapat beri ruang udara dalam breast kita dan kulit pun boleh bernafas dengan helok ..


Lafee nursing bra ni kain jenis strectable, boleh regang. Takde dawai yang boleh menyakitkan breast kita. Lagipun , kita mana sesuai pakai bra yang berdawai ni bila menyusukan anak, sakit ooo..Lagi aklau bengkak susu. Pulak tu kadang, kalau bra yang berdawai, bra rosak dan dawai terkeluar..bahaya oo..Jadi bra jenis boleh regang ni yang sesuai dan ia boleh muat sehingga tiga size cup.


Jangan risau, takut breast korang meleper ke apa, sebab bra ni jenis support breast kita dengan rekabentuk fully cup yang sangat selesa. Jadi bila pakai, breast nampak elok je, terletak elok je..hehee. Cup ni boleh dikeluarkan dan dimasukkan semula.


Paling penting bagi ibu menyusu memilih nursing bra ialah rekaan yang mempunyai klip khas di bahagian depan yang mudah dibuka dan ditutup dengan satu tangan sahaja. Paham-paham jela, anak ni bila dah nak menyusu, dia tau nangis dan meragam sekuat hati. Kita ni la yang kalut nak menarik bra semua. Bila ada klip ni, senang je, dengan satu tangan sahaja buka untuk menyusukan anak, dan klip semula untuk tutup bila anak dah selesai susu. Takdela kalut samapi kita angkat-angkat bra semua kan..hehee. 


Macam nad, breast takdela besar mana, tapi bila pakai nursing bra Lafee ni, memang selesa sangat, sebab dia mempunyai lebar kain yang sedap apabila di pakai. Bahagian cangkuk pula mempunyai 4 cangkuk yang mana korang boleh adjust ikut keselesaan ketika memakai. Kalau rasa tak cukup, boleh tambah extension yang diberi.Ya, akan dapat cangkuk percuma tau untuk melebarkan lagi band size korang.


Tali yang sangat support dan tak mudah lari.


Kalau korang nak tau Lafee Nursing Bra ni didatangkn sekali dengan lace panties yang sangat cantik dan simple sahaja design dia. Memang selesa pakai panties ni, sebab kain pun daripada cotton. Boleh tengok design dia, yang berbentuk V, sebab panties ni direka juga untuk ibu mengandung bagi memberi keselesaan di bahagian bawah perut ketika dipakai. Kainnya pun sangat elastik dan boleh diregang.


Nad memang selesa pakai Lafee Nursing bra ni tak kira siang atau malam. Setiap kali nak menyusu anak memang takde masalah dan happy je..hehee..Korang yang ibu mengandung dan menyusukan anak dapatkan la Lafee Nursing Bra ni..nah code nad bagi " LNBNJ "..dapat diskaun guna code nad ni setiap pembelian di online Shapee. Klik link https://www.theshapee.com/shop/lafee-nursing-bra/


SHARE 17 comments

Add your comment

  1. Dulu masa masih menyusukan zhareef, memang mencari juga la bra jenis macam ni. Sebab mudah kan..
    Susah juga nak beli kat pasaran luar. Mujur nad share boleh beli secara online.

    ReplyDelete
  2. Pernah jugak pakai jenama ni.. memang sgt selesa..

    ReplyDelete
  3. Thanks for the info, the material and feature look very comft for moms.

    ReplyDelete
  4. Mmmmm.... Ketara nampak keselesaan material kainnya. Lembut! Bagus laaa ada 4 cangkuk pastu bagi extra extension. Design pun lawa!

    ReplyDelete
  5. Bila menyusukan anak memang kena beli nursing bra senang nak bukak dan tanggalkan. Nursing bra shapee ni nampak cantik plak Nanti nak beli jugaklah

    ReplyDelete
  6. Saya pun pakai lafee ni. Suka materialnya yg lembut Dan senang menyusu

    ReplyDelete
  7. cute sgt nursing bra ni..kalau ada anak menyusu mmg dah beli bra ni..mmg betul..dedulu beli nursing bra mesti beli hat tali belakang tu besar sedap pakai

    ReplyDelete
  8. Kalau ada anak kecik memang kena cari bra yang betul2 selesa. Kadang kita nak menyusu kan baby kat luar pun tak la rumit sangat kerjanya..

    Bra ada dawai memang tak suka pakai. sakit kalau besi dia terkeluar. Satu kerja nak menjahit balik.Tapi kadang akak cabut terus dawai tu..hahah

    ReplyDelete
  9. Lawa pattern dia.. Warna pun soft je.. Utk anak dara yg nak pakai blh je kan

    ReplyDelete
  10. Cantiknya nursing bra ni. Boleh share link ni kat akk CR sbb dia mmg mncri bra nursing.

    ReplyDelete
  11. keselesaan tu yang palong penting kan. kena ambil berat. cantik nursing bra tu Nad.

    ReplyDelete
  12. Dia punya bra nampak mcm selesa la nad kan... Senanglah ibu2 nak menyusu anak.. Shapee ni ada bengkung sekali ke?

    ReplyDelete
  13. kena book mark ini.. sbb xde anak lagi.. tp nmpak selesa dan berkualiti

    ReplyDelete
  14. nampak best je jenis fabric yang digunakan kan.. kain jenis sejuk ye? selesa je tengok

    ReplyDelete
  15. This is one of the essential for moms, i think comfort and functionality are very important.

    ReplyDelete
  16. Materialnya nampak selesa dan sejuk je bila pakai,

    ReplyDelete
  17. Wow what a Great Information about World Day its extremely pleasant instructive post. a debt of gratitude is in order for the post. dolly kei

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2