hai assalammualaikum

Cousin, sama baya sama usia, lahir bulan yang sama bulan 2 dan tahun yang sama. Farhanah 5/2, Shauki seminggu lepas farhanah, asyraf akhir bulan 2

Sambut Harijadi Mereka Bulan 2 - Haritu awal bulan kitaorang sekeluarga rancang sambut birthday anak-anak bulan 2. Sebenarnya nak sambut birthday budak tiga orang tu je, Farhanah, Shauki dan Asyraf. Diaorang ni lahir bulan yang sama dan tahun yang sama. Jadi, mereka ni sebaya semua..hehee. Tapi rupanya ada dua lagi orang yang lahir bulan dua, jadi satukan jela. Malam tu masing-masing decide nak buat apa.

Makanan yang disediakan

Kek harijadi..satu beli..satu kak ipar buat

Macam nad, bawak sate, kakak buat spageti, adik beli kek, yang lain ada buat ayam dan kongsi duit je. Hah, macam tu la bila keluarga besar. Masing-masing kena ada kelaurkan duit ye, berkongsi membeli makanan..hahahaa. Ayah dengan mak tinggal makan je, bior anak-anak yang uruskan.

Bila dah ramai-ramai berkumpul, memang riuhla rumah tu. Huru hara jadinya. Dengan perangai anak buah yang tak menyabar masing-masing..hahhaa. Sebelum bermula, abang sebagai anak sulung , baca doa selamat.

nak ambil gmbar bertiga budak tu tak boleh, masing-masing dh tak keruan tengok kek

 Masa untuk tiup lilin, potong kek. Mula Farhanah senyap je, kemudian dia nangis sebab takde nad..Pulak tu bising dengan suara anak buah,jadi dia macam takut sikit. Jenis budak nak kepit denagn mak sahaja, macam ni la..hahaha..

Abang pasang lilin yang macam bunga api tu, tapi cepat betul mati..hahhaa..baru nak gebang, sekali mati cepat..Jadinya pakai la lilin kecik tu juga..Farhanah tak sudah menangis..halah, halah anak..baru nak ambil gamabr senyum, sekali dapat gambar nangis..hehee..

Selesai tu, masing-masing pun dah lapar. Jadi waktu makan..Semua yang ada mencukupi. Malam tu semua kenyang..Alhamdulillah. Memang meriah bila buat ramai-ramai macam ni walaupun kelam kabut..hehehe..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. hahahaha~ sepesen jek rupa dorang.. kalau akak mesti dah keliru mana satu dan apa namanya.. semoga ketiga-tiga mereka membesar dan jadi muslimat solehah..

    ReplyDelete