hai assalammualaikum


Asam Pedas Premier Setia City Mall - Haritu mr mafia ada nak jumpa client dia dekat Shah Alam, lepas tu diaorang nak jumpa dekat Setia City Mall. Alang-alang diaorang nak jumpa tu, kitaorang pun belum makan, jadi, carilah tempat makan yang sesuai untuk diaorang bermeeting dan nad dengan anak-anak boleh lepak sekali. Masuk dalam mall, nampakla pelbagai restoran makanan dekat situ. Kebanyakan tempat makan dekat Setia City Mall di bahagian Lower Ground Floor. Kitaorang pun carilah tempat makan yang menarik hati perut ni..Cari punya cari nampak restoran Asam Pedas Premier ni. Lagipun dah lama tak makan Asam Pedas ni, jadi kitaorang decide, nak makan dekat Asam Pedas Premier Setia City Mall ni.


Asam Pedas Premier Setia City Mall

Asam Pedas Premier ni, terletak di hujung sekali,  LG-75. Memang senang nak cari. Masa ni datang  memang tak ramai orang. Yela, bukan hari minggu, hari biasa, hari orang bekerja, jadi syokla bila tak ramai orang kan..hehee. Nad tengok tempat dia menarik. Dekorasi simple, meja jenis kayu. Ada tempat duduk yang selesa. Memang sesuai makan bersama keluarga dekat sini.




Disebabkan perut dah lapar,  terus nad panggil staff situ nak order. Cara order kene tulis dekat kertas. Dekat menu tu ade nombor setiap makanan,  jadi pilihla dan tulis nombor tu dekat kertas.


Menu, ada untuk perseorang, dua orang dan keluarga. Dekat restoran Asam Pedas Premier, menu bukan asam pedas sahaja, ada juga menu lain. Menu ada dari nasi, mee sampaila makanan ringan. Boleh tengok gambar nad letak ni.

Asam Pedas Premier ni telah ditubuhkan selama 10 tahun. Restoran pertama Asam Pedas Premier adalah di Bukit Jelutong Shah Alam pada tahun 2009. Selain Bukit Jelutong dan setia City Mall, outlet Asam Pedas Premier ada di Sri Rampai Setapak, Bayan Baru Pulau Pinangdan Quenssbay Mall Pulau Pinang.

Dekat sini ada macam-macam jenis asam pedas yang korang boleh pilih. Ada Asam Pedas Ikan Pari, Asam pedas Tenggiri dan Asam pedas Ikan Kembung. Untuk asam pedas ni, nad pilih Asam pedas Ikan pari, suami pulak pilih Asam Pedas Tenggiri.


Asam pedas ni dalam bentuk set, ia didatangkan sekali dengan nasi yang dihidangakan sekali dengan sayur ulaman, telur masin dan sambal belacan..Memang kombinasi yang perfect..hehee..Makan pulak dengan asam pedas..memang makan macam cara kampung..


Nampak je terus tak sabar nak makan. Yela masih tengah panas,  memang sedap makan panas-panas. Kita hirup kuah dia..slurppppp..Pergh sedap beb!!..Kuah dia dahla pekat, rasa dia memang ngam sangat. Pedas dia..perghh memang kena dengan tekak kita. Kita dengan suami suka makan pedas, jadi Asam Pedas Premier ni memang menetapi citarasa kita..memang makan tak pandang kiri kanan. Pulak tu masing-masing kongsi asam pedas ni ya, nak rasa punya pasal, yela suami ikan tenggiri, nad ikan pari..hehe..

Ikan pari dia lembut je, senang dibelah dua. Ikan tenggiri pulak manis, memang ngam la..sedap sangatt..tak tau nak cakap macam mana..yang penting sedapp..hehee


Menu lain, nad order Daging Salai Masak Lemak Cili Padi..hahaha..semuanya nak pedas. Macam ni la sejak kenal suami, suami suka makan pedas, kita pun ikut makan pedas. Nad memang suka makan daging salai ni..sebab tu order. Nak kata pedas sangat, takda la,..ok je..pedas-pedas biasa je..Dagingnya pun lembut..Warna dia tu menawan kalbu.. Memang rasa nak menambah je bila makan.


Nasi Goreng special untuk client mr mafia..Ayam dia besar weii..Ada keropok, timun, tomato ikan bilis dan sambal..oh ada sup juga..



Untuk Fariza pulak, ni dia yang pilih sendiri..Biasalah anak dara kita sekarang memang pandai memilih..hahaa..Dia suka mihun. Jadi kita orderla mihun goreng ni untuk dia. Sedap dia makan tu..



Untuk si kecik pulak, kita order cucur untuk dia. Takkan nak bagi pedas pulak kan..hehee. Ada la suap nasi kosong. Cucur udang dalam bekas rotan,  so traditional. .Kita suka. ..Dia enjoy makan cucur udang tu. Nad rasa juga, sedap weii cucur dia. Rangup di luar lembut di dalam. Dengan sos yang sedap tu..Budak kecik ni memang habiskan sepruh cucur..hahaa..


Lain nad order, roti bakar campur telur setengah masak diatasnya ( roti goyang )..Yang ni Fariza yang nak. Adik pun join makan sekali..


Untu air nad order 4 jenis, air carrot susu, air epal jus asam boi,  air teh longan dan satu lagi nad lupa yang warna coklat pekat tu.


Bila dapat tempat makan sedap,  memang enjoy kitaorang makan. .Hahaha. .Penuh meja dengan makanan,  anak-anak makan dengan seronok. .Mommy lagila seronok. .


Daddy dengan anak dara dia. .like a couple ok.. Suap menyuap. .ngrrr. .


Jadi,  korang yang teringin nak makan asam pedas,  nak makan beramai-ramai bersama keluarga atau kawan atau dengan pasangan,  boleh cuba makan dekat Asam Pedas Premier dekat Setia City Mall ni.

Oh nad ada terbaca, Asam Pedas Premeir ada nak bagi voucher dekat 5 orang. Caranya,  ambil gambar korang tengah makan di restoran Asam Pedas Premier dan terangkan caption " kenapa korang suk makan di Asam Pedas Premier.. ". Dan jangan lupa letak hastag #asampedaspremier #happydining dan tag @asampedaspremiermy

RM 100 voucher akan diberikan kepad 5 pemenang.. Tak menyesal makan sini..Memang sedap. .

Nak tau lebih berkenaan Asam Pedas Premier ni boleh ke
Website : www.asampedaspremier.com
Facebook : https://www.facebook.com/asampedasmy/
Instagram: https://www.instagram.com/asampedaspremiermy/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

25 comments so far,Add yours

  1. Aduhai!
    Terliur tengok semua makanan di situ!
    Asam pedas tu, kuahnya berlinang-linang!
    Daging salai tu.... rindunya nak makan!

    ReplyDelete
  2. The asam pedas looks really fiery and spicy! Would love to try

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak makan asam pedas. tb pun suka asam pedas ikan pari. hee.. fariza suk mihun ye.. sama dengan harraz.. hee.

    ReplyDelete
  4. sedapnye sis..harga berpatutan pulak tu..kene pg jugak ni

    ReplyDelete
  5. Aah kat penang ada 2 branch..tp x pernah pergi lagi..ni ada contest dpt voucher bolehlah try hihi

    ReplyDelete
  6. Lahai nad.. nape p show asam pedas ni.. dh la penggemar asam pedas.. haduiyai..

    ReplyDelete
  7. Aduyai.... Dah lama tak makan asam pedas yang kaw terangkat. Tengok warna macam pedas jer... Pedas tak? Nanti nak pi laaaa bawak family

    ReplyDelete
  8. Pekat sungguh die punye kuah tu. kalau hirup ni memang terangkat la. menu menu lain pun boleh tahan nampak sedap

    ReplyDelete
  9. Suka tengok suasana dia, selesa je dengan cahaya lampu yang jelas dan susunan mejanya teratur.. menu-menu pun nampak sedap.. boleh la try nanti..

    ReplyDelete
  10. Terliur pula tengok. Nanti boleh la try kalau teringin sangat kena masak tapi tak rajin pula

    ReplyDelete
  11. kat penang pun yg tahu ada dekat bayan baru tu..yg kat qbay tu x pernah jumpa lagi w/pun sllu p sana hahaha..nti nak try jugaklah makan kat sini sbb ada contest tu..

    ReplyDelete
  12. Nasi Goreng Special ngan Daging salai masak lemak tu menggodanya! Mau bertambah makan ni. Boleh la try bawak family pi sana.

    ReplyDelete
  13. I feel hungry now haha. The Asam Pedas Premier at Setia City Mall looks like a nice restaurant. The food pedas tak? I wish to try it out one day but I scared pedas

    ReplyDelete
  14. Fulamak Asam Pedas Premier mesti giler-giler sedap ni hehehe tengok semua kuah tu sedap nya bila nak cuba ni kena pergi sebelum puasa hehehehe...

    ReplyDelete
  15. amboi semangat si cilik tu makan mee goreng sampai comot mulut..hehe. dah lama tak pergi setia city mall sejak ada mall baru area seksyen 7. nanti kalu free boleh la singgah makan lunch kat The Asam Pedas Premier ni

    ReplyDelete
  16. Sedapnya asam pedas. Dok terbayangkan asam pedas ikan pari je. Hehe

    ReplyDelete
  17. Omg... nak pergi try la. Sebab memang dekat my aunty's house and their price pun ok juga kan.

    ReplyDelete
  18. heyyy apasal kita tak tahu dekat setia city mall ada restoran asam pedas. okay lepas nie dah tahu mana nak pergi kalau mengidam asam pedas best dan sedap. tak perlu ke melaka lagi. jauh ya ampunn

    ReplyDelete
  19. Adoi dah terpengaruh ni. Kite ni dah la hantu asam pedas dan suka yang pekat2 ni. Nk kene pergi hari ni jugak! Thanks ye share.hehehe

    ReplyDelete
  20. alamak terliuqqq..nampak semuanya sedap2 makanan kat sini..dahla mmg feveret kita asam pedas...dekat setia mall ya nanti blh ajak husband try makan kat sini

    ReplyDelete
  21. Favourite sis ni. Sedapnyaaaa asam pedas. Kat Penang ada satu cawangan dia. Kena pi try juga ni.

    ReplyDelete
  22. Ena paling suka asam pedas ikan pari. Kuah wajib pekat n pedas. Barulah nama asam pedas kan.hehe.. semua nampak sedap nad. Daging salai tu uitt warna mengancam. Apa lagi rasa.

    ReplyDelete
  23. Mak aii asam pedas. nampak sedpa tu. Lagi pulak kalau kuahnya pekat, rasanya pedas dan cukup rasa.

    ReplyDelete
  24. Menu yg menarik.. Boleh la AM cuba juga. Antara asam pedas n masak lemak cili padi, AM paling suka masak lemak cili padi. Nak try juga la masakan kat sini jika ke Shah alam

    ReplyDelete
  25. Baru ya tempat ni? Time pegi x pernah perasan jugak. Not bad harga dia berbelas ada yang 9.50 je. Zaman sekarang ni duapoloh tu macam dah biasa dah.

    ReplyDelete