hai assalammualaikum


Buffet Ramadhan 2019 Di Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 Di Lugar De La Boda Puchong - Ok, kali ni, nad pergi preview Buffet Ramadhan jauh sikit dari rumah ye..hehee.. Salah satu tempat yang korang boleh berbuka nanti dengan pelbagai makanan buffet adalah di Lugar De La Boda Puchong. Ni pun pertama kali nad datang rasai makan buffet di sini dan setibanya di lokasi, nad ternampak dewan besar, berwarna putih. Dalam hati cakap " wah dewan, besarnya, cantiknya".


Kalau korang nak tau, Lugar De La Boda ni merupakan dewan perkahwinan dibawah Hanana Group yang menjalankan perniagaan berasakan katering, butik pengantin dan juga dewan perkahwinan. Lugar De La Boda, merupakan dewan perkahwinan berkonsepkan perkahwinan dalam taman atau " Garden Wedding "..Masuk sini memang macam pergi kenduri kawin je..hehee..



Tak susah nak parking kereta, sebab kawasannya yang luas dan diuruskan oleh RELA.



Difahamkan, sebelum ni Hanana Group hanya buat buffet ramadhan ni di Ambassador Putrajaya dan Lugar De La Boda ni merupakan lokasi kedua, dan masih baru dibuka di Puchong. Melihat khemahnya yang sangat besar dan luas, dengan dekorasi yang sangat menarik, memang sangat selesa kalau korang berbuka puasa di sini.


Kemudahan seperti tandas dan surau disediakan, jadi tak perlu risau ye. Orang Puchong atau yang berdekatan, kalau nak iftar di luar, nak makan makanan buffet, boleh cuba rasai makan di Lugar De La Boda Puchong ni. Banyak menu yang sedap disediakan dengan harga yang sangat berpatutan. Dikatakan harga untuk Early Bird jika korang booking sekarang sehingga 8 Mei sahaja, hanya RM 59.00 dewasa, dan RM 30 kanak-kanak berbanding harga asal RM 68 dewasa dan RM38 kanak-kanak..Apa tunggu lagi booking ya..hehee..


Meh layan video ni dulu,Edit by FB: Kerexstudio

Meh tengok makanan apa yang mereka sediakan..
Ada makanan yang dimasak secara live ya, depan mata kita. Jadi makan panas-panas gitu. Macam lauk pauk, dia dah masak awal la kan..hehee..



Ada seorang kawan nad ni cakap, kambing dia sangat sedap. Huish memang terbaik kambing dia. Daging lembut, kuah dia pun terbaik..












Makanan lauk pauk masakan kampung..arghh rindu masakan mak dekat kampung la pulak..hehee..Lauk pauk ni boleh dimakan bersama nasi minyak atau nasi putih.





Sebahagian dessert dan kuih muih yang ada..


Menariknay dekat sini ada teppayanki ok..ayam campur sotong bersama sayur..perghh!!


Char Kuew Teow ni ramai kata sedap. Tapi nad tak dapat rasa..alahaii..takpe..puasa kang kita pergi lagi..hahaa..Habis kau..






Pertama kali makan dimsum..haahaa..janganla terkejut..Ya ampun sedap ok rasa dia..bila nad nak ambil lagi, terus habis..nasib dapat makan dah..

Ada juga ABC, laksa, roti john..


Air ada disediakan belah kanan dan belah kiri.



Hah macam mana, ok kan makanan dia. Ada pelbagai jenis makanan yang korang boleh rasa. Korang boleh booking sekarang di kedua-dua tempat iaitu di Ambassador Putrajaya dan Lugar De la Boda Puchong.

Bawak, keluarga, teman semua iftar dekat sini. Mana yang nak kawin tu, hah boleh juga buat sini..hehee..


Harga Early Bird/ Promosi bermula sekarang sehingga 8 Mei 2019
Dewasa; RM59
Kanak-kanak: RM30

Harga Biasa dari 9 Mei sehingga 31 Mei 2019
Dewasa; RM68
Kanak-kanak: RM38

Harga Special Price untuk satu meja
1 Meja ( 10 Pax ); RM580
Kanak-kanak : 6-12 tahun

Untuk Tempahan boleh hubungi:
016-3111074 (ZURAINI)
016-4318434 (LIANA)
016-6700752 (HANIS)
016-6700457 (FARAH)
016-6700473 (SHAIDATUL)
016-6700471 (SARAH)

Alamat HQ:
Ambassador Putrajaya,
Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik,
Persint 15, 62050 Putrajaya

Lugar De La Boda,
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor

Website: https://www.hananagroup.com/
Facebook: https://www.facebook.com/lugardelaboda/
Instagram: https://www.instagram.com/lugardelaboda/

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

23 comments so far,Add yours

  1. So many good food photos! Feeling hungry already

    ReplyDelete
  2. Selalu dgr org buat kenduri kwin je kat sini. Xsangka ada buffet ramadhan jugak. Pilihan pun banyak. Ok boleh masukkan dalam list nk bwk family nanti hehe

    ReplyDelete
  3. Mak aihh.. Mcm kenduri kawen tempatnya. Meriah btl. Hehe
    Menu dia pun menggoda tengoknya. Harga yang ditawarkan pun sedang sedang okay.
    Untung org puchong. Blh iftar disitu nanti.

    ReplyDelete
  4. Wedding hall rupanya... Lain drpd yg lain nama hall dia.. Harga pun boleh tahan juga..

    ReplyDelete
  5. Masakan dia semua sedap2 zaza tgk.. Banyak mcm2 pilihan ada..

    ReplyDelete
  6. Adehh byknye lauk best² kat sini.. meriah.. ku puasa ku tgk gambar mknn.. huwaaaaaa

    ReplyDelete
  7. sedap-sedap nampak menu yang ada. mesti jadi pilihan ramai untuk berbuka di sana nanti .

    ReplyDelete
  8. Harga pun dlm kategori murah jugaklah...siap ada dim sum mmg best favourite tu

    ReplyDelete
  9. Kalau buffet ni.. Xpernah mengecewakan kalau tgok menu kan.. Sedap2 lak

    ReplyDelete
  10. Terus rasa nak cuba teppanyaki tu. Dim sum pun fav kak ana tau. Sedapnya.

    ReplyDelete
  11. tengok gambar2 ni jadi lapar pulak perut ni.. alahai. terasa nak pi sekarang je makan buffet kat sana..haha

    ReplyDelete
  12. Memang sedap and lapar bila i nampak semua sajian kat sana, spotted many of my favourite dishes.

    ReplyDelete
  13. macam-macam ado.. dimsum tu special betul. susah nak jumpa tempat iftar ramadan provide dimsum untuk tetamu. hehehe ni dekat sangat dengan rumah sewa lama. boleh la datang berbuka kat sini nanti. insyallah

    ReplyDelete
  14. best makan kat sini , kalau boleh nak repeat dan duduk betul2 depan gerai char kue teow dia , tepanyaki dan kambing perap lemon dia pun sedap

    ReplyDelete
  15. Wahhh ini satu tawaran buffet ramadhan yg berbaloi dan menjimatkan. Nanti noleh datang sini bawa satu family berbuka. Mesti dorang suka. Pilihan makanan pon sangat pelbagai.

    ReplyDelete
  16. meriahnya menu berbuka kat sini, berbaloi sapa yang book satu meja tu, lagi murah harganya. ni kalau duk berkumpul satu family sure seronok berborak sambil makan menu best-best

    ReplyDelete
  17. Banyaknya menu untuk iftar .Rambang mata tengok. Berbaloilah kalau nak bawa famiky iftar kat sini kan sebab banyak pilihan yang ada

    ReplyDelete
  18. ya ampun pilihan makanan dia semua nampak sedap dan mengujakan...tak menang tangan nak pilih ni hahahaha...ni memang puas hati kalau dapat seisi famili datang berbuka kat sini

    ReplyDelete
  19. Sedap nampak menu2 juadahnya :)

    ReplyDelete
  20. Wahh murah jugak pakej die. Tempat cantik dalam garden. Sambil makan boleh menikmati keindahan sekeliling. Menu kampung wajib ada barulah membangkit selera nak berbuka.

    ReplyDelete
  21. Wah bermaca ada. dim sum also they the during the ramadan buffet. The place is very spacious and surrounded by green, nice to have event also.

    ReplyDelete
  22. Kak memang suka klu pegi bufet ramadan ni sbb byk menu dan byk pilihan

    ReplyDelete