hai assalammualaikum

Farhanah Sembelit, Ni Cara Aku Buat - Memang risau bila tengok anak sembelit kan. Setiap kali tengok dia meneran, sampai berpeluh, najis tak keluar-keluar juga. Kalau kita sembelit pun dah susah, inikan pulak anak kecil. Baru-baru ni Farhanh kena sembelit. Malam tu dia dah start meneran, meneran kuat sangat sampai bunyi. Tak boleh-boleh juga , dia menangis. Masa tidur, tidur meniarap. Malam start dia sakit perut tu la nad sapu perut dia dengan minyak Tummy dari Audelia Naturals. Tambah sikit dengan minyak yuyee.



Esoknya masih nangis lagi, teran-teran tak keluar najis dia. Dia akan dia bila dia meniarap, tidur tertonggeng..hehee.. Lepas tu nad teringat, nad pernah dekat Fariza masa dia sembelit, kalau budak sembelit buat urutan kat perut dan kakinya dibuat seperti kayuhan basikal.


Nad pun buat la kat Farhanah. Nad baringkan dia, kemudian sapu minyak dekat perut kemudian buat kayuhan basikal dekat kaki dia, kemudian kaki  bahagian lutu ditekan di bahagian perut. ( jangan tekan kuat sangat ). Buat banyak kali..

Lepas tu nad biarkan sekejap. Tiba-tiba dia bangun, main dengan  kakak dia. Elok je main. Nad pun buat kerja la dekat dapur. Lepas tu masa untuk mandi. Nak tengok pampers  Farhanah ada dah najis dia keluar. Besar kau..hahaa..Selalu dia berak cair, bukan cair ceret beret, tapi jenis taik lembut la. Ni taik seketul besar..hahaha. Muka dia pun dah kembali ceria. Main macam biasa..Pagi tu daddy dia beli pisang, nak bagi taiknya keluar, tapi najis dah keluar dulu..pisang tetap anak dua tu makan..hehee.

Setakat ni, kalau anak kena sembelit, nad memang buat macam tu je. Alhamdulilah ok. Melainkan kalau najis tak keluar lagi, sehari, pergi klinik la jawabnya.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. kadang2 ada angin kan .. bila dah kena urut di perut dan kaki tentu lega tu

    ReplyDelete
  2. haa.. TB pun guna cara kayuh beskal ni kalau harraz sembelit.. selain buat urutan i love u tu sekali, boleh hilangkan kembung perut sekali dengan melancarkan usus untuk senang berak..

    ReplyDelete
  3. Ala comeinya baby. Hmm sembelit kat baby ... derang akan sentiasa meragam .. yelah, nak berak susah. Teran2 seketul je kuar.

    ReplyDelete
  4. Eh bolehlah buat cara Nad ni. Selalunya kalau anak sembelit akak masuk ubat cairkan najis tuh . sebelum tu akak sapu minyak pada perut dan urut urut perutnya tuh .... dah masuk ubat tuh tunggu hela dia membuang .Kalau cara nad buat ni berkesan why not ikutkan .Tak payah bag ubat cair najis

    ReplyDelete
  5. Eh kesiannya farhanah. Kita yang dewasa ni pun kalau kena sembelit rasa tak selesa. Inikan pulak budak kecik kan..

    ReplyDelete
  6. Mmg kesian bila anak sbelit, baby nami pun sbelit , dan dikesan baby Nami mcm tak boleh sesuai dgn bubur nasi, adeh ... Now, makan bubur oat dan puri labu ...

    ReplyDelete
  7. Anak dah 3 baru tahu tips ni. Huhuhu.
    Thanks for sharing nad.
    Lepas ni kena apply kat diorang, memang memasing jenis sembelit kuat.

    ReplyDelete