hai assalammualaikum

Ingin Miliki Rumah Idaman, Kontraktor Rumah NAS Nuri Construction Boleh Laksanakan - Setiap orang mendambakan rumah idaman sendiri di atas tanah sendiri. Seronok kan kalau tinggal dekat rumah yang kita idamkan, rekabentuk yang kita mahu dan segalanya dibuat mengikut citarasa kita. Tipu la ,takda siapa yang suka. Nad suka tengok rumah-rumah besar yang cantik, dengan rekabentuk yang unik, teringin sangat nak rumah macam tu.


Sebuah rumah yang selesa, selamat dan memenuhi segala keperluan aktiviti merupakan impian setiap individu terutama dalam kalangan mereka yang berkeluarga. Keselesaan dan keselamatan yang dimaksudkan itu dapat dilihat dari aspek reka bentuk kediaman, kemudahan sosial, infrastRuktur dan lain-lain. Beruntung siapa yang ada tanah tu, boleh buat rumah yang diidamkan.

Setakat ni, nad dengan suami takdela tanah sendiri nak buat rumah, tapi kitaorang terfikir, rumah sekarang yang nad duduk dengan suami, nak ubahsuai sedikit. kalau nak renovate rumah ni memang tak boleh sembarangan, perlu dilakukan secara berhati-hati kerana kos yang ditanggung bukanlah kecil. Lebih-lebih lagi, pengubahsuaian disebabkan rumah lama yang telah rosak. Selain kewangan, paling penting kena cari kontraktor yang layak dan berkemahiran.

Bina Atau Ubahsuai Rumah Yang Diidamkan, NAS Nuri Construction Boleh Laksanakan

Haritu saja-sajalah cari kontraktor yang boleh ubahsuai rumah ni. Bila nad online, nad terjumpa satu syarikat kontraktor rumah yang nad rasa bagus untuk ambil dia untuk ubahsuai rumah ni iaitu NAS Nuri Construction. NAS Nuri Construction merupakan sebuah syarikat pembinaan rumah kediaman berdasarkan spesifikasi atau kehendak pelanggan yang diasaskan oleh Hj Noor Azman Sakiman. Syarikat yang berdaftar dengan CIDB gred G5 (bagi kerja binaan bawah RM 5 juta) dengan modal dibenarkan RM 500 000.00.


Syarikat ini banyak terlibat dalam projek kerajaan persekutuan dan negeri serta swasta seperti baik pulih sekolah, membina bangunan tambahan sekolah, kerja pembersihan, membina jeti, membina kediaman perumahan, baik pulih bangunan kerajaan dan lain-lain kerja berkaitan. Bila banyak dah mereka buat, nampak sangat ia boleh dipercayai kan.


Nad tengok dekat facebook, banyak feedback positif yang diberi, dan mereka semua puashati dengan hasil kerja kontraktor rumah NAS Nuri ni.

Pada tahun 2009, NAS Nuri Construction Sdn Bhd dengan menumpukan pada binaan rumah banglo milik persendirian di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.


Syarikat ini telah membina 90 buah banglo yang berjaya disiapkan sepanjang mereka beroperasi. Dalam setahun mereka hanya membuat 15 banglo sahaja bagi menjaga servis dan kualiti pembinaan seperti mana yang dikehendaki pelanggan. Apa yang nad tertarik, kontraktor ni mempunyai warranti, iaitu selama 3 tahun warranti bagi struktur rumah yang dibina. Ingat barang je ada warranti, rumah pun ada ok. Warranti ni terbahagi kepada dua, waranti kemasan  selama 12 bulan dan warranti struktur binaan rumah selama 36bulan. Jadi apa-apa kerosakan sepanjang warranti boleh dibaiki.

Nad pun mengimpikan rumah idaman dengan rekabentuk sendiri.  Rumah yang nad duduk sekarang ni, sebenarnya rumah arwah mak mertua. Rumah ni pun memang dah dimiliki oleh arwah bukan menyewa. Yang duduk rumah ni, suami, jadi lepas nad kawin dengan suami, nad dengan suami la yang tinggal dan jaga rumah ni. Rumah ni memang dah terlalu lama, dan banyak yang perlu diperbaiki. Suami ada terfikir juga nak baiki, nak ubahsuai rumah ni demi keselesaan keluarganya juga. Tapi, kena buat perlahan-perlahan, ni pun tengah kumpul duit. 



Apa yang nad tau, selain membuat rumah,  NAS Nuri Construction ni ada membuat perkhidmatan ubahsuai rumah. Sejak penghujung 2009 hingga kini, NAS Nuri Construction Sdn Bhd telah terlibat dalam lebih 100 projek kerja membina kediaman dan juga renovasi. Nad tengok hasil kerja mereka di facebook, memang sangat teratur, kemas, teliti dan cantik.

Kita kalau boleh, nak cari kontraktor rumah yang buat kerja dengan teratur dan kemas. Buat rumah dari barang dan bahan yang berkualiti, dan memberi servis terbaik dari dalam sehingga luar rumah.

Melihat kepada skop kerja yang dilakukan oleh kontraktor rumah NAS Nuri Construction ni, segala kerja binaan ditapak akan diselia oleh seorang penyelia tapak dan dipantau oleh 2 pegawai, iaitu pegawai teknikal (struktur binaan rumah) dan juga pegawai kemasan (bagi kerja kemasan, reka bentuk dalaman dan juga material kemasan tapak)


Manakala pekerja binaan mereka dipecah mengikut kemahiran masing-masing dari permulaan kerja hingga selesai (tiada pekerja yang sama akan kekal di tapak hingga akhir), setiap perjalanan kerja akan diselia oleh seorang penyelia tapak dan dipantau oleh pegawai bertanggungjawab, dan segala urusan pembelian barang ditapak diuruskan staff kewangan di pejabat.

Nampak teratur kan..



Bukan sahaja dalam rumah yang dititiberatkan, sistem perparitan, longkang dan kakilima keliling rumah serta tangki air polythene turut diambil kira supaya tiada masalah kemudian hari. Kontraktor NAS Nuri Construction turut membuat rawatan anai-anai bagi memastikan rumah kukuh dan tahan lama. Bagus giler kan..jadi kita yang nak buat rumah ni takda risau kemudian hari kan.

Satu Contoh Rumah Yang Dibina oleh NAS Nuri Contruction


1 unit banglo dibina di Sepang (Standard spec).. Kos keseluruhan anggaran RM420k (harga termasuk retaining wall, gabion dan 6% GST).. Saiz binaan rumah: anggaran 2800kps (binaan guna gov loan),




Spesifikasi:
• Kemasan lantai bertile (pilihan mengikut klien).. 6ka tiles dinding bilik air dan dapur,kawasan tertentu 10ka.
• Bata bagi dinding digunakan jenis bata merah dengan wire mesh.
• Struktur reinforced concrete(ikut structure drawing), Ketinggian dalam rumah 10Ka,
• Kuda-kuda (truss) jenis zincalumn
• Bumbung jenis metaldecking dengan capping
• Siling jenis plaster ceiling dengan cornish (pemasangan oleh specialist ceiling plaster)
• Tingkap jenis aluminium casement NB
• Pintu bilik jenis solid decorative (alatan kunci brand St Guchi/Greset) (pintu dipasang oleh specialist).
• Cat luar jenis tahan cuaca dan dalam rumah jenis Nippon Matex dengan sealer istimewa(jenama Nippon dan setara), sealer jenama Jotun.
• Longkang dan kakilima keliling rumah
• tangki air jenis polythene dengan tangki septik comply IWK. 
• Rawatan anai-anai 
• Waranti kemasan 12bulan dan struktur binaan rumah 36bulan


Mengikut apa yang nad tengok dan baca feedback, nad pasti nad akan menggunakan khidmat NAS Nuri Construction untuk mengubahsuai rumah nad. Nak berurusan denagn mereka pun mudah, hanya deal dengan seorang kontraktor sahaja. Jadi tak semak kepala nak cari banyak orang. Dengan cara ni, bolehlah kita buat kiraan bajet mengikut kemampuan kita.

Jadi sesiapa yang nak buat rumah, yang ada tanah sendiri, nak ubahsuai rumah, korang boleh dapatkan perkhidmatan NAS Nuri Contruction ni untuk mencapai impian korang memiliki rumah idaman yang superb. Tapi mereka hanya buat di bahagian Selangor dan Negeri Sembilan.

Nak tengok hasil kerja mereka, nak tau lebih lanjut pasal mereka atau nak tau apa-apa berkaitan pembuatan rumah dna ubahsuai rumah, korang boleh layari
NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD
No. 26-2F (2nd floor), Jalan Setia Perdana AY U13/AY, 40170 Shah Alam, Malaysia
Website: www.nasnuri.com
Facebook: NAS Nuri Construction Sdn Bhd
Blog rasmi: www.dawaibesi.com
Contact : 
019-348 7372 -Encik Fairul
03 33923478 - pejabat
Email : sales.nasnuri@gmail.com
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

22 comments so far,Add yours

  1. Cantik cantik jugak kerja dieorang ni. Nampak kemas je kerja diaorang. Macam tau tau je Fadzi tengah usha usha contractor nak renovate rumah ni

    ReplyDelete
  2. Lawa jgk ya hasil2 rekaan dari company ni.. Berkenan jgk tgk nih

    ReplyDelete
  3. Kalau ada tanah, lepas tu buat rumah mmg jimat banyak... Tp betul la.. Kontraktor mmg kena cr yg berpengalaman & dipercayai

    ReplyDelete
  4. Cantik design rumah dia.. boleh sgt nk upah mereka kan.. buatan pun kemas..

    ReplyDelete
  5. Besnye kalau dapat design and bina rumah sendiri macam ni. Lawa jugak construction and concept they all. Kalau ada opportunity memang nak try service they all.

    ReplyDelete
  6. wah cantiknya hasil rumah tu. menarik design tu.. siapa yang ada tanah atau bercadang nak ubah suai rumah memang elok ambil construction ni..senang hati bila keluar banyak duit dapat hasil yang kita mahukan ye tak

    ReplyDelete
  7. Tengok rumah yang dihasilkan tu semua cantik-cantik dan kemas belaka hehehe kita nak juga ada tanah kat kampung kalau orang area Pahang boleh ker ambil mereka untuk buat pembinaan rumah macam ni...

    ReplyDelete
  8. nampak kemas hasil tangan mereka kan. kalau ada tanah, memang eloklah ambil servis mereka tu. puas hati :)

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya boleh dapat dan realisasi impian untuk miliki rumah yang kita nak

    ReplyDelete
  10. Bestnya dapat buat rumah idaman.. Rekabentuk ilham sendiri kan..
    Kalau kita la, taknak umah terlalu besar. Tapi nak simple dan rekabentuknya menarik.

    ReplyDelete
  11. Wah! Ini sudah bagus . Cx nak buat rumah nanti , bileh try kontraktor ni. Macam elok je dia buat kerja. Kemas dan cantik. Servis mesti terbaik. Rumah yg dibuat pon cantik². Memamg best bila ada rumah sendiri. Macam² boleh buat

    ReplyDelete
  12. klau ada modalmemang nak je beli tanah dan design sendiri rumah ikut citarasa sendiri. murah jugak harga yang kontraktor Nas Nuri ni ye. Tengok gambar-gambar rumah yang pernah dibuat memang cantik dan boleh nampak kekemasan dan hasil kerja mereka bagus.

    ReplyDelete
  13. agak-agak kalau luar kawasan dia nak tak buat ya nad? kemas nampak hasil kerjanya tu.. tapi tak mustahil la kan.. pengalaman selama 10 tahun dah tu.. harus dah mahir..

    ReplyDelete
  14. Wahhhh terima kasih Kak nad atas info nie. Nampak bagus betul hasil kerja dia ya. Kemas dan cantik je. Agak2 cover luar kawasan kl x ? Macam berminat nk suggest ke kawan yg dok area Banting

    ReplyDelete
  15. Kemas betul hasil kerja NAS Nuri Construction ni ye. Sangat berbaloi untuk dikongsikan pada rakan-rakan. Ramai yang sedang cari contractor untuk rumah pertama mereka.

    ReplyDelete
  16. First time dengar pasal construction company ini. Saya pun engineer dalam construction industry juga. Boleh la kami kerjasama nanti.

    ReplyDelete
  17. waaahhh tq share, bolehlah masuk dalam list kontraktor, alhamdulillah encik suami ada beli tanah di area Sijangkang, tapi belum sempat nak pacak tiang hahaha. baca ni baru teringat ada tanah sekangkang kera yang belum diusahakan lagi. insyaALLAH ada rezeki naiklah tiang rumah nanti.

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  18. Wah cantiknya hasilnya. Teringin nak ada rumah design sendiri si atas tanah sendiri macam ni. Insyaallah one day kn. hehehe

    ReplyDelete
  19. Kalau nak bina rumah nanti boleh la try tanya-tanya dulu dekat kontraktor ni kan.. sebab tengok nampak lawa gak hasil kerja construction company ni..

    ReplyDelete
  20. ada duit nak reno rumah kang boleh guna NAS Nuri nih , bahagian rumah paling nak direno opkoslah dapur dan ruang tamu ..nak kasi besar sikit ...hasil kerja mereka pun nampak kemas dan lawa ...besttt

    ReplyDelete
  21. Ok thanks for the info, will check out more details because i also want to reno my house.

    ReplyDelete
  22. syarikat melayu bumiputera yang boleh pergi lagi jauh. kalau nak reno dan sebagainya sangat rekomen syarikat ini..hatta nak buat rumah sekalipun mmg puas hati

    ReplyDelete