hai assalammualaikum

Tak Selesa Perut Kembung! Minum Surya Apple Cider Vinegar, Pasti Lega..

Apple Cider Bantu Selesaikan Masalah Perut Kembung - Sejak kebelakangan ni, nad kerap sangat angin masuk dalam badan. Kalau dah masuk angin tu, jenis yang senang keluarkan takpa, ni susah nak keluarkan sampai tertonggeng dibuatnya. Lagi kalau perut kembung, huishh, sengsara, tak selesa, nak buat apa pun tak boleh. Nad ni dahla kurus, tiba-tiba perut kembung macam mengandung pulak..hahaha. Ramai pulak ucap tahniah!!..ah sudah..hahaha. Nad ada juga sapu minyak, minum air halia, tapi sama juga.


Lepas tu, nad ternampak kawan nad ambil Apple Cider untuk masalah kembung perut. Dia cakap, ok minum Apple Cider tu, habis semua angin keluar. Apa lagi, nad pun cepat-cepat beli online dekat Lazada. Ada pulak promosi untuk pembelian dua botol, jadi nad grab je la terus.

Ni pertama kali nad minum Apple Cider Vinegar ni. Sebelum tu nad bacala arahan dia dekat botol, macam mana cara minum, berapa sukatan, apa khasiat dia. Bagus juga cuka epal ni rupanya ya. Banyak khasiat tau selain boleh menghilangkan kembung perut. Antara khasiat dia
- membantu menurunkan berat badan
- membantu mengatasi masalah penghadaman
- membantu penghadaman dan senang lawas
- melegakan sakit tekak
- menjadikan rambut lebih sihat
- boleh menggantikan minuman kordial
- menggantikan asam jawa dan gula

Cara Minum Surya Apple Cider Vinegar



Nad minum Apple Cider ni selepas makan. Ia boleh diminum begitu sahaja, tapi nad selalu ambil bersama air kosong selepas makan. Nad masukkan dua sudu ke dalam air kosong, kacau, kemudian minum. Huishh, terkejut juga bila rasa, ada rasa tajam sikit. Yela, mungkin sebab dia cuka kan, nad pun jarang makan atau minum bercuka ni. Nad ambil ni pun sebab nak hilangkan perut kembung nad ni. Mujurlah masih lagi boleh masuk dalam tekak ni ha sebab ada rasa manis di situ.


Manis rasa tu sebab cuka epal ni dah dicampur dengan madu asli. Sebab tu, masih boleh telan lagi.  Sebenarnya bukan sahaja boleh diminum dengan air kosong, malah boleh guna air buah-buahan, atau masukkan ke dalam makanan. Bagus kan. Nad selalu ambil waktu selepas sarapan dan sebelum tidur.

Masalah Kembung perut Selesai Dengan Apple Cider Vinegar

Lepas je nad minum cuka epal ni,  atau Apple Cider ni,  terus angin keluar sikit-sikit.. " pruttt,  prutt, prutt"..Memang tersangat-sangatla lega.  Kalau tak, kadang sampai tak boleh bernafas kalau angin dah masuk tu. Kadang loya pening bila angin dah masuk tu. Nad pun tak tau sebab apa,  mungkin kadang maka lewat atau tersalah makan. Yela nad ni main bedal je makan. .Kihkih..Esok pagi terus laqas nak membuang.


Sekarang tak risau dah bila badan masuk angin,  perut kembung,  nad ambil Surya Apple Cider Vinegar setiap hari. Memang takkan tinggal. Lagipun Apple Cider ni boleh diminum seisi keluarga. Disebabkan nad baru tau cuka epal ni boleh dimasukkan dalam makanan,  nad pun kadang masukkan sikit.

Korang yang ada masalah seperti nad masalah kembung perut boleh cuba minum Surya Apple Cider Vinegar ni. Korang noleh dapatkan di semua cawangan Watsons, butik Himalaya dan farmasi-farmasi yang berdekatan kecuali Guardian. Apple Cider ni Halal dan HACCP certified, so tak was-was nak minum dia.


Kalau malas pergi kedai, boleh sahaja order secara online. Nad pun order online di Lazada. Beli dua terus sebab  tengah ada promosi dengan mengguakan kod KBBA10. Boleh klik link Twin Pack Surya Apple Cider Vinegar.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapatkan maklumat promosi terkini korang boleh dapatkan di :Facebook : https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia/
SHARE 32 comments

Add your comment

  1. Rasanya dekat umah nieyl kena ada juga ACV ni la..
    sbb mmg kebelakangan ni perut selalu masuk angin

    ReplyDelete
  2. ciktom pun suka minum cuka epal..tapi guna brand lain selama ni..tgok packaging ACV ni menarik..boleh try beli yg ni plk lepas ni..

    ReplyDelete
  3. TB tak pernah minum lagi cuka epal.. sebelum ni beli cuka pun untuk buat sushi.. tak tau pun rasa cuka ni camne kalau dibuat minum.. sedap ke Nad?

    ReplyDelete
  4. yesss ACV keluaran Surya ni memang peberet akak , sekarang rasa perut tak sedap jer ambik....lepas makan banyak pun ambik , memang boleh legakan kembung perut segera

    ReplyDelete
  5. Kat rumah sis memamg ada cuka apel tapi tak tertelan kalau minum cam tu je. Kalau yg ni ada campur madu sure sedap kan..haaa nanti boleh le sis try

    ReplyDelete
  6. teringin nak tery apple cider. dulu kawan ada jugak share pasal benda ni, tapi saya buat tak tahu je. tapi skrg dah tahu khasiat, mcm nak try pulak :) terima kasih sharing :)

    ReplyDelete
  7. Tak suka baunya tu. Dalam peti ais ad tak berusik. Hehe. Oh boleh campur dgn air ek. Nanti nak cuba jugaklah sebab cuka epal mmg bagus untuk kesihatan. Untuk anak2 meow kat rumah pun bagus juga guna kat dorang.

    ReplyDelete
  8. Ahhhh sukanya.. Nak beli laaaaahh.. Boleh buang buncit nih haaaa. Kembung je kot..

    ReplyDelete
  9. Dah habis pulak stok apple cider ni kat rumah. Mai pun minum dengan air masak. Kalau begitu je memang tak telan la jawabnya hehe.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  10. dengar bab boleh kurus badan terus laju ramai berminat nak cuba kan.. ha apa salahnya kalu berkesan pada body. boleh maintain ramping pinggang lagi-lagi nak dekat musim raya puasa nie

    ReplyDelete
  11. Cuka epal
    Bagus. Sebab dia balance kalau kita ada masalah kembung perut dll. Org kata bagus juga untuk kesihatan dan penghadaman

    ReplyDelete
  12. Selalu dengar cuka bubuh dalam masakan. Yang ni diminum terus ye. Siap ada kelebihan membantu buang angin dalam badan lagi. Kita tak pernah lagi rasa cuka epal macam ni.

    ReplyDelete
  13. Biasa juga dengar cuka epal ni tapi tak pernah terlintas nak try .bagus untuk oerut kembung eh .nak try tapi takut sebab perut jenis sensitif

    ReplyDelete
  14. Selalu je tengok orang minum cuka epal ni. Tapi Fadzi takut nak try sebab ingatkan die macam cuka biasa.

    ReplyDelete
  15. Ohh x pernah tau pulak boleh minum ACV macam tu je. Selalu ada la duk guna buat masak. Tips baru ni.

    ReplyDelete
  16. Dah bertahun saya nak amalkan minum apple cider. Jenama dah macam-macam. Minumnya tak juga. Ayoma tq akak buat post ni. Nak amalkan sekarang juga

    ReplyDelete
  17. Berapa harga dia ni akak? emi macam berminat tau. Kakak emi cakap, apple cider ni kita blh jugak guna utk kekalkan kesegaran buah/sayur. Rendam dalam air campuran apple cider ni. Tak tahu betul ke tak.

    ReplyDelete
  18. Perut kembung minum apple cider ni ya. Ada jugak terbaca hari tu pasal apple cider honey ni. Rasa macam nak tuang atas pancake je. Hurrmmmm sedapnyaaa.

    ReplyDelete
  19. Ooo baru murni tahu kebaikan apple cider ni..rupanya boleh juga diminum masa perut tak selesa..dekat rumah ada sebotol suami murni beli..lepas ni boleh laa amalkan..

    ReplyDelete
  20. Tetiba rasa macam nak pergi cari je satu. Kita ni ada masalah perut kembung jugal ni hahaa.

    ReplyDelete
  21. Cuka epal mmg bagus untuk buang angin. Tapi tak pernah lagi rasa yg nie..

    ReplyDelete
  22. Bolehlah try apple cider ni...apple cider hubby baru jer habis

    ReplyDelete
  23. Nanti Kak Sue nak try lah juga Nad..

    ReplyDelete
  24. Oh boleh minum ya utk atasi kembung perut.. Nice

    ReplyDelete
  25. bolehlah cuba nanti. memang tak pernah minum sebelum ni

    ReplyDelete
  26. boleh cuba yg ni pulak klu kembong perut..

    ReplyDelete
  27. bagu ye menda ni. macam kena must have je kat rumah. kembung perut ni bukan bleh berunding.

    ReplyDelete
  28. Minum macam tu je boleh ke? Sebab pernah tengok ada org minum tambah air lain

    ReplyDelete
  29. Oh yes, i also have apple cider at home. I take it on daily basis with water.

    ReplyDelete
  30. teringin pulak rasa nak try bila tengok nad minum.. aparasa dia ye

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2