hai assalammualaikum

Ajar Fariza Tak Pakai Pampers - Semalam Hari Ibu kan, ok nad nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada diri ini dan ibu-ibu di luar sana. Bukan mudah jadi ibu ya. Masa belum kawin, tengok orang jadi ibu ni macam syok je, tapi hakikatnya, banyak dugaan..hahaha..Tapi sebenarnya tak susah pun, dan akan jadi lebih gembira bila kita buat benda bersama dengan anak. semua ni buat kita jadi matang. Pastikan nak jadi ibu tu kene siap sedia mental dan fizikal, sebba korang kene lalui, pengalaman mengandung, bersalin dan menjaga anak. Not exactly, macam kita main pondok-pondok ya..hahaa..


Semalam juga, nad ajar Fariza untuk tak pakai pampers.Wooo, ni bahagian rumit bagi seroang ibu ye..hahaa. Ada sesetengah orang ajar anak awal, nak senang. Ada budak senang nak diajar,ada masih belum mengerti. Mana yang senang tu, beruntung sangat. Ajar ni sebab nak kurangkan pembelanjaan dekat pampers..hehe. Lagi satu sebab dia dah besar, tahun depan nak sekolah dah, jadi ajar dulu sebelum masuk sekolah.

Bagi nad, 4 tahun dah boleh la kot untuk Fariza belajar tak pakai pampers. sebab dia dah mula faham sikit apa yang kita cuba sampaikan. Awal-awal sebelum ni pernah juga nak ajar, tapi soalan dia dasyat sangat..hahaha..


Mommy: fariza, takyah pakai pampers ye, nanti nak kencing bagtau ye.
Fariza: Mana mommy??
Mommy: Nanti nak kencing bgtau, kencing kat bilik mandi
Fariza: Mana mommy..
Mommy: kencing kat bawah ni.. Nanti bgtau tau kita p bilik mandi.
Fariza: taknak fariza dah mandii..

Mana mommy tu sebenarnya dia nak tau dekat mana kencing tu..hahaha..Nad siap tunjuk dekat bahagian mana kencing tu keluar..hahahhaa..jenuh haishh..

Tapi semalam buat, dia ok je.

Mula-mula pagi sampai ke petang ok je. Setiap minit cakap " fariza nak kencing tak".."Fariza nak kencing cakap tau"..dia pun jawab " taknak kencing".."ok mommy"..macam tu la..kita ni dah takut ni..hahaha..


Tiba-tiba..petang waktu nak berbuka, terbabas juga dia..kencing juga..hahaa..Takpela..biasalah kan..dengar pengalaman anak orang lain, terbabas juga naak-anak diaorang terkencing..lama-lama pandai la..

Ni ajar lagi..

Jangan putus asa..nak didik anak ni bukan senang..

Nampaknya kene cari lapik yang sesuai untuk budak tengah belajar tak pakai pampers ni..hahahaa..takleh bubuh karpet lagi uii...
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. selamat hari ibu dan good luck buat Fariza comel , Nad paling mencabar bila first time nak keluar dalam proses tinggal pampers ni, bersedialah kan hehe :0

    ReplyDelete
  2. Memang dah boleh sangat Nad. Anak akak yang kecik ni pun nak ajar dia tak pakai pampers. Nak masuk tiga tahun dah tak lama lagi. Kakak kakak dia umur tiga tahun dah free diapers

    ReplyDelete
  3. selamat hari ibu... alahai si comel dah takpakai pampers ya..

    ReplyDelete
  4. TB pun baru ingat nak ajar harraz tak pakai pampers.. tapi bila tengok fariza baru start belajar baru tahu TB ter fikir awal sangat ke..huhu..dah beli ladder untuk harraz panjat jamban lagi.. hahahah..adoi..

    ReplyDelete