hai assalammualaikum

Berbuka Puasa Di BBQ Lamb KL Kemensah - Korang dapat bayangkan tak, berbuka puasa di dalam air pada waktu malam...hehee..korang nak rasa tak? Hah!!, tempat ni nad dah pergi beberapa kali dah, boleh baca makan dalam sungai.  Makan sambil menikmati pemandangan hijau, dalam suasana kampung.  Memang awesome sangat, makanan bergrill dan semua sedap. Selama nad makan dekat sini, memang menu bbq dia tak pernah mengecewakan.


Selalunya nad datang sini pada waktu siang, tapi sebab puasa, makan waktu malam la..ehehe. Hah!!, kelainan kali ni, selalu BBQ Lamb KL Kemensah ada river dining, iaitu makan dalam air atau atas air, mana-mana la..hahaa..pada waktu siang, tapi untuk puasa kali ni, diaorang open berbuka puasa sambil makan dalam air bermula 6 Mei sehingga 2 June 2019.


Layan video ni dulu..Lokasi di belakang Zoo Negara..Video edit by Kerexstudio

Nad dah rasai sendiri, best sangat. Rasa lain sikit, rasa macam bercamping pulak..hehee. Dengan dikelilingi pokok, waktu malam bunyi unggas dan deruan air je. Makan pun denagn tenang je. Jangan risau, takut tempat ni gelap ke apa, takda, sebab tempat ni dah dipasang dengan lampu, jadi terang benderang tau...hehe..Tempat ni lengkap dengan surau dan tandas. Cuma surau dekat sini kecik, tapi mereka akan perbaharui lagi demi keselesaan pelanggan. Ada je surau berdekatan dekat kawasan ni. Jalan kaki je dah sampai. Dekat sini parking pun ada..senang..

Ok berbalik kepada makanan pulak. Kalau dah nama tempatnya bbq, mestilah makanan dia semua jenis bbq atau grill. Makanan macam ni memang sesuai di makan dengan tempat yang macam ni. Pulak tu makan dalam air. Untuk bulan puasa ni, BBQ Lamb KL Kemensah mengeluarkan beberapa menu set bbq yang sedap dan lazat yang pasti akan buat korang puas hati..hehee..Jom tengok menu dia. Menu set bbq ni semua sesuai dimakan bersama 4 ke 6 orang untuk satu set.


Menu pertama ialah Ramadan Mix Meat Set. Menu ni campuran pelbagai daging, ada daging lamb, ayam, beef dan itik tau..sedap.. Banyak weiii..Makanan ni sesuai dimakan untuk 4-6 orang.



Seterusnya Ramadan Skewer Set. Lembut daging dia tau..


Ramdan Seafood set ni kegemaran nad..hahaa..Sebab ada lobster weii..campur dengan sotong dan ikan dan lupa lagi satu.


Kali ni ada Ramadan Fish set. Pelbagai jenis ikan dengan sos yang menarik. Sos nya rasa lain daripada yang lain.


Hah, ada lagi, iaitu Ramadan Bird set.



Ada dua menu yang nad baru tau iaitu Ramadan Couple Mix Meat Set dan Ramadan Vegetarian Set..





Dalam setiap set ni didatangkan bersama 4 jenis sos yang sedap. Set ni sekali dengan nasi herba, kurma, koktail, puding, coselaw dan sup serta a dua jenis air..Korang boleh pilih nak air apa.


Semua makanan dekat sini, digrill dengan sempurna tau..semua daging, ikan, lembut je dimakan. Nasi herba tu sedap sangat. Anak kita suka..




Hah, ni pesanan ya, kalau dah makan dalam air, konfirm basah punya..sila bawak baju spare ye..hehe..Lagi kalau bawak anak-anak..semestinya diaorang akan mandi manda ok..Kalau korang taknak berendam, boleh je makan dekat atas kerusi meja yang disediakan.

Apa lagi, cepat booking ya, sebab tempat ni selalu penuh..Booking awal..



Operasi BBQ Lamb KL Kemensah di Bulan Ramadan pada 6 Mei sehingga 2 June 2019

Waktu 
4 petang sehingga 6 petang. River Dining.
6 petang sehingga 10 malam. Berbuka Puasa sama ada river dining atau Riverside dining.

Kepada yg bukan beragama islam, anda masih boleh lagi river dining 4 petang sehingga 6 petang setiap hari.

Untuk sebarang pertanyaan dan reservations sila wasap.my/60122114100.

LOCATION
https://goo.gl/maps/YxpwHeR9j6p
Belakang Zoo Negara.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

39 comments so far,Add yours

  1. Kalau dekat mmg lama dh nk try makan kat situ..best tgk suasananya

    ReplyDelete
  2. jahat sungguh ,... rasa nak berbuka puasa kt situ juga.. tp jauh ehhh,,. harap one day boleh berbuka puasa kt situ

    ReplyDelete
  3. I have been wanting to dine there. Gonna find a time

    ReplyDelete
  4. kalau malam sure sejuk duk berendam dalam sungai tu kan nad..tapi mmg best lah..tambah2 budak2..sure kena bawa baju spare haha

    ReplyDelete
  5. Pernah makan sekali dekat sini. Sedap dan syok sebab makan dalam sungai kan.

    ReplyDelete
  6. Bestnya makan makan duk kaki cecah air. Sejuk je rasa. Hehe
    Dulu pernah la terbayangkan tempat makan mcm ni tau. Tak sangka sekarang wujud tempat makan yang mcm ni..
    Ni kalau anak anak kita ni rasanya tak kisah makan. Mau dia dok sakan berendam. 😌😌

    ReplyDelete
  7. Sally suka gila dengan nasi dia yg warna kuning tu, tp x berani la pulak nak makan waktu malam...tengahri ok la boleh nampak semua benda...hihihi

    ReplyDelete
  8. sonok gak makan dalam air ini. nk cuba la nanti klu sempat

    ReplyDelete
  9. Bilalah dapat makan dekat sini. Teringin nak makan sambil rendam kaki dalam sungai. Hehehe

    ReplyDelete
  10. bestnye nad dpt berbuka byk tempat.. lamb ni feberet lea jugak.. sedapnye

    ReplyDelete
  11. Bestnya makan kat sini.. Teringin nk mkn sini smbil rendam kaki.. Huhu

    ReplyDelete
  12. I like the surrounding of this restaurant, cant wait to go there.

    ReplyDelete
  13. Wahh tempat best, makanan pub best, confirm makan pun boleh lajak.

    ReplyDelete
  14. Syoknya berbuka atas air.. hehehe.. dekat je dengan tempat TB tapi entah bila la nak pi lagi.. masa pi dulu tak tau ada macam ni..

    ReplyDelete
  15. Best kan makan kat sini...selain makanan sedap... environment tenang je..

    ReplyDelete
  16. wow nice place to try out, been eyeing on this place a few years now. Haha.. been saying wanna go but still not make a date to go. Shall buzz my dear on this place!

    ReplyDelete
  17. Wah.
    Bestnya Nad selalu berbuka kat sini.
    Rawlins pun teringin gak nak try makan kat sana one of these days.
    Perhaps nanti datang dengan my parents kelak yang nak datang melawat pada Ogos.

    ReplyDelete
  18. Fuh! Terbaiklah. Boleh berbuka puasa dekat dalam air. Boleh menikmati makanan yg sedap² sambil menikmati keindahan alam. Air sejuk kot malam². Hehe bestnyaaa! Nasib baik lah jauh hehe

    ReplyDelete
  19. Best betul kalau dapat makan dekat sini. Tak ada experience lagi makan macam ni malam malam. Ni kalau bawak aneeq ni, mau die main air je tak makan langsung hahaha

    ReplyDelete
  20. Seronok nya! Nina dah pernah makan kat sini. Makanan sedap dan paling rare suasana makan dalam air nintak jumpa kat tempat lain. Sesekali romantis gini syok oooo

    ReplyDelete
  21. Wow.. Best nya makan sambil rendam kaki dalam air. Suasana pun romantik. Menu makanan pun sangat menyelerakan terutama seafood dan aneka daging tu. Harga pun sangat berbaloi

    ReplyDelete
  22. Selalu org kongsikan pasal kemensah ni. Nampk menarik tapi kita tak berkesempatan lagi nak pergi. Tgk
    Menu mmg nmpk menarik semuanya

    ReplyDelete
  23. Wei Nad bestnya berbuka puasa kat kemensah ni. Dah lama nak makan kat sinibtapi taknterperg . Suami semendang busy tak tahulah bila boleh makan kat sini

    ReplyDelete
  24. Bestnya ada peluang berbuka kat sini. Makanan dia pun not bad..sis dah rasa dah. Nanti nak gi jugaklah berbuka kat sini gan family..sure meriah

    ReplyDelete
  25. so special the place here .. the price is quite reasonable for 4-6person . never try on river dining at all .. it's very unique place to makan.

    ReplyDelete
  26. amboii bestnya makan dalam air ek, sambil makan daging bbq yang sedap tu dapat sekali pakej air lalu dekat kaki, best ni, tempat yang menarik untuk singgah weekend nanti

    ReplyDelete
  27. Salah satu tempat lia nak pi bila ke kl nnt. Tempat yg dalam wishlist nak makan sebab kita peminat kambing.

    ReplyDelete
  28. menarik makanan dan settingnya..tapi tak sejuk ke memalam makan kat situ.hahaha

    ReplyDelete
  29. Nampak menggodanya semua makanan tu! Dah lama dok teringin nak pi tapi tak sempat lagi. Kalau pi tu kena bawak baju salin utk si kembar gak ni, ada yg mandi sungai skali hehehe

    ReplyDelete
  30. Lain dari yang lain! BBQ untuk berbuka dengan suasana hutan. Dekat Kemensah je. Boleh try pergi nanti.

    ReplyDelete
  31. Emi sampai sekarang tak pernah merasa pun makan kat sini akak. Dah lama duk usha nak makan sini, tapi keadaan tak mengizinkan.

    ReplyDelete
  32. Wah bestttt oleh makan sambil bermain air and also a very good spot to take photos.

    ReplyDelete
  33. Wahh... mkn dlm sungai waktu mlm... Kak selalu pg mkn waktu siang jer.. mlm blm tray lg

    ReplyDelete
  34. Fuh repeat lg korang review di sini. Seronok kan makan kat sini. Tenang je. Walaupun belakang rumah, ruby pergi sekali je dulu. Sedap semua hidangan mereka.

    ReplyDelete
  35. Wah menarik betul makanan- makanan yang disediakan sempena iftar ni. Meleleh air liur kite. Nak try la nnti. Harga pun ok. huhuhu

    ReplyDelete
  36. Wah menarik betul makanan- makanan yang disediakan sempena iftar ni. Meleleh air liur kite. Nak try la nnti. Harga pun ok. huhuhu

    ReplyDelete
  37. The food in this place really looks delicious. OMG just look at those delectable spread at the disposal of gluttons. I am sure a lot of people will enjoy the scrumptious offerings here. :)

    ReplyDelete
  38. Ya Ampun wakkkkkkkk! Memang sengaja ye share lagi entri ni. Sedapnya ya rabbi dapat makan sambil rendam kaki air sungai ni wak. Bestnyaaaaaaaaaaaaaa.. Bila la nak sampai sana agaknya ni,hmmmm

    ReplyDelete