hai assalammualaikum

Menu Berbuka Puasa Hari Pertama Dan Kedua - Dah masuk ramadan ke 11, ni baru nak cerita menu berbuka dari ramadan pertama sampai ke harini..hahaha. Almaklumla, ramadan ni, macam lemah sikit je nak buat kerja..Bila dah nak menaip ni, hah, kejap lagi banyakla entry menu berbuka nak dibuatnya..Dari hari pertama sampai ke harini, belum pergi Pasar Ramadan lagi. Selagi ada barang dapur basah dekat rumah, selagi tu masak.

Biasalah, bila masuk bulan Ramadan, menu berbuka puasa la paling rumit nak fikir. Dah petang tu baru ada dapat ide. Untuk Ramadan pertama, nad masak ayam sambal dengan sayur. Masa ni tak ambil gambar sebab terlupa..ramadan kedua baru ambil gamabr..sebab tu tajuk sampai ramadan ketiga..haha..

Ramadan kedua




Untuk Ramadan kedua, nad buat ikan kerisi masak sambal, sotong goreng kunyit dan sayur kobis campur denagn lobak dan cendawan masak lemak. Lemak memang elok dimakan kalau ada sambal..aumm..

Ramadan Ketiga



Ramadan Ketiga pulak, nad masak ayam masak lemak denagan petai, telur goreng, sayur dan ayam goreng. Haritu memnag teringin makan ayam masak lemak dengan petai. Ayam goreng tu, untuk anak-anak.

Hah, nest, kita tunjuk pulak menu untuk ramadan keempat, kelima dan keenam.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours