hai assalammualaikum


Set Althea Abloom - Sekali lagi Althea muncul dengan produk baru iaitu Althea Abloom. Wah, satu-satu Althea keluarkan produk baru, dan semuanya memang best dan super cute. Lagipun kebanyakan produk Althea murah beb!!.Kali ni, set Althea Abloom datang dengan Fruit Mask,  BHA Blackhead dan Meringue Puff. Nad dah pakai semua, dan semua memang best tau..

Althea Abloom Fruit Mask


Seperti nad bagitau tadi, dalam koleksi Althea Abloom ni ada Fruit Mask. Fruit Mask ni mempunyai 4 jenis iaitu A'bloom Brightening Lemon Lime, A'bloom Moisturizing Watermelon, A'bloom Nourishing Avocado dan A'bloom Anti-Blemish Peach. Setiap mask mempunyai kelainan dan kelebihan tersendiri. Nad dah cuba semua, bau dia pulak memang sedap sebab bau buah..heee...


A'bloom Brightening Lemon Lime Mask sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berkombinasi. Mask ini membantu mencerahkan kulit yang kusam dan memberikan kesan 'glowing' pada kulit muka. Mempunyai double dose ekstrak lemon dan lime untuk menghilangkan bintik hitam. Bukan itu sahaja, malah mengandungi teh hijau  dimana ia dapat mencerahkan kulit sambil menenangkan kulit.

Bahan utamanya pula ialah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon) Fruit Extract, Citrus Aurantifolia (Lime) Fruit Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract.


Mask paling nad suka ialah mask A'bloom Anti Blemish Peach Mask. Bagi korang yang ada masalah iritasi dan kulit sensitif, boleh cuba A'bloom Anti Blemish Peach Mask dimana ianya boleh mengurangkan iritasi dan kulit sensitif. Ekstrak peach dan minyak pokok teh yanga da pada mask ni dapat mengawal lebihan, mengimbangi lembapan serta membersihkan kulit dari dalam untuk kulit. Ini akan buat kulit jadi lebih lembab dan lembut.

Bahan utamanya ialah Prunus Persica (Peach) Fruit Extract, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract.


Mask yang diformula untuk kulit kekal terhidart dan lembap iaitu A'bloom Moisturizing Watermelon Mask. Minum air tembikai pun dah sedap dan elok untuk kulit, mask juga pun bagus keranan kandungan dari ekstrak tembikai dan ditambah dengan lavender untuk bau yang menenangkan...

Bahan utama ialah : Citrullus Vulgaris (Watermelon) Fruit Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract


Dan mask yang terakhir ialah 'Superfood' yang terbaik iaitu A'bloom Nourishing Avocado Mask Ia mempunyai kandungan anti-oksida yang tinggi untuk menyubur dan melindungi kulit dari pencemaran dan mencegah penuaan. Bahan ekstrak avokado dan bunga raya menjadikan kulit lebih lembut dan bersinar.

Bahan utamanya ialah : Adenosine, Persea Gratissima (Avocado) Fruit Extract, Hibiscus Sabdariffa Flower Extract.


Kalau korang nak tau, fruit mask ni dah out of stock..Nad haritu baru nak beli, tapi tengok dah sold out. Tak tau bila althea nak tambah stok..nampak laku gila weii..Dahla murah ya amat..satu mask hanya RM2 sahaja. Nad pakai  fruit mask Abloom ni memnag sejuk  dan lembut je muka tau.

Althea Abloom BHA Blackhead Blaster

Seterusnya ialah BHA Blackhead Blaster. Nad tau ramaila antara kiat ni yang ada blackhead dan whitehead. Sebelum ni nad pernah nak buang whitehead ni guan mask yang lekat tu, lepas tu ditarik, allahu, seksaaaa..hahahaa.. Bila dapat Abloom BHA Blackhead Balster ni, kira bersyukur la, sebab tak perlu nak tarik dan menyakitkan tu..Dah jadi barang "favourite" Blackhead blaster ni tau, sebab kita tonyoh-tonyoh je dah kurang whitehead dan buat liang pori bersih je..


Bentuknya warna hitam seperti arang yang dapat membersihkan secara mendalam blackhead dan whitehead tanpa rasa sakit. Mempunyai aprikot seed bagi membersihkan segala kekotoran dan tea tree oil yang dapat menenangkan kulit.


Cara nak gunakan dia pun senang sebab bentuk dia jenis stick. Jadi kalau nak guna, cuma pusingkan dia je, dan gosok dekat bahagian yang ada blackhead dan whitehead. Selalunya area T-zone la kan. Gosok sedikit, kemudian basuh.



Untuk pengetahuan korang, ia bukan sahaja untuk mneghilangkan blackhead dan whitehead, malah boleh digunakan untuk sikut dan tumit kaki bagi menghilangkan sel kulit mati yang menyebabkan kehitaman di akwasan tersebut.

Bahan utamanya ialah BHA semulajadi ( White Willow Bark Extract 5,000ppm) yang sesuai untuk jenis kulit berminyak dan berkombinasi.

Althea Abloom Meringue Puff

Ni yang nad paling suka dalam set Althea Abloom iaitu Meringue Puff..Bentuk pun macam meringue kek tu kan, rasa nak makan je..hahaha. Meringue puff ni ialah sponge yang digunakan semasa makeup. Ada dua jenis meringue puff iaitu Giant Meringue Puff dan Baby meringue Puff. Sponge ni diperbuat daripada 'high density latex free foam yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit sama ada secara basah atau kering.



Macam nad, memang lebih suka pakai sponge untuk ratakan foundation, concealer semua tu. Bagi nad, pakai sponge ni lebih rata berbanding berus. Lagipun sponge ni lembut dan tak sakitkan muka apabila nak bermakeup.

Kalau korang kreatif, meringue puff ni bloeh digunakan untuk semua jenis makeup, bukan sahaja untuk foundation dan concealer. Macam A'bloom Giant Meringue Puff  boleh sahaja digunakan untuk sapuaan bedak asas, blusher dan powder. Manakala A'bloom Baby Meringue Puff  seesuai untuk concealer, contour, highlihting dan blusher.



Boleh tengok video nad makeup menggunakan Althea Abloom Meringu Puff.

Puff ni akan jadi dua kali ganda besar apabila dibasahkan. Untuk kesan solekan 'dewy' : Basahhkan puff dan picit keringkan air. Gunakan setiap sudut untuk solekan asas manakala untuk kesan 'matte' gunakan puff yang kering unttuk litupan penuh.


Semua koleksi Althea Abloom memang best..korang kena dapatkan segera di website https://my.althea.kr/brands/all/abloom
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

20 comments so far,Add yours

  1. comel-comel je produk althea ni

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nak beli juga, nampak best sangat nih!

    ReplyDelete
  3. serius best produk althea kali ni.. semua best..

    ReplyDelete
  4. Kak ana paling suka mask dia nad. Best sangat. Kulit rasa segar dan lembap.

    ReplyDelete
  5. Produk Althea semua best best kan Nad. Mimi suka mask dan blackhead blaster. Memang best pakai. Kulit muka rasa lembut dan lembap je . Yang puff tu lembut sangat tau. Geram je masa picit picit tu

    ReplyDelete
  6. Produk Althea ni sentiasa nampak best

    ReplyDelete
  7. I like their face masks and the makeup puffs are so cute.

    ReplyDelete
  8. Emi suka mask water-me-long tu. Best kottt, dah la murah. Blackhead blaster tu pun sama, licin je hidung lepas guna ni.

    ReplyDelete
  9. Semua best sangat guna.. TB suka la dia punya pacackging tu kan..comel je..sayang nak guna.. tapi guna gak.. simpan buat pe kan.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Sis dah pakai mask dia..memang best, lembab n tegang je muka lps pakai, murah pun murah. Keluaran Althea ni memang the best lah..dh x yah dah nk cr produk lain

    ReplyDelete
  11. Rawlins suka semua produk A'bloom sebab memudahkan kerja make up Rawlins - menjadikan semuanya cepat dan lebih teliti. Superlove untuk A'bloom.

    ReplyDelete
  12. Ramainya nampak orang guna produk Althea ni hehehe memang nampak comel dan juga menarik kita suka yang mask tu macam sedap jer nampak rasa buah wakakakakaka...

    ReplyDelete
  13. Menariknya mask ni. Murah ja. Boleh beli nanti. Syira nak try blackhead stick tu. Unik sangat bentuk stick. Sapu2 ja

    ReplyDelete
  14. Macam best je mask dia tu, sejuk tak bila pakai

    ReplyDelete
  15. suka betul tengok packaging produk2 dari althea nie. selalunya simple dan cute mute je. buat org rasa nak beli bila nampak. nanti nak cuba lah rangkaian face mask tu

    ReplyDelete
  16. Comel je semua rangkaian produk Althea. Hehehe. Ruby suka yang blackhead tu. Nyah kau Whitehead kat hidung ni. Hahhhahaa

    ReplyDelete
  17. Produk Althea ni tak peenah mengecewaka . Semua best best .Suka pakai mask A'bloom ni sebab kulit rasa lembut dan lembap je lepas pakai. Blackhead blaster pun best kan.

    ReplyDelete
  18. althea mmg tak menghampakan. best produk2 kali ini althea a'bloom

    ReplyDelete
  19. suka sangat tengok blaster blackheadtu sebab convenient sangat nak bawa travel sekali. Nak apply dekat muka pun senang tinggal tonyoh je. Meringue puff tu ya allah comelnya! Geram sangat tengok

    ReplyDelete
  20. Yesss i got it too. And loving it a lot especially mask dengan blackheads tu. Best gilos sejuk sejuk then kulit muka jadi lembut!

    ReplyDelete