hai assalammualaikum

Cara Mudah Jadikan Barang Lama Atau Buruk Nampak Cantik - Kalau kita ni berduit, barang tu nampak buruk atau dah lama, atau dah tak lawa, mesti kita buang dan beli baru kan. Tapi masalahnya nad ni tak berapa banyak duit, jadinya tak dapatla nak beli lain. Barang tu masih boleh dipakai, cuma rupanya yang dah tak cantik atau nampak biasa je. Sejak nad masuk kelab dekorasi ni, adala diaorang ajar cara nak cantikkan barang lama yang tak nampak lawa tu, menjadi lawa atau nampak cantik. Hanya dengan menggunakan wallpaper sahaja you alls.

Cara Mudah Jadikan Barang Lama Atau Buruk Nampak Cantik

Biasala, orang perempuan, tak boleh nampak barang tu tak cantik atau buruk. Mestila ada niat nak beli baru, tapi sedar tak mampu..hahaa. Sudahnya gunakan kaedah yang murah untuk cantikkan barang tu. Diaorang ajar denagn hanya menggunakan wallpaper yang hanya berharga bawah RM15 tu. Dekat Kaison ada, online ada, mana-mana la ada orang jual wallpaper ni. Kene tengok juga la wallpaper apa yang sesuai untuk barang yang nak dicantikkan tu.

Banyka jenis wallpaper dah sekarang. Ada yang nampak bentuk batu bata, tiles licin yang hampair sama macam asli dan bercorak. Memang sebelum ni, fikir, wallpaper hanay untuk dinding sahaja, tapi tak sangka, boleh digunakan untuk barang lain juga.


Ni antara barang yang nad tampal dengan wallpaper sebab rupanya yang tak cantik..hehee. Almari baju ni suami punya. Zaman muda dia. Memang corak biasa je. KIta ni perempuan kan, tengok bilik dah susun molek, tiba almari ni buat hal la pulak..haha..Sudahnya carila wallpaper bercorak hitam dekat Kaison. Lepas tu buat sorang-sorang tampal wallpaper ni dekat almari..hahaa..Excited nak bagi cantik..


Dan hasilnya..taraaa...Almari dah berubah wajah..kihkih..Cantik pulak kejadiannya..hahaha..Puas hati..Baru nampak bilik gegirl cantik kan..


Barang lain, tempat letak gincu ni. Asalnya kotak beg dompet kickers. Kotak corak biasa je, merah putih. Jadi nak nampak wow, kita balut dengan wallpaper..hahaha. Sebab dalam bilik, jadi guna sama denagn wallpaper almari la..



Lagi satu, tempat letak kasut ni. Memang tangan tak berseni ye, comot sana sini..Tapi lantakla, dalam bilik je. Siapa yang tengok..kita je..yang penting seragam dan cantik. Dari asalnya hanya warna putih transparent, so kita tampal wallpaper..Cantik dah..hehee..


Lagi satu tikar. Yang ni ramai orang buat. Sebab tikar lama warna coklat dan buruk dengan segala kekotoran, tampal wallpaper jadila cantik. Senang bila pasang wallpeper, sebb dia kalis air, senang nak sapu sampah yang ada dekat situ. Senang dibersihkan ok..Bagus sangat..

Hah, macam ni la cara nak cantikkan barang yang masih boleh pakai tapi nampak tak lawa dan buruk, ditukar menjadi cantik..Dah tak perlu buang atau beli lain..Jimat!!..

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

29 comments so far,Add yours

  1. pandai nad buat jadikan kabinet nampak baru

    ReplyDelete
  2. rajinnya dia, meh dtg rumah akk bantu akk meh hehe. Wara hitam putih pun bgus. Warna penyelamat org kata

    ReplyDelete
  3. Rajinnya nad..kemas n cantik ha hasilnya

    ReplyDelete
  4. Cantik dan kemas. Beli kat mana wallpaper tu?

    ReplyDelete
  5. bila letak wallaper jadi lawo plk.. x jadi beli baru.. ahahha

    ReplyDelete
  6. lawo pulak nampak perabot lepas tampal wallpaper...

    ReplyDelete
  7. Kalau kreatif yang lama pun jadi baru dan lawa. Jimat dari beli baru.

    ReplyDelete
  8. Betul nad. Kadang tu nak beli baru. Tp duit pulak kan. Jadinya, kita deco la mana boleh. Kita teringin nak bubuh wallpaper kat pintu bilik umh ni. Haha. Sebab anak orng lama yang duduk sini, dia conteng la. Ada kesan berlubang la. Tp kna tnya suami dlu la boleh tampal wllpaper ke x. Blh bg nafas baru kan.

    ReplyDelete
  9. Cantiknye...kreatiflah Nad ni, nampak kemas sekali...

    ReplyDelete
  10. Wahhh cantik terus rak bjuu tuuuu

    ReplyDelete
  11. Memang mudah dan jimat. Wallpaper nad sama macam wallpaper dinding rumah akak

    ReplyDelete
  12. Cantik lah... Berguna juga wallpaper ni kan.. Nnti nk try jugalah balut drawer yg kusam ni. Hahah

    ReplyDelete
  13. Oh wow! thanks for the tips. Nanti sis cuba ya

    ReplyDelete
  14. Good idea, jimat tak yah beli barang baru.

    ReplyDelete
  15. Rajin betul nak DIY macam ni. Tapi betul la sebab guna wallpaper tu memang senang sikit la nak buat kan. Cantik pun cantik corak dia.

    ReplyDelete
  16. Kalau kreatif ni barang yang lama akan nampak baru kan?. Tapi kena tangan lembut jugak. Kalau tangan keras jadi tak cantik pulak kan? Hehehe. Lawa juga hias2 macam ni. Nampak barang baru tapi hakikatnya barang dah ada.

    ReplyDelete
  17. Asal rajin & kreatif, benda lama boleh jadi baru. Tapi tula, tak sangka kat tikar pun boleh? Nur baru tahu ni hahaha

    ReplyDelete
  18. yes! kite pun dulu buat camni especially ayah la. dia sayang nak buang barang-barang perabot so dia buat DIY semua nya. cantik balik! hahaah h

    ReplyDelete
  19. Saya ada buat. Tapi tak kemas macam ni. Buruk gila saya buat. Ni macam keluar kedai. Tangan jenis pembaris ke? Yang alas lantai saya tak pernah cuba lagi. Suami tak bagi katanya takut makin buruk? Macam tak je

    ReplyDelete
  20. Akak pon suka pki pembalut nih..abes meja sis balut..haha..nampak la baru sket..acah2 marble kononnya..senang nak photoshoot juga..

    ReplyDelete
  21. tak payah susah2 beli perabot baru, just tampal2 je dkt almari. sangat jimat. selalu jugak mak ngn ayah saya buat masa kecil , sampailah saya yang sekarang ni dah besar still ikut apa yang diorg selalu buat. haha terima kasih share :)

    ReplyDelete
  22. Wahhh ni mesti di Abang kreatif ni hehehe rajin pasangan suami isteri ini buat hiasan kat barang lama hehe bagus-bagus kita pun ada juga buat sikit2 wakakakaka... Jimat tak perlu nak beli masih elok boleh gunakan...

    ReplyDelete
  23. Betul tu. Selagi tak roboh, Rawlins pun memang akan cuba salvage selama mana yang boleh. Haha.
    Memang akan cuba selamatkan selama mana mampu. Haha

    ReplyDelete
  24. Rajin dan usaha barang lama pun boleh jd cantik..

    ReplyDelete
  25. Kak Nadiaaa, Nad pun ada join group deco deco dekat fb hahahah. Excited pulak kejap lagi dah nak pindah rumah sendiri nak main deco deco jugak. Kalau wallpaper corak comel terus barang tu pun jadi comel kan!

    ReplyDelete
  26. Mudah & murah je kan nak deko rumah macam ni. Sayang nak buang barang lama. KIta buat bagi cantik balik kan.

    ReplyDelete
  27. Sekali pandang tak tahu pun brg lama. Hehe. Rajinnya buat semua ni. Ya Allah, kdg seronok tgk tapi nak tunggu rajin bukan main payah. Haha.

    ReplyDelete
  28. CAntik la nad bila dah tukar tampal semua tu. Nampak serius macam baru. Saya pun sebenarnya planning nak tampal wallpaper dekat kitchen cabinet dekat dapur ni. Nak tukar warna putih nak bagi nampak besar sikit ruang dapur. Tapi tak terbuat buat lagi. HUhuhuh

    ReplyDelete
  29. Thanks for sharing. This is surely one of the most brilliant things I have read today. Just need to ad something to make it better huh

    ReplyDelete