hai assalammualaikum

Cerita Raya 2019 : Raya Kampung Baru Meriah - Baru ada mood nak cerita pasal raya, almaklumla, makan kuih raya, makanan raya banyak sangat, mood rajin pun susah nak mai..kihkih..Raya tahun ni, raya dekat belah nad, area Meru Klang. Raya kampung la kita, baru meriah. Bertambah meriah bila anak kita pun dah tak sabar nak beraya, nak jumpa atuk, nenek dan sepupu sepapat dia. Pagi raya, siapkan diaorang, tak susah, sebab pagi-pagi nad cakap " Fariza bangun, mandi pakai baju raya, nak balik rumah nenek atuk ni"..zapp terus bangun..terus cakap " nak aye mommy, umpe atuk, umpe nenek, umpe jannah"..hah macam tu la..Terus seronok je..

Lepas suami habis balik dari solat raya, terus kemas apa yang patut, ambil barang, beg semua masuk dalam kereta, zapp terus gerak ke kampung. Sepanjang perjalanan, denagr lagu raya, Fariza layan je lagu..yes..memang meriah raya kali ni sebab anak sorang ni oii..

Sampai rumah atuk nenek, mulalah salam mintak ampun, semua. Seronok Fariza dapat duit raya. Selesai tu, terus pergi beraya rumah saudara. Rumah kampung, dekat-dekat je, jalan kaki pun boleh..hehee..

CERITA RAYA 2019 : RAYA KAMPUNG, PENUH RUMAH, MERIAH

CERITA RAYA 2019 : RAYA KAMPUNG, PENUH RUMAH, MERIAH

Macam ni la gaya raya kitaorang semua..Kalau tak penuh satu rumah, bukan raya namanya..Tahun ni memang semua dekat kampung sini. Ada yang rumah mertua dekat, diaorang raya sini dulu, petang kang baru pergi raya belah sana pulak..Macam tu la..






Bila semua ada, memang best la..Kecoh satu rumah ke rumah. Borak sampai tak ingat dunia..Lama tak jumpa..yela masing-masing ada komitmen masing-masing..Masa ni la borak sakan..




CERITA RAYA 2019 : RAYA KAMPUNG, PENUH RUMAH, MERIAH


Anak-anak pulak, bila dah jumpa geng, memang syokla. Tapi sorang ni jela, Farhanah, jenis takut orang. Nak melekat je denagn nad..haishh..sabor jela..

CERITA RAYA 2019 : RAYA KAMPUNG, PENUH RUMAH, MERIAH

Bergambar memang penting ye..hehee..Kan dah cakap, raya kampung kalau tak penuh rumah tak sah..


Tadi tu rumah saudara, ni hah rumah kita..tak putus-putus kunjungan..

Dari siang, sambung ke malam..tak habis..tak cukup tiga hari raya..lebih tiga hari raya tau..hahahhaa..tapi raya ketiga nad dah balik Kuala Lumpur..huhuhu..Jadi kita sambung area sana pulak.

Raya korang macam mana..mesti meriah gegiler kan..tengok gambar pun dah tau.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

20 comments so far,Add yours

  1. Kalau berkumpul ramai-ramai memang meriah kan Nad, lagi pulak ramai anak-anak kecil...memang happening gilerrr

    ReplyDelete
  2. Best meriah raya sampai ke malam. Seronok kan beraya kat rumah kampung.

    ReplyDelete
  3. meriahnya nad..dpt berkumpul ramai2..syok tengok rumah kampung tu..besar dan luas..sng lah beramai2 berkumpul ..hari tu raya 1st tu semua berkumpul rumah sis..haii dah lah rumah sempit kecik..jenuh jugak..tp syg x sempat nak bergambar..sibuk sgt kat dapur huhu smpai demam tau

    ReplyDelete
  4. raya mestilah seronokkan, dapat jumpa sanak sedara rakan taulan sahabat handai, makan sudah tentu yang enak-enak dan sedap-sedap belaka. Tapi anak-anak yang paling seronoklah sebab dapat duit raya banyak kan hehehhhe

    ReplyDelete
  5. Meriahnya nad raya dekay kampung. Berkumpul ramai2 tu yang paling kak ana suka. Sekali setahun kan. Mcm2 nak borak bertanya khabar. Tp duit raya pun kena lah sediakan banyak juga ye.hehe

    ReplyDelete
  6. Wah meriah nyer raya kampung macam ni. Best kan kalau keluarga besar time raya penuh satu rumah and gambar family pun awesome.

    ReplyDelete
  7. Meriahnya raya awak, best kan bila semua ahli keluarga dapat berkumpul. Lagi ramai lagi happening. Masa ni la ada peluang untuk eratkan lagi hubungan kekeluargaan. Lepas raya masing2 kembali ke rutin asal. Btw selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  8. meriahnya. dah lama rasanya tak merasa meriah mcm ni, lepas semua orang dah besar, lepas tu yg tua2 semuanya dah tiada. bilalah nak rasa meriah mcm ni . apa2pun selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  9. Masa raya nak berkunjung rumah sanak saudara kan. Boleh merapatkan silatulrahim sesama ahli keluarga. Yang anak-anak pasti seronok nak da[at duit raya hee

    ReplyDelete
  10. Meriahnya Nad. Part pic selipar tu bersepah2 time raya. Hahaha. Btw, bape banyak belanja duit angpau raya ni? Umah dekat2 senang, boleh sekali harung jalan.

    ReplyDelete
  11. Memang meriah kan Nad kalau beraya di kampung. Berkumpul saudara mara yang jauh dan dekat. Akak kalau balik Melaka memang kena standby duut raya banyaklah. Sebelah suami adik sepupu, anak buah, cucu kemain ramai

    ReplyDelete
  12. seronoknya kalau raya semua balik kampung. meriahh tengok gambar awak. Ini kalau membawang mesti riuh satu rumah dibuatnya. kalau tertukar selipar dan kasut tu dikira adat lah setiap kali bercuti. hahaha

    ReplyDelete
  13. Wah meriah yer hari raya nad dan keluarga, buat huda rindu pula keluarga kat kampung. Tahun ni raya rumah mertua jer, tak balik raya johor. lain tempat lain kemeriahannya, dan yang pasti raya dengan family sendiri juga paling best

    ReplyDelete
  14. Meriahnya raya kak nad! Best sangat kalau beradik ramai ni bila berkumpul tu dah macam knduri gaya. Bila makan ramai-ramai paling best sekali sama2 share sama2 kenyang. Masa nak bergambar tu yang kecoh sebab nak susun bagi semua nampak haha. Selamat Hari Raya kak Nad!

    ReplyDelete
  15. Ruby rindu nak berkumpul ramai macam ni. Rindu arwah tok dan opah. Bila ada mereka, penuh adik beradik mak balik. sepupu semua. hurmmm. sekarang ni bila berkumpul pun tak cukup korum. hehehe.

    ReplyDelete
  16. meriah sangat nih , untung asaben nad photog profesional ...gambar memang cantikkk saja dan paling best sebab setiap keping tu ada ceritanya...

    ReplyDelete
  17. Wahhh dah naik cerita raya dia. Kita x sempat lagi. Seronok bila dapat beraya dengan keluarga terdekat. Terutama yang jarang dapat jumpa. Anak2 lagi excited dapat jumpa saudara mara

    ReplyDelete
  18. meriah nya hari raya ni.. selamat hari raya.. semoga celebration yang paling meriah sekali.. yeah yeah..

    ReplyDelete
  19. Wahh tema hijau ye raya tahun ni kak Nadia. Seronoknya masih ramai yang berkumpul. Kita dulu masa kecik-kecik ramai camni, memang meriah rumah atok nenek. Tapi lama-lama bila yang tua dah takde, dah kurang ahli keluarga yang berkumpul.

    ReplyDelete