RAGAM ANAK-ANAK DI HARI RAYA

in , by Nadia Johari, 01:54:00
hai assalammualaikum

Ragam Anak-Anak Di Hari Raya - kalau nak cakap pasal perangai anak-anak ni, memang sifat kenakalan, keaktifan diaornag ni tak boleh cakap  apa la. Kita dulu kecik-kecik mesti nakal juga kan. Kalau zaman dulu, budak-budak buat hal waktu datang raya, mesti cakap dalam hati atau dengan orang tertentu sahaja. Sekarang, zaman media sosial, zaman viral, semua benda nak masuk dalam facebook,instagram dan twitter. Bila anak buat salah, ibu bapa la yang dikatakan punca tak mengajar anak..huhu.

Rumah ni kalau datang beraya, mesti diaorang akan terjah buaian ni..hahaa..so takde masalah

tengok tu..amboiii...senyap terus

Budak mana tak suka dengan gadget..huhu..

masing-masing dengan gadget

Tak dinafikan, memang sepatutnya, ibu bapa yang perlu mengajar anak. Nasihat anak, jangan buat hal dekat rumah orang. Kalau dulu, mak ayah jeling sikit, keluar suara sikit, kita memang dah takut. Budak sekarang, lagi ditegur lagi dibuat..Lagi kalau dah jumpa geng diaorang, lagi riuh. Tapi, kalau diaorang terlebih agresif, masa tu la peranan ibu bapa kene ada. Ambil anak, suruh duduk bersama. Tak pun bagi je telefon. Dari pecahkan barang rumah orang atau benda yang tak diingini menjadi viral..huhu.

baru lepas bermain. bila mintak bergambar memang semua bagi kerjasama..hahaa..

Setakat ni, Fariza memnag tak buat hal dekat rumah orang la. Setiap kali beraya, bila dia jumpa geng dia, walaupun geng dia lasak, dia masih boleh behave. Jangan tengok sebab dia perempuan, kadang perempuan kalau dah jumpa geng, pun boleh jadi lasak. Nad perhati jela apa dia buat. Bila nad tengah layan makan, turn daddy dia la tengokkan. Anak kita ni satu je, sekali daddy dia keluar suara, memang dia takkan buat..hahaa..

Layan cerita best..semua duduk diam depan tv

Farhanah pulak, memang takyah cakapla. Jenis melekat je dengan mommy dia. Taknak langsung dekat denagn orang lain, atau join dengan kawan lain. Part ni memang pening haishh..hahahaa..apo nak buat..Sebab dia la kita tak OOTD ye..hahaa..Pas kat orang lain mesti menangis, teriak macam kena pukul..Tapi kalau tempat tu sikit orang, tak ramai, dia ok..main denagn kakak dia.

Bila datang raya rumah orang yang ada mainan, lagi la diaorang suka. Hah!!, yang tu diaorang akan main je, tanpa kacau mommy dan daddy..hehee..Budak-budak ni manalah boleh duduk diam oii..Mesti akan bergerak, berlari..Jadi peranan ibu bapa kenala ada. Melainkan anak tu seorang pemalu..gituu...
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Waah.. Meriahnya.. Mesti best. Kdg2 kita susah nak jaga anak time2 ramai mcm tu.. Lain lg ragam anak, lain lg ragam anak sedara.. Haha..

    ReplyDelete
  2. seronok kan time raya nie lah boleh kumpul ramai2...anak2 paling best ada geng nak main

    ReplyDelete
  3. Time hari raya memang anak anak banyak ragam dan fiil tau. Kadang gelagat diorang tu lucu dan buat kita terhibur tau. Anak anak memnag penghibur hati kan

    ReplyDelete
  4. sama macam saya. Sebabkan anak lah, mommy tak sempat nak shoot OOTD. hehe. Anak baru 2, tapi ragam dah macam 10 org anak - i cant imagine if i have 10 kiddos. hhuuhu

    ReplyDelete
  5. time raya ni seronok tgk budak²..

    ReplyDelete
  6. Kalau bercakap pasal nakal vs viral anak-anak ni, Sis ko bersyukurlah zaman Sis membesarkan anak tidak terdedah dengan segala lama sosial ni huhuhu..
    Takuttt...kan Nad..bukan senang nak kawal kenakalan anak, lagi kalau anak-anak dah juma geng...huhuhu

    ReplyDelete
  7. Kanak-kanak dengan nakal memang tak dapat dipisahkan tapi itulah peranan ibubapa untuk mengawalnya. Sesetengah ibubapa tu buat xtau je..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2