hai assalammualaikum



Fariza Nak Adik Lelaki Ke Perempuan - Haritu singgah ziarah tengok anak buah baru. Adik ipar baru dapat baby, ni anak ke empat mereka. Tengok baby memang best kan..Bau baby memang best, tapi nak menjaganya..hahaha..kena la bertahan..



Masa nad tengah pegang baby, Fariza datang..Dia bau, dia cium, dia usap. Macam dia buat dekat adik dia dulu. Pastu dia senyum..Dia cakap " baby tidur mommy ..sssyyhh"..oo walah..anak wedok ku..hahahaa..

Kemudian nad tanya dia soalan..

" Fariza, Fariza nak adik lagi tak? "..Dia pandang nad, nad pandang dia. Dia senyum dan jawab " nak " ( dengan anggukan kepala )..Nad tanya lagi.." Fariza nak adik lelaki ke nak adik perempuan? "..Dia terus jawab " perempuan"..hahahaha..Dia bukannya tau lagi perempuan, lelaki sangat tu..cuba nad tanay soalan terbalik, mesti dia jawab lelaki, sebab dia ikut cakap perkataan terakhir kita..

Biasalah, mak ayah, dah dapat anak perempuan, mestilah nak anak lelaki pulak kan. Macam tu jugalah nad dengan mr mafia. Tapi bukan sekarang, bila anak-anak perempuan ku dah membesar, dan pandai uruskan diri sendiri. Penat weii kalau mengandung sekarang, pastu anak-anak kecik lagi. Kita yang uruskan semua..oh noo!!!..


Budak ni pun tak tau apa benda lagi..huhu..

Lagi satu kewangan pun tak stabil lagi. Dua orang ni pun dah cukup parah..hahaha. Biasalah, suami kerja sendiri. Job kejap ada kejap takda..Jadi bersyukur dulu dengan dua orang yang ada ni..Tunggula dia orang membesar, kot nak tambah lagi, akan berusaha untuk dapatkan anak lelaki. Lepas tu tutup kilang..hahahaa..


Tu je nak cerita..heehhehe..Suka tanya macam-macam soalan dekat Fariza..anak dah membesar, nak sekolah tahun depan..huhu...
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours