hai assalammualaikum

Jahit Luka Sebab Kena Kaca Lagi seram Dari Jahit Bersalin - Benda kalau nak jadi, jadi la dia..Kalau boleh nak elak, tapi tak siapa jangka..Dua hari lepas, orang India hantar gas, nak ganti gas yang dah habis. Lepas selesai pasang gas, dia nak ambil gas kosong satu lagi yang ada dekat rumah. Tak semena-mena, frame ayat Lailahaillallahmuhammadurrasullullah jatuh dan kaca dia tercabut. Pulak tu kaki kita berhampiran situ, papp..terus kene jari..arghhhh!!



Gambar di atas tunjukkan di mana gas tu berada dan frame tu berada di belakang gas yang diletak kayu tu. Masa ambil gambar ni, frame tu dah dibawa ke atas ye. Frame tu sebenarnya digantung atas pintu masuk rumah, tapi tiba-tiba dia jatuh. Waktu tu memang selamat, sebab takda siapa dekat pintu. Jatuh tiba-tiba kau..kalau kene kepala, nayaa..Tapi tak sangka, letak belakang gas kosong, kaki nad yang kena..Dah lama suruh mr mafia letak dekat tempat selamat, tak tau kenapa laki kita tu tak anagkat-angkat..


Mula ingat luka kecil je, tapi rupanya dalam..aiyorkk ( maaf korang nad letak gambar ni )..rasa macam nak terputus jari, tapi sebenarnya tak pun. Darah pulak keluar banyak..Lepas tu India hantar gas tu suruh letak kunyit. Laki kita pun ikut jela, dia letak kunyit yang dicampur air..Sekali dia letak, adoiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! pedih siuttt..nad dah nak pening, pitam dah..pulak tu muntah terus..hahaa..Mana tak nya, dah la tengok luka dalam macam tu, ngeri tau..lepas tu pedih menahan sakit..terus mr mafia angkat letak depan tv, baring terus..Luka dibalut dengan salonpas..eh yeke..ala pelekat luka tu..hahaa..

Dah rehat kejap, petang dalam pukul 4.30 petang tu, cuba buka dan tengok..Aiyorkk ngeri lagi..Cakap mr mafia, " jom la pergi klinik, takut la tengok luka "..mr mafia cakap " pergi klinik kena jahit ni"..dalam hati..ish laki aku ni.." takpela pergi jela"..nad cakap..dari biarkan..kang lagi melarat..

Sampai klinik, masuk bilik doktor, biasalah doktor cakap " kenapa "..nad " kene kaca "..Doktor " la macam mana boleh kena?..dah baring sana"..

Sebab salah satu kadang malas nak pergi klinik, dapat doktor yang tak friendly..hahaa..Kalau aku jadi doktor, mesti aku cakap nicely, mesti ramai pesakit datang..Tapi sebab kau takut tengok luka, darah semua, jadi sebab tu taknak jadi doktor..hahahhaa..

Doktor tengok luka, dia cakap apa ni? Nad cakap kunyit, ada orang india hantar gas suruh letak. Terus kena marah.." kenapa letak kunyit..ishh..apalaa..lain kali basuh je dengan air dan balut "..adalah ayat dia lagi rasa marah..huhuhu...Nad macam biasa hati tisu, dan dalam hati..mana la saya tau dok, saya dah menahan sakit je waktu tu..

Doktor tu macam bengang la..hahaa..Tapi lepas tu dia macam ok. Tanya dengan slow la, tanya macam-macam bagi nad taknak fikir sakit. Sebab dia bersihkan luka tu, dengan tekan-tekan..hasihh..pening datang semula..hahaha..

Lepas tu dia cakap, " sikit je  luka ni, tapi kena jahit..dua jahitan je "..Lagi kita serammmmmm..heyy luka bersalin pun kita tak takit sangat, tapi kena jahit luka ni, tak tau kenapa kita seram sampai nak pitam..hahahaa..Mungkin kita nampak luka tu..

Tapi syukur la dia bius jari kita masa kena jahit tu..Tapi kena cucuk untuk bius pun sakit..eee benci tau dengan jarum..hahhaha..benci gilaaaaa..Dua kali bius baru dia tak sakit dekat tempat luka tu. sebab dia cakap dia tekan kuat dekat tempat luka, tapi kita tak rasa apa pun..huhu..

Tak kuasa kita nak tengok masa dia jahit tu..Tapi dapat rasa la..kohkohkoh..Nad tarik nafas panjang-panjang jela..Lepas tu dia cakap dah siap..


Terus dia cakap, time macam ni, jangan gerak banyak, takut lambat baik..dalam hati nad cakap " doktor, saya takda maid, saya surirumah, tak dapat rehat selalu",..tapi depan doktor, " baik doktor "..


Dapat dua ubat, antibiotik dan tahan sakit. Harga dua ubat ni mahal betul RM70 lebih..hahaa..apo..terbang dah duit..


Dah disebabkan sakit jari, sudahnya kena pergi beli kasut yang sesuai..Pergi la BATA..hah dapatla kasut yang sesuai..hahahaha..Pulak tengah ada sale..lol!!..saja je tau..

Dua hari lepas tu dia suruh datang untuk periksa luka. Semalam nad pergi, seram lagi perasaan ni tau..haishhh..sebab kena buka balutan, kemudian kena cuci bahagian luka..Part ni ngeri sama je macam bersalin, tempat kau dijahit, kene cek semula...Arghhhhh tak sukaaa..hahahaha..

Pastu tunggu 14 hari suruh datang klinik lagi untuk buka jahitan..Haishh..lagi sekali..hahaa..Memang takut ya bila nak ke klinik..tapi tu la orng cakap, benda dah nak jadi..lepas ni kenala berhati-hati.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. Teruk jugak luka tu..nasib baik tak retak tulang tu..moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Mudah2an beransur sembuh.
    kenapalah dia suruh letak kunyit.
    Nasib baik tak suruh letak petrol.

    ReplyDelete