hai assalammualaikum

Pemeriksaan Mata Secara Percuma Di Sekolah - Bab masalah mata, masalah rabun sekarang dah tak fikir usia dah. Bukan orang dewasa je ada masalah mata,  kanak-kanak pun dah ada masalah mata terutama di kalangan pelajar. Antara faktor rabun dalam kalangan kanak-kanak adalah penggunaan mata dengan cara yang salah seperti melihat skrin televisyen atau gajet terlalu lama, membaca atau melakukan kerja dalam keadaan tidak cukup cahaya.


Kita tau,  bila penglihatan kurang baik , ia akan menjejaskan keupayaan dan pembelajaran kanak-kanak kerana menyukarkan mereka untuk melihat, belajar dan memahami. Lagi bertambah teruk apabila masalah mata yang tidak dirawat awal boleh menjadi lebih buruk sehingga menjejaskan personaliti dan menyukarkan kanak-kanak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Nak buat apa pun tak nampak dan kabur. Jadi perlulah buat pemeriksaan mata dengan awal untuk mengelakkan keroskan mata menjadi lebih teruk.


Pemeriksaan Mata Dan Jualan Sempena Karnival Kokurikulum dan Hari Koperasi Sekolah SMK Petaling 2019


Baru-baru ni, SMK Petaling telah mengadakan Hari Kokurikulum Dan Koperasi di sekolah. Memang banyak aktiviti yang dijalankan semasa event tersebut.  Salah satu aktiviti yang nad rasa bagus ialah membuat pemeriksaan mata secara percuma untuk pelajar dari Eye Smart Vision.  Pergh!!  Terbaik kan. Tak pernah terfikir dulu waktu zaman sekolah panggil orang untuk cek mata macam ni. Selalu, nurse datang sekolah untuk cek gigi,  berus gigi, cucukla.. Tapi bukan mata. Nad suka apa yang dibuat oleh pihak sekolah SMK Petaling ni. Masa ni la pelajar boleh cek mata diaorang sama ada elok atau tidak.




Walaupun kita tengok mata kita macam ok je,  tapi sebenarnya mata kita tak ok. Sebab kita tak pernah cek mata. Yela,  kadang ibu bapa ni sibuk dengan urusan masing-masing,  sampai tak sempat bawak anak pergi cek mata. Anak dah ngadu sakit mata,  tak nampak, baru pergi cek..hurmm..







Bila ada orang datang cek mata macam ni di sekolah,  ia dapat membantu pelajar membuat pemeriksaan awal dan tau apa masalah mata mereka. Dengan cara ini,  dapat juga memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan mata dengan betul.







Pada waktu tu pun ada diskaun untuk membuat cermin mata,  bingkai sekali dengan kanta. Ada banyak design cermin mata yang ada disediakan oleh pihak Eye Smart Vision ni. Semua cantik dan sesuai untuk pelajar. Masalah penglihatan boleh diperbaiki dengan penggunaan kanta cermin mata kanak-kanak yang tahan lasak.

Sedikit tips untuk merawat mata ialah
• Banyakkan aktiviti luar rumah sekurang-kurangnya sejam.
• Memakai perlindungan ultraviolet (UV) untuk mata ketika berada di luar rumah.
• Menggunakan gajet pada jarak mata yang selamat dengan postur tubuh yang betul.
• Rehatkan mata setiap 30 minit ketika membaca atau menggunakan gajet.
• Ambil makanan sihat.
• Dapatkan tidur yang cukup.
• Dapatkan pencahayaan yang cukup ketika membaca atau bermain dalam rumah.

Bagus kan,  pihak sekolah buat macam ni. Panggil Eye Smart Vision untuk ber pemeriksaan mata secara percuma kepada pelajar. Sekolah lain pun patut buat macam ni.





Jadi, pihak sekolah atau sesiapa sahaja nak mintak Eye Smart Vision ni datang untuk buat pemeriksaan mata,  bolehla contact Mr Yao di nombor 0126864770
Eye Smart Vision
G 070, Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Facebook: https://www.facebook.com/EyeProVisionViral/

SHARE 25 comments

Add your comment

  1. rasanya sejak dulu memang ada pemeriksaan mata percuma kan cumanya orang tak tahu siapa dan kedai mana yang ada provide perkhidmatan macam ni/. yang kecik kena mula jaga mata dah kalau tak besar nanti lagi teruk kan/

    ReplyDelete
  2. Betul tu..biasa zaman kita dulu macam tak ada je pemeriksaan mata ni. Usaha yang baik melalui aktiviti pemeriksaan mata yang dianjurkan oleh sekolah ni. Boleh kesan kalau anak murid ada masalah mata yanag akan menggangu pembelajaran. Kudos!

    ReplyDelete
  3. Bagus jugak dieorang buat pemeriksaan percuma macam ni kan. Kadang-kadang tu budak budak bukan nak bagitau yang dieorang tak nampak dekat kelas. Bla ada pemeriksaan macam ni, baru kite tau tahap kesihatan mata budak budak macam mana

    ReplyDelete
  4. ni inisiatif yg bagus, nad.
    nowadays, mostly anak2 dah bercermin mata.
    antara sebab yg glamer is gajet lah.
    but, ada juga faktor yg lain ,kan. jgn salahkan gajet semata2 :)
    once kita tahu anak kita ada masalah mata, cecepat lah parents boleh buat tindakan susulan.
    anak2 kekadang seram nak inform parents yg mata dia x nampak.
    lagi lama delay, kemungkinan power akan lebih teruk nanti. kesian dia...

    ReplyDelete
  5. dulu masa saya seklah ada jugak aktiviti mcm ni. and yg bestnya bila dapat diskaun untuk dapatkan cermin mata. ye lah, sebab kadang2 agak mahal , dan tak mampu nak beli sendiri. sememangnya inisiatif sekolah yang sangat baik.. :) terima kasih share ya :)

    ReplyDelete
  6. love this effort! Especially eye checking for kids nowadays is so important

    ReplyDelete
  7. Rasa sekarang semua sekolah kena buat untuk kebaikan pelajar-pelajar kadang-kadang mereka tak mengadu tentang masalah penglihatan ni bila dah teruk baru lah nak buat masa tu rugi lah mata dah sakit kan. Buat pemeriksaan awal dapat cegah awal...

    ReplyDelete
  8. Bagus sekolah ada buat pemeriksaan mata macam ni. Boleh tahu mata anak kita ok ke tidak.
    Dulu masa sis sek dulu pun ada, memang diorg akan dtg buat check mata lah..check gigi lah, bukan skrg je ada.

    ReplyDelete
  9. Tahniah kpd pihak sekolah dan penganjur. Ada program mcm ni, dpt lah anak anak buat pemeriksaan mata, percuma pulak tu.

    Lepas ni Mat Drat nak cadang juga la kat sekolah anak Mat Drat

    ReplyDelete
  10. Bagusnya bila ada usaha ni. At least anak2 yg memang ada masalah penglihatan boleh diketahui dan diatasi

    ReplyDelete
  11. Bagus ada program macam nie kan Nad.. tahniah pihak sekolah dan penganjur..

    ReplyDelete
  12. bagus ni bila kedai optik buat lawatan ke sekolah. Kadang budak2 ni bukannya tahu mata diorang bermasalah. Bila check rupanya pointer rabun dah tinggi dah

    ReplyDelete
  13. It's very important to screen for visual problems in children

    ReplyDelete
  14. Wahh, sekarang dekat sekolah pun dah ada pemeriksaan mata ye. Dulu ada pemeriksaan gigi je kan kak Nadia. Untuk budak-budak sekolah sekarang, siap ada pemeriksaan dekat sekolah. Tak perlu ibu bapa nak pergi sendiri..

    ReplyDelete
  15. Mmg elok jugak buat program sebegini.. Boleh tahu siapa yg ada masalah pada mata kan

    ReplyDelete
  16. bagus la ada program cm ni.. dulu xde pon yg buat camni kat sek kita kan? huhuhu

    ReplyDelete
  17. Bagusnya bila ada program mcm ni dekat sekolah.

    ReplyDelete
  18. Emi dulu dapat tahu rabun pun masa pemeriksaan mata kat sekolah macam ni la. Masa tu form 3. Before tu dah agak dah memang rabun sebab selalu tak nampak apa cikgu tulis kat depan. Dah buat pemeriksaan, confirm rabun.

    ReplyDelete
  19. Bagus la dorg buat cmni.. sekurg²nye pelajar boleh manfaatkan peluang cmni..

    ReplyDelete
  20. Bagus activity macam ni, hopefully there will be more and at least once a year. Nowadays many children are exposed to gadget for long hours.

    ReplyDelete
  21. Aktiviti macam ni memang bagus. Pelajar boleh tahu tahap kesihatan mata dorang

    ReplyDelete
  22. Bagus ada buat pemeriksaan mcm ni kat sek. Klau budak tu rabun, boleh kepilkan keputusan pemeriksaan untuk ibubapa buat pemeriksaan lanjut then tempah spek mata tuk mereka.

    ReplyDelete
  23. Wah baguslah budak2 sekarang dapat peluang keemasan macam ni. kita masa budak2 dulu xdenya. kalau nak kena ke kedai.

    ReplyDelete
  24. Wahh bgusnya ada servis pemeriksaan percuma cmni utk bdk sekolah..bagus2..

    ReplyDelete
  25. bagusnya eye smart vision buat macam ni ke sekolah sekolah ...mesti semua teruja nak check mata dan tahu power masing2....

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2