hai assalammualaikum

Produk Inovatif Taiwan Buat Aku Terpegun Di Pameran Taiwan Excellence Pavillion @ Archidex 2019 KL Convention Centre - Hari Rabu haritu, nad meluangkan masa pergi ke KL Convention Centre untuk melihat sendiri pelbagai keunikan, kecanggihan produk di Pameran Archidex 2019 . Pameran terbesar untuk tahun ini menonjolkan peningkatan integrasi di antara pelbagai bidang termasuk seni bina, tekologi dan teknologi pintar yang penting untuk memenuhi keperluan di masa hadapan. Paling menarik perhatian adalah di Pameran Taiwan Excellence Pavillion @ Archidex KL Convention Centre Hall 8. Sebelum tu, mestilah kene daftar dahulu. Bila dah daftar, masuk dan tengok je, woww, sangat kagum dengan produk mereka. Kalau dulu, rasa tak pandang langsung produk Taiwan ni, tapi lepas ke sini, memang terpegun tengok produk mereka. Ni la dikatakan mengikut peredaran masa.


Taiwan Excellence, produk inovatif dan berkualiti tinggi dari Taiwan yang dipilih berdasarkan pelbagai kriteria ketat termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk, kualiti produk dan model pemasaran. Taiwan Excellence memasuki sesi ke-27 tahun ini dan telah membina reputasi kukuh dan label yang dipercayai seluruh dunia sejak diperkenalkan pada tahun 1992. Sebanyak 21 pengilang dari Taiwan yang mengambil bahagian di Archidex 2019 ni.


Pameran ni bertujuan untuk mempromosikan imej perindustrian Taiwan dan meneroka peluang perniagaan dengan peniaga atau pengguna di Malaysia. Memang semua produk berteknologi tinggi dan sangat selamat penggunaannya. Setiap produk ada kelebihan yang lain daripada lain dan Paling penting setiap produk memudahkan pengguna.

Produk Inovatif Taiwan Buat Aku Terpegun Di Pameran Taiwan Excellence Pavillion @ Archidex 2019

Pameran ini mempamerkan 60 jenis produk  dari 4 kategori iaitu sistem keselamatan, kelengkapan rumah, peralatan rumah, teknologi pintar dan bahan binaan.


Wah Dr. Eric Leong, pereka bentuk terkenal dari Malaysia, jadi duta untuk Taiwan Excellence ni. Eric Leong akan menjadi hos beberapa diskusi mengenai lima produk terpilih dari Taiwan. Idea untuk menyatukan pelbagai jenama di bawah Taiwan Excellence adalah suatu konsep yang menakjubkan. Ia telah berjaya meningkatkan pengiktirafan produk-produk dari Taiwan dan menambahkan daya saing mereka.

Memang semua produk yang ada semua best. Tapi nad lebih tertumpu kepada dua produk ni  yang nad rasa memang elok digunakan di Malaysia iaitu Kunci pintu pintar WiFi dari Tanmo dan Aver Video Sounbar


Tanmo Smart Lock Door

Ni merupakan kunci pintu tanpa menggunakan kunci atau kad untuk masuk ke dalam rumah. Ia hanya menggunakan nombor yang diberi melalui wifi. Memang sangat sesuai digunakan kepada mereka yang mempunyai Airbnb, Hostel, Warehouse atau rental property.


Tanmo Smart Lock Door atau Kunci Pintu Pintar TANMO membolehkan korang mengemas kini kod ping kunci dari jauh. Yela, nak masuk rumah mesti ade kunci kan, jadi kalau pakai kunci biasa, orang yang nak stay tu kene jumpa owner dia. So kalau nak memudahkan orang, Kunci Pintu Pintar Tanmo ni memang sangat sesuai digunakan. Dengan pengurusan menggunakan cloud-based management platform, anda boleh membuka pintu dari jauh, tambah / padam kod dengan jadual yang berbeza dan lawati kod satu kali kepada tetamu melalui telefon bimbit atau komputer anda

Boleh bagi melalui phone sahaja nombor pintu tu. Maksudnya, korang hanya menguruskan semuanya melalui PC, komputer riba, tablet atau telefon bimbit anda, bila-bila masa dan di mana sahaja. Tidak perlu memasang APP atau perisian ke peranti korang. Korang boleh menggunakan borang plat Tanmo untuk menguruskan akses pada harta anda. Kunci Tanmo bersambung dengan AP WiFi korang yang sedia ada. Anda tidak memerlukan jambatan tambahan atau peralatan untuk menyambungkan kunci ke WiFi anda. Simple dan mudah kan.




Tengok design dia pun menarik kan, bentuk bulat beserta dengan pemegang pintu. Body material zinc alloy yang tidak mudah karat dan rosak.

Lagi satu, kadang rumah ni ada orang nak ceroboh, kalau guna kunci atau card senang orang nak buka kunci tu. Tapi dekat Tanmo Kunci pintu ni, dia tak tau nombor tu, dan kalau dia cuba 5 kali nombor dan tak berjaya, pintu tu akan stuck selama 10 minit. Memang selamat sangat. Nad ada letak video dalam instagram cara penggunaan Tanmo Wifi Smart Lock ni. Korang boleh tekan link SINI untuk tengok ye.


Ni antara kelebihan dia
- Multiple Access Code Scheduling
- Auto-generated One-time Access Code
- Remote Unlock
- Cloud Access Record
- Scalability – Add new locks to the cloud in minutes.
- Manage your locks anytime & anywhere

Nak tau lebih details lagi pasal produk ni, boleh ke https://www.tanmolock.com


Aver Video Soundbar VB342

Hah yang ni nad tertarik sangat. Di amacam video cam, tapi yang ni lebih canggih tau. Kalau dulu, memang rajin la skype dengan suami, waktu zaman bercinta. Tu guna kamera laptop yang tak berapa nak ummphh..Kurang jelas, dan pecah. Tapi Aver Video Sounbar VB342 ni video sangat terang sebab ia menggunakan 4k PTZ camera dan juga mempunyai speaker yang jelas dan kuat. Nad dah tengok sendiri depan-depan, memnag puas hati. Kalau korang zoom pun, video takkan pecah.


Aver Video Soundbar memang sangat bagus digunakan lagi-lagi dekat mesyuarat. Tak perlu pakai projector, pakai ni je..hehee... Ada kamera, speaker dan mikrofon. Dua mikrofon uni-arahnya meliputi pelbagai 4m, yang cukup untuk didengar dalam satu bilik. Pembesar suara stereo menawarkan rangkaian penuh 5W. Tidak kira sejauh mana semua orang, ia akan terdengar seperti mereka berada di dalam bilik yang sama.



Bila  korang live bermesyaurat dengan orang luar atau bervideo dengan orang luar, memang ia akan tunjuk penuh satu mensyuarat.

Produk ni pun mudah sangat dipasang. Wayar dia dah siap dekat tempat masing-masing.



Memang suka sebab dia 4K PTZ camera. 4K VB342 kamera menyediakan resolusi yang hebat, keseimbangan warna, dan terperinci walaupun korang zoom atas bawah atau depan. Lagi mudah ia dicontrol dengan remote. Jadi hanya dengan remote control korang boleh gerakakn kamera atas bawah kiri dan kanan, besarkan suara, dan macam-macam lagi.


Mudah digunakan, hanya pasang dan install software dia. Korang boleh tengok lebih lanjut di http://communication.aver.com/model/vb342 mesti korang rasa kagum juga dan rasa nak beli..hehehe..

Ada banyak lagi barang inovatif Taiwan yang ada, seperti penukar udara segar dengan penapis dalaman Flow2 One Plus dari TUMÄ;  Sistem interkom pengkomputeran awan (cloud) untuk komuniti pintar dari Tonnet; Sistem laci keselamatan dengan penolak buka, penutup lembut SIMLEAD dan VSD dari King Slide; kepala paip berhias yang berfungsi dari Justime, dan
banyak lagi.


Kalau korang nak tengok depan-depan, korang boleh datang ke Archidex 2019  KL Convention Centre. Pameran ini bermula 3 July sehingga 6 July..Esok sahaja. Waktu dari 10 pagi sehingga 7 malam. Untuk Taiwan Excellence ni dia dekat Hall 8 ok. Untuk lebih lanjut boleh layari  https://archidex.com.my/ .Untuk register bolek klik https://archidex.com.my/registration/


Taiwan Excellence juga akan bekerjasama dengan The One Academy untuk memajukan bidang pendidikan pengeluaran menggunakan produk di bawah naungan Taiwan Excellence. Pelajar-pelajar boleh mengambil kesempatan ini untuk mempamerkan wawasan mereka mengenai reka bentuk gaya hidup moden menggunakan produk Taiwan Excellence. Ini adalah peluang yang baik untuk para pelajar memperoleh pengalaman di dunia sebenar yang berhubung kait dengan pendidikan mereka.



















Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

31 comments so far,Add yours

  1. Wow there's so much innovative products from Taiwan

    ReplyDelete
  2. Banyak benda yang inovasi ada kan kat situ.. Teringin jgk nak pergi nak tgk produk2 yang menarik..

    ReplyDelete
  3. wah banyak produk best dari Taiwan ni rupanya

    ReplyDelete
  4. Tengok pintu canggih buatan Taiwan tu teringat lak dalam runningman, rumah-rumah kat sana memang kena pakai password baru boleh buka.

    ReplyDelete
  5. Woah. Bestnya dapat gi pameran macam ni. Pintu tu terbaiklah! =D

    ReplyDelete
  6. Menarik pula pameran dari Taiwan nie kan..

    ReplyDelete
  7. Wow best kan expo ni, i also spotted many innovative items there

    ReplyDelete
  8. Pernah pi archidex dulu memang banyak item yang sangat inivatif... Kagumm

    ReplyDelete
  9. Harituu nak pergi, tapi kecewa kena waktu kerja pulak
    ruginyaaa

    ReplyDelete
  10. Bagusnya sistem .. maju depa.kita bila nak boleh buat kat rumah sendiri mcmni kan

    ReplyDelete
  11. Wah tanmo kunci tu nampak menarik...5 kali cuba x okey dia stuck 10 min fuhhh bagus ni utk akan dtg

    ReplyDelete
  12. Hebat lah produk2 Taiwan ni ..

    ReplyDelete
  13. Canggih juga produk dari Taiwan kan? Dulu masa transit di airport Taiwan macam terpegun dengan airport di sana kerana canggih. Ingatkan Taiwan ni biasa-biasa je. Harga barang pun mahal juga.

    ReplyDelete
  14. Boleh tahan teknologi Taiwan kini. Pintu tombol tu boleh menyebabkan pencuri makan hati tau. Haha Taiwan dah boleh setaraf dengan negara maju yang lain seperti Jepun

    ReplyDelete
  15. Teknologi Taiwan no mmg terbaik la kan Nad . Malaysia dah blh ikut cara Taiwan jugak pasni

    ReplyDelete
  16. waa mesti menarik pergi expo nii, boleh tgk pelbagai produk dan inovasi dari Taiwan. qeela mmg sedia maklum mereka kalau bab technology, gadget ni, mmg superb! dah berlawan2 dgn negara2 maju lain. mudah-mudahan kita dpt membakar semangat unt tingkatkan inovasi produk kita jugak kan. menariknyaa semua tuu! 😁

    ReplyDelete
  17. Nampaknya Taiwan sudah mahu lawan teknologi china. Lepas ini jadi kuasa besar. hehe

    ReplyDelete
  18. Seronok dapat pergi pameran pameran macam ni. Dapat tengok produk produk baru, teknologi baru.

    ReplyDelete
  19. Best Nad. Berpeluang tengok banyak produk baru yang di keluarkan oleh Taiwan. Dari situ secara tidak langsung kita tahu, dari mana datangnya dia kan..

    ReplyDelete
  20. Taiwan nie memang canggih teknologinya dan juga industri halal di sana. Rawlins ke Taiwan tahun lepas dan kagum dengan pembangunan teknologinya.

    ReplyDelete
  21. bagus event macam ni sebab malaysia dan negara luar boleh tengok potensi, achievement dan future development. terbaik untuk para usahawan untuk majukan bisnes dan produk diorang ke pasaran luar negara kan nad

    ReplyDelete
  22. Memang awesome sangat kan barang-barang dari Taiwan ni. Hari tu pegi Taiwan expo pun terasa kagum sbb tak pernah tau Taiwan pun semaju ni.

    ReplyDelete
  23. Tak pernah ke Taiwan, banyak jugak ekkk produk dia ada kat Malaysia ni, dgr kata produk dia bagus2. Rugi pulak tak pergi ke expo dia hari tu

    ReplyDelete
  24. maju betul teknologi Taiwan.. dapat hasilkan produk-produk inovatif menyenangkan orang ramai.

    ReplyDelete
  25. Not bad la produk Taiwan ni. Tak pernah pergi expo macam ni. Tapi suka bila tengok inovasi dari negara lain

    ReplyDelete
  26. Taiwan ni pun salah satu negara yang berteknologi tinggi kan. tengok produk keluaran negara mereka pun dah tau sangat kualiti.

    ReplyDelete
  27. Tak sangka produk Taiwan pon dah setanding dengan produk negara maju yang lain. Tahniah Taiwan

    ReplyDelete
  28. Taiwan lagi jalankan usaha mega mereka promosi semua hasil mereka selain, pelancongan dan makanan. Terbaik !

    ReplyDelete
  29. Banyak Pameran menarik daripada Taiwan! Teknologi pun canggih jugak!

    ReplyDelete
  30. Tak sangka maju teknologi taiwan.

    ReplyDelete