hai assalammualaikum

Serum Terbaik Rawat Jerawat Dan Jeragat : Dr Beau Pure Natural Skin Oil - Dalam rutin penjagaan kulit, serum mestilah ada dalam senarai ye. Pemakaian serum sememangnya sangat bagus untuk kulit muka, sebab ia meresap terus ke dalam kulit. Langkah memakai serum ialah selepas membersihkan muka, pemakaian toner, kemudian serum dan diakhiri dengan moisturiser. Sejak tau serum ni sebenarnya dapat merawat kulit kita, terus nad cari serum yang sesuai.



Serum Terbaik Rawat Jerawat Dan Jeragat : Dr Beau Pure Natural Skin Oil 

Banyak dah jenis serum nad guna, ada yang ok, ada yang tak ok. Bukan senang nak cari serum yang sesuai dengan kulit kita tau!! Mungkin serum tu sesuai dengan kulit dia, tapi tak sesuai dengan kita. Tapi, nad jumpa serum ni memang best gila. Nad nampak kawan-kawan nad guna, terus nad pun rasa nak cuba. Biasalah perempuan, akan cuba macam-macam jenis produk bila dia nampak benda tu menarik..heheee. Serum yang nad guna sekarang ialah serum Dr Beau Pure Natural Skin Oil. NAd rasa, serum ni memang serum terbaik untuk rawat jerawat dan jeragat.

Serum ni sesuai untuk semua jenis kulit tau. Tak kisahla kulit normal, kulit kering, kulit sensitif dan kulit bermasalah macam nad ni. Kandungan serum Dr Beau ni pun bukan biasa-biasa, ada Vitamin E, Rosehip Oil, Argan Oil, Almond Oil, Apricot Kernel Oil, Wheat Germ Oil dan Evening Primrose Oil. Serum ni mempunyai 30 biji perbotol dalam 100 gram.

Vitamin E yang merawat kulit.
Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.


Apa yang buat nad tertarik lagi dengan serum ni, sebab serum ni dalam bentuk kapsul yang comel..heehe. Selalu kita nampak serum ni dalam botol pump, tapi ni tak. Serum dalam kapsul softgel, kemudian dimasukkan lagi dalam bekas. Jadi serum ni betul-betul selamat dan dijaga kualitinya. Tak terlalu dedah kepada pencemaran.



Cara nak menggunakan serum ni pun senang sahaja.
- Pastikan tangan dan muka korang dibersihkan sebersihnya ya. lepas tu, korang tarik bucu hujung bahagian kecil tu, bahagian macam bentuk ekor tu..tarik perlahan-perlahan, kemudian tuangkan di telapak tangan dan gosok-gosok telapak  tangan untuk membantu memudahkan penetrasi pada kulit. selepas itu usapkan ke seluruh atau sebagian kulit muka hingga batas leher secara merata. Terutama, pada kawasan yang biasa terlihat garis-garis penuaan.


Hah!!, korang tengok teksturnya macam berminyak kan. Yes!!, masa mula-mula nad nak pakai, risau sangat, sebab takut muka berminyak lepas pakai. Kepala dah fikir, alamak!!, sesuai ke dengan kulit ni. Sebab pernah terjadi sebelum ni, beli serum habis teruk muka, makin berminyak. Tapi bila pakai serum Dr Beau ni, menakjubkan!! Muka tak berminyak, muka macam kenyal-kenyal gitu bila pakai..hahaha..weii serius..suka gilerr. Lepas tu muka rasa lembut sangat. Serum ni meresap terus ke dalam kulit tau.. Memang nad akan restock serum ni. Memang wajib serum ni dalam list penjgaan kulit muka.


Nak hasil berkesan, mestilah pakai setiap hari, dan konsisten waktu pagi dan malam. Pada pagi, Dr. Beau digunakan untuk menjaga kulit dari udara kotor sepanjang siang. Dan,malam boleh merehatkan dan memulihkan kulit. Kalau skip kemudian tukar lain, memang tak nampak hasil la kan..So jangan malas!!, nak cantik kena la rajin..



Kelebihan Serum Dr Beau Pure Natural Skin Oil

Sangat sesuai untuk wanita Asia
Meresap ke dalam kulit dengan pantas
Bau harum dan wangI semulajadi
Tidak melekit
Rasa segar dan nyaman
SesuaI untuk semua jenis kulit

Ni antara testimoni yang dah pernah guna serum Dr Beau ni.







So kalau korang nak cuba, boleh dapatkan segera di
Facebook : https://www.facebook.com/drbeaumalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/drbeau_official/
No telefon :  0169633443

SHARE 28 comments

Add your comment

  1. Ni produk baru ke, tak pernah tengok tp nampak menarik lah

    ReplyDelete
  2. tengok dia punya testimoni tu rs tertariklah nak try..sejenis kapsul senang nak apply di mana2

    ReplyDelete
  3. Rasa macam nak try je. Dok dalam bekas macam ikan comel tu pulak lagi la geram tengok.

    ReplyDelete
  4. Waaa first time tengok serum dalam bentukk nii and packaging cantik

    ReplyDelete
  5. Zaza ada try pakai.. Dia tak rasa melekit pun.. Mmg bagus jika ada masalah kulit kering

    ReplyDelete
  6. klu cmni senang la pakai.. sekali guna sekali habis cmtu kan.. xde rosak..

    ReplyDelete
  7. First time nengok packaging serum lagu ni. Comey!

    Wah, Sesuai untuk semua jenis kulit pula tu ;)

    ReplyDelete
  8. This serum is new to me, i like the packaging and its in capsule form. Senang nak apply and also hygienic.

    ReplyDelete
  9. HELLO


    Sama ada anda seorang usahawan atau pekerja kerajaan, dan anda mahu menjadi bebas dari segi kewangan dan mengembangkan perniagaan anda, inilah peluang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan jangka pendek, proses kami sangat mudah dan mudah. Anda tidak perlu terus bertanggungjawab secara kewangan kepada semua orang, hari ini anda boleh memutuskan bahawa anda mempunyai kebebasan kewangan dan kehidupan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda, kami sangat bersedia memberi anda pinjaman apa pun yang anda perlukan, Kami akan memberikan anda. Jangan merasa seperti menonton orang lain yang berjaya secara kewangan jika anda mahu pinjaman anda ditambah ke ekuiti anda atau memulakan perniagaan anda sendiri, ini adalah peluang anda untuk menghubungi kami hari ini.



    Syarikat: CREDIT FINANCIAL GROUP
    E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    Whatsapp: +447480724786
    BBM INVITES: {DDA46523}

    ReplyDelete
  10. Lama tak tengok serum Muka dalam bentuk mcm ni.. Selalu yg rambut mcm ni kan.. Hehhehe

    ReplyDelete
  11. Dia letak dalam capsule macam tu, emi jadi teringat dekat virgin coconut oil. dulu2 duk consume benda alah tu.

    ReplyDelete
  12. aida pernah guna produk serum yg dlm kapsul gini, nad.
    bodyshop. now, tak guna lagi la.
    da tukar skincare lain.
    tapi, dlm kapsul gini is so good la. senang nak bwk. portable.

    ReplyDelete
  13. Syaza suka serum! Kulit lagi tegang toink2 😁

    ReplyDelete
  14. kalau tak de jerawat tp nak pakai serum ni boleh ke? mudah guna je serum ni kan dan senang nak bawa pergi mana2

    ReplyDelete
  15. Can this serum be use for all skin types?

    ReplyDelete
  16. tak pernah dengan nama produk ni. mungkin sebab saya kurang sikit bab2 kecantikan wanita. nampak menarik dan berkesan. bolelah saya share dengan mak & kakak saya :) terima kasih share ya

    ReplyDelete
  17. Sebut sahaja tentang kecantikan, yang pasti para wanita akan menyukai artikel sebegini. hehe. Jika ia sesuai pada jerawat dan jeragat. Inilah peluang memilih produk ini. Terima kasih share :)

    ReplyDelete
  18. produk ni famous ke? kat watson guardian ada tak?

    ReplyDelete
  19. Comel je serum nie sebab die dalam bentuk kapsul..senang nak bawa ke mana-mana..trima kasih share tentang serum nie..

    ReplyDelete
  20. Bukan senang nak cari serum/vitamin yang sesuai dengan kulit badan kita kan. Why not give a try. Mana tahu kulit makin flawless gitu

    ReplyDelete
  21. ingatkan dr beau ni untuk rambut rupanya untuk muka , baguslah packaging dia yg comel dan mudah nak bawa travel ....

    ReplyDelete
  22. Wah serum dr beau dah packahing baru. Kali ni nampak lebih ekslusif la Nad. Kinah pun sebenarnya dah guna serum ni. Memang best. Walaupun pada asasnya berminyak tapi bila dah apply kat muka tak berminyak langsung muka kita kan.

    ReplyDelete
  23. Tak pernah try lagi serum brand bi. Nampak macam menarik. Usia sekarang ni mmg kena rajin pakai serum

    ReplyDelete
  24. wahhh patut lah kekal cantik sampai skrg, ini rahsia awak ye. Kene beli satu ni bagi dekat gf

    ReplyDelete
  25. hi sis, x jmpe harga dia dlm artikel ini. mahal x? suka sgt kt packaging dia sbb dpt control amaun yang digunakan tiap kali.

    ReplyDelete
  26. Akak kalau review memang terbaik. Kalau company tau confirm mereka ambik sebagai content writer mereka. tak pernah nak mengecewakan bila akak review produk. :)

    ReplyDelete
  27. Serum salah satu produk wajib pakai sekarang. Lia memang apply everyday sebab mmg suka serum. tapi takpernah cuba serum jenis ni lagi. dah macam hair vitamin capsule dia tu. Next time nak cuba lah serum Dr Beau ni

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2