hai assalammualaikum


Tawaran Menarik Kerjasama SimplySiti, ShopeeMy Dan CIMB Islamic Untuk Peminat Datuk Siti Nurhaliza - Semalam nad menghadiri ShopeeMyxSimplysiti di Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur, di mana, produk SimplySiti telah bekerjasama bersama Shopee, tempat menjual barang secara online yang terkemuka dengan CIMB Islamic, untuk para peminat Siti Nurhaliza. Banyak tawaran menarik yang akan dibuat sepanjang bulan Ogos ni..Jadi bacalah sampai habis ye. Sebab tawaran ni bukan biasa-biasa, korang akan dapat tengok mini konsert, minum petang bersama Datuk Siti Nurhaliza dan paling best, diskaun untuk produk SimplySiti..


Siapa la tak kenal dengan Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi terkenal dengan suaranya yang merdu disertakan dengan sopan santun, budi bahasa dan sifatnya yang lemah lembut membuat semua generasi rakyat Malaysia meminati dan menyayangi Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin. Nad tengok depan-depn pun cair..ehhee..sama je suara dia tau..Telah lama berkecimpung dalam industri seni, mula mencipta nama pada usia 16 tahun, anak kelahiran Temerloh ini telah menghasilkan lebih 20 album, menggubah lagu dan membuat persembahan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di persada antarabangsa, termasuk di Royal Albert Hall London yang berprestij, dalam masa hanya dua dekad.

Datuk Siti Nurhaliza telah memenangi banyak anugerah, menjadi inspirasi kepada ramai, bukan sahaja kerana beliau seorang penyanyi, penerbit muzik dan seorang ibu, ia juga  kerana kewibawaannya sebagai seorang ahli perniagaan. Siapa yang tidak kenal dengan produk Siti Nurhaliza, sembilan tahun dahulu,tahun 2010, beliau mengasaskan rangkaian produk SimplySiti.





Terdapat pelbagai jenis produk mekap rangkaian SimplySiti daripada skincare, pemutihan kepada krim rawatan kulit, cosmetic, pemerah pipi hingga lipstik serta wangian. Kesemua produk yang disahkan Halal. Produk ini telah mendapat sambutan ramai,  telah mencatat pertumbuhan yang menakjubkan; bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia, Singapura dan juga Asia Barat.


Kini, produk SimplySiti ada dijual secara online..Mudah la nak beli,  tak perlu nak keluar.. Hehehe..

Korang biasa beli barang di Shopee!! Siapa pembeli online tegar di Shopee?? Kita geng..hehee..Nad sendiri pembeli tegar online di Shopee. Memang beli di Shopee bagi nad lebih mudah, dan selamat. Banyak produk yang ada di Shopee dari perlbagai kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee telah memberi peluang kepada Datuk Siti Nurhaliza untuk menjual produknya, dan Datuk Siti setuju kerana beliau melihat Shopee mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan tersendiri yang lain daripada dengan platform e dagang yang lain. Sekarang, produk SimplySiti ada di Shopee, yeahhhh..


Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee, berkata, “Kami memang sentiasa meminati Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Bila SimplySiti memutuskan untuk membuka kedai rasminya di Shopee, usia kami belum mencecah satu tahun. Kami gembira dan pada masa yang sama kami rasa terharu kerana Ratu Pop Malaysia memberi kepercayaan kepada kami dan menyokong kami. Ini sangat besar ertinya bagi platform e-dagang yang baru diasaskan! Pada hari ini, kami telah ditugaskan untuk memacu pertumbuhan jenama SimplySiti ke tahap seterusnya dengan meluaskan kerjasama di luar platform digital. Ia bukan sekadar jualan, tetapi merupakan sebahagian daripada langkah kami
untuk memberikan pengalaman menyeluruh kepada pengguna kami dan ini termasuk aspek hiburan dan pendekatan gamifikasi di dalam dan luar platform.”



SimplySiti meluaskan tapak digitalnya dan melancarkan kedai rasmi SimplySiti di Shopee. Siti Nurhaliza merupakan perintis Shopee Selebriti Skuad apabila platform e-dagang ini melancarkan portal dalam aplikasi khusus untuk pilihan produk selebriti. Menerusi platform ini, peminat juga berpeluang untuk menyertai sesi bertemu mesra dan acara yang dianjurkan oleh Shopee.

“Sejak menyertai Shopee, perniagaan dalam talian kami telah meningkat lebih 100%. Pertumbuhan ini adalah hasil daripada acara-acara media eksklusif, sesi bertemu peminat dan kempen yang dianjurkan oleh Shopee seperti Shopee Brands Festival yang akan diadakan tidak lama lagi. Bagaimanapun, ini adalah kali pertama kami bersama-sama akan menganjurkan Super Brand Day, konsert mini dan jamuan minum teh untuk peminat saya! Saya teruja dengan pakatan perkongsian ini dan melihat perkembangan jenama saya yang boleh dilanggani oleh semakin ramai pengguna Shopee yang kini mencecah hampir 20 juta,” kata Siti Nurhaliza, Pengasas, SimplySiti di satu sidang akhbar.

Kini, SimplySiti meluaskan kerjasamanya dengan Shopee bersama CIMB Islamic untuk memacu jenama ke mercu jaya yang lebih tinggi. Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi tawaran menarik produk SimplySiti, konsert mininya dan juga peluang untuk minum teh bersama bintang pop.


Rafe Haneef, Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Islamic Bank Berhad, mengulas, “PKS merupakan tunggak ekonomi Malaysia. Sebagai Bank Islam serantau yang terkenal, CIMB Islamic teruja untuk menyokong dan memperkasakan PKS bagi membolehkannya membesar di dalam dan luar Malaysia, khususnya menerusi inisiatif Koridor Halal CIMB. Dan sekarang, dengan PKS Malaysia seperti SimplySiti di platform berbilang saluran Shopee, disertakan dengan diskaun hebat dan tawaran untuk pemegang kad CIMB, pengguna akan mendapat manfaat dari segi kesenangan dan pembelian produk yang berkualiti. Sesungguhnya jenama seperti SimplySiti memperlihatkan peranan CIMB – menerusi tawaran kewangan dan perkongsiannya yang luas – boleh membantu PKS mengembangkan perniagaan mereka dalam persekitaran runcit yang sangat kompetitif.”

Tawaran Menarik Kerjasama Antara SimplySiti,  Shopee dan CIMB Islamic. 

SimplySiti Super Brand Day
- Super Brand Day di Shopee akan berlangsung dari 2 hingga 7 Ogos 2019, membolehkan pengguna mendapat potongan harga sehingga 60% manakala Pemegang Kad Kredit CIMB Islamic akan mendapat potongan harga tambahan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM70 untuk produk SimplySiti. Pemegang kad Debit, Kredit dan Prabayar CIMB akan mendapat potongan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM70. P
- Pada 5 Ogos, peminat boleh mengikuti siaran langsung Shopee Live menerusi aplikasinya dan menyaksikan Siti Nurhaliza memperkatakan tentang produknya.
- Pelanggan yang membelanjakan jumlah paling tinggi di bawah peraduan Belanja & Menang akan memenangi barangan peribadi milik Siti Nurhaliza.


Konsert Mini Shopee X SimplySiti
- Konsert mini ini akan membawa peminat mengimbau zaman silam menerusi lagu-lagu hit paling diminati. Konsert mini akan berlangsung pada 14 September jam 8.30 malam.
- Tiket akan mula dijual di Shopee pada 2 Ogos, berharga RM350 untuk kategori Emas dan RM450 untuk Berlian.
- Atau, peminat Siti Nurhaliza yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day berpeluang menerima dua tiket bernilai sehingga RM900.

Minum Petang dengan Siti Nurhaliza
- Berlangsung pada 18 September di Grand Hyatt Kuala Lumpur dan eksklusif untuk pemegang kad CIMB Islamic, seramai 15 pemenang berpeluang untuk menyertai majlis minum petang ini bersama pasangan mereka apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day.


SimplySiti Super Brand Day dianjurkan sempena Shopee Brands Festival yang akan berlangsung dari 1 hingga 18 Ogos, menjanjikan tawaran dan promosi hebat untuk pengguna yang membeli-belah di bawah Shopee Mall. Mereka boleh merebut tawaran pada harga serendah RM1 setiap hari untuk barangan berjenama kegemaran mereka semasa Jualan Mengejut (Shocking Sale), dan merebut baucar potongan Surprise Hour 50% dan juga menerima hadiah apabila mereka membeli barangan terpilih. Pembelian di bawah Shopee Mall disertakan pulangan percuma dalam masa 15 hari, jaminan ketulenan 100%, dan penghantaran percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk ketahui lebih lanjut,  korang boleh layari
Website: www.shopee.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/ShopeeMY
Instagram : https://www.instagram.com/shopee_my/

SHARE 25 comments

Add your comment

  1. Ingat lagi dulu masa Siti ni baru2 lagi kat industri muzik....kawan ajak jumpa Siti kat mall sebab Siti akan buat appearance kat situ. Teman la kawan yang minat sangat kat Siti ni. Sampai kena ikut dalam ramai2 tu kejar Siti. Hehe. Promo kat Shopee ni memang best giler. Tak boleh lepaskan peluang ni.

    ReplyDelete
  2. Simply Siti has so many interesting products now

    ReplyDelete
  3. 1st time dpt jumpa ct, humble person. BTW, yok shopping

    ReplyDelete
  4. Wahhhh ada promosi yer dekat shopee 2 hingga 7 ogos nie utk produk simplysiti ? Okay nak kne grab nie sbb produk simplysiti sgt bagus. Untunglah jumpa tokti. Cantik betul dia ya !

    ReplyDelete
  5. Mertua kak ana suka sgt pakai simplysiti. Boleh bgtau dia ni.

    ReplyDelete
  6. Nak try jugak simply siti ni. Nampak pun Well trusted produk kan. Plus bila ada promo macam ni baru rasa lagi rela hati nak beli

    ReplyDelete
  7. Belum pernah try produk simplysiti. Ramai kata best. Tapi memang minat dato CT. Teruja lak nak join Shopping promo kat Shopee , kot berpeluang nanti jumpa depan² ngan dato CT.

    ReplyDelete
  8. Lepas ni mudah lah peminat dan pengguna produk Simply Siti nak dapatkan produk kosmetik artis no satu negara ini hurmmm cuma tunggu siti buat produk untuk orang laki mungkin nama Datok K ker wakakakakak...

    ReplyDelete
  9. Kita tak sempat nak join sebab keje malam. Tak larat ke sana jumpa Dato Siti. Bestla dah masuk Shopee. Boleh beli online je. Dah banyak dah rupanya produk Simply Siti. Promosi menarik sgt buat fans CTDK.

    ReplyDelete
  10. Dulu kita pakai juga produk simplysiti ni. Lipstik. Foundation dia. Best la juga produk dia. Harga pun mampu milik.

    ReplyDelete
  11. Amboi Nad, kemain besar gambar dia. Hahaha. Jom get ready untuk 3 Ogos k! Shopping semua produk SimplySiti guna CIMB Akaun.

    ReplyDelete
  12. tak pernah cuba produk simplicity ni. rasa nak try lah beli, alang2 tengah ada promosi ni kan. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  13. Best nyer dapat selfie with Tok Ti, now lagi senang nak beli secara online kan.

    ReplyDelete
  14. wah beruntunglah dapat jumpa dato siti. sekarang banyak produk dah masuk online platform shopee kan. Produk simply siti pun sama. lepas ni semua beli on9 je kan.

    ReplyDelete
  15. rugi rtak join tapi nak buat camner masa tak kena sungguh ....kalau tak dapat selfie seketul dua ngan tokti

    ReplyDelete
  16. Cantiknya Tok Ti bila jumpa depan2 kan. Dah la berbudi bahasa.
    Nie yang Rawlins rasa nak membeli belah jua agar dapat tiket menonton konsert Tok Ti kelak.

    ReplyDelete
  17. HELLO


    Sama ada anda seorang usahawan atau pekerja kerajaan, dan anda mahu menjadi bebas dari segi kewangan dan mengembangkan perniagaan anda, inilah peluang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan jangka pendek, proses kami sangat mudah dan mudah. Anda tidak perlu terus bertanggungjawab secara kewangan kepada semua orang, hari ini anda boleh memutuskan bahawa anda mempunyai kebebasan kewangan dan kehidupan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda, kami sangat bersedia memberi anda pinjaman apa pun yang anda perlukan, Kami akan memberikan anda. Jangan merasa seperti menonton orang lain yang berjaya secara kewangan jika anda mahu pinjaman anda ditambah ke ekuiti anda atau memulakan perniagaan anda sendiri, ini adalah peluang anda untuk menghubungi kami hari ini.



    Syarikat: CREDIT FINANCIAL GROUP
    E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    Whatsapp: +447480724786
    BBM INVITES: {DDA46523}

    ReplyDelete
  18. HELLO


    Sama ada anda seorang usahawan atau pekerja kerajaan, dan anda mahu menjadi bebas dari segi kewangan dan mengembangkan perniagaan anda, inilah peluang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan jangka pendek, proses kami sangat mudah dan mudah. Anda tidak perlu terus bertanggungjawab secara kewangan kepada semua orang, hari ini anda boleh memutuskan bahawa anda mempunyai kebebasan kewangan dan kehidupan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda, kami sangat bersedia memberi anda pinjaman apa pun yang anda perlukan, Kami akan memberikan anda. Jangan merasa seperti menonton orang lain yang berjaya secara kewangan jika anda mahu pinjaman anda ditambah ke ekuiti anda atau memulakan perniagaan anda sendiri, ini adalah peluang anda untuk menghubungi kami hari ini.



    Syarikat: CREDIT FINANCIAL GROUP
    E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    Whatsapp: +447480724786
    BBM INVITES: {DDA46523}

    ReplyDelete
  19. Wah ingatkan tuan @Zharif kat gambar atas tu...haha...btw review ni memang best. tak puas nak tengok gambar-gambar event tu. Kena mula belajar nak membeli online melalui shopee ni ni...

    ReplyDelete
  20. Tahniah Dato CT.. bertuahnya dapat jumpa beliau.. bertuah lagi kalau dapat pi konsert kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  21. wahh simply ct dah kolaborasi dengan shopee ke. ada promosi lak tu. rugi x grab

    ReplyDelete
  22. Wahhh ni lah masanya nak try produk simplysiti. Kot bertuah boleh dpt tiket free tu kan.

    ReplyDelete
  23. Kan lagi best now can shop online and easier kan.

    ReplyDelete
  24. Zira selalu buka shopee nmpk promo simply siti kadang tergugat juga tngok promo nya

    ReplyDelete
  25. KABAR BAIK,
      SEMUA PINJAMAN GLOBAL, inilah satu-satunya perusahaan pinjaman Asli yang diakreditasi oleh BANK DUNIA, Kami akan mengubah hidup Anda menjadi lebih baik, perusahaan pinjaman, Diberikan dan Berlisensi untuk menawarkan pinjaman kepada individu, perusahaan swasta dan orang yang membutuhkan bantuan keuangan dalam tunjangan tingkat rendah sebanyak 2% dan Kami menerima pinjaman dalam bentuk apa pun.

    Di sini, di SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL, akan membuat yang terbaik dari penghormatan kami kepada semua pelamar yang sah. Anda tidak akan kecewa dengan Kami dalam transaksi bisnis ini karena perusahaan kami akan memastikan pinjaman Anda sampai kepada Anda, jika itu tidak juga berakhir di sana, kami memiliki tim ekspaktrasi yang memahami undang-undang investasi, mereka akan membantu Anda, memberi Anda tips yang akan membantu Anda mengelola investasi tempat Anda menanamkan pinjaman, sehingga Anda tidak pernah bangkrut lagi dalam hidup Anda dan penawaran luar biasa ini disertai dengan pinjaman Anda dan tidak dikenakan biaya, Hubungi kami hari ini melalui email allglobalgrantloan@gmail.com

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2