hai assalammualaikum

Bedak Agnesia Berwajah Baharu Untuk Ruam Dan Gatal Badan - Balik kampung haritu, cuaca panas betul, tak hujan beberapa hari. Fariza, tak kira panas ke apa, dia tetap akan main dekat luar. Bila dah main, mula la berpeluh. Dengan berlarinya datang dekat nad, Fariza terus cakap " mommy, mommy, gatal, gatal"..Sambil tangan dia tergaru-garu dekat leher dia. Nad cek, dah merah leher dia. Terus nad mandikan dia, lepas tu pakaikan bedak Agnesia dekat dia. Dia pun rasa lega, tak gatal dan sejuk je lepas nad sapukan bedak tu. Memang berguna bedak Agnesia ni bila time anak-anak gatal atau ruam. Mak nad memang ada simpan bedak ni dekat rumah, sebab kebanyakan cucu-cucunya jenis mudah gatal badan dan ruam bila cuaca panas. Sejak tu nad pun beli satu untuk kegunaan anak-anak nad.


Siapa tak kenal dengan bedak Agnesia ni uii, ramai cakap, bedak ni, bedak legend. Dari zaman tok nenek moyang kita bedak ni dah ada..huhu. Orang tua cakap, bedak ni bedak ubat..hehee..Bila pakai, mesti rasa nyaman je, rasa lega je lepas tu. Kalau korang  nak tau juga, bedak Agnesia telah ada di pasaran selama lebih 80 tahun dan dulu bedak Agnesia ni dalam bentuk tin dan berwarna merah. Makin lama, diaorang dah perbaharui megikut peredaran masa, keluarkan dalam botol. Sekarang lagi lawa, packaging ada corak sikit siap ada bauan harum lagi..Ok ni kita suka sangat..hehee..

Agnesia telah mengeluarkan dua produk terbaru mereka iaitu Hygiene Care dan Beau Care. Bedak Agnesia ni selamat digunakan dan dapat membasmi 99.9 % bakteria serta bebas dari Asbestos. Sesuai digunakan untuk seisi keluarga.


Bila dah jadi seorang ibu ni, memang kita akan beri yang terbaik untuk anak kita dan bedak Agnesia ni menjadi pilihan ramai kerana ia memberi perlindungan pada badan. Agnesia Hygiene Care sangat terkenal kerana rumusannya yang melegakan dan menenangkan serta dapat menyerap lembapan berlebihan pada kulit. Ia mengandungi bahan pelindung serta anti bakteria dengan 25% Zink
Oksida dan 0.5% Chlorohexidine. Tak rasa risau bila anak main diluar, lakukan aktiviti yang diaorang suka, sebab adanya bedak Agnesia yang dapat merawat dan melegakan irritasi kulit yang disebabkan oleh peluh berlebihan serta mencegah pertumbuhan bakteria.


Haritu, si adik gatal-gatal di bahagian punggung. Jadi, nad pun sapu dengan bedak Agnesia Hygiene Care ni. Lama-lama ok dan hilang gatal tu.


Beau Care pula ada dua bau wangian yang sedap iaitu bauan rose dan lavender. Yang ni boleh pakai untuk kegunaan seharian. Sebab wangi kan..hehee..

Bila nad post dekat facebook dan instagram, pasal bedak Agnesia terbaru ni, ramai cakap, bedak ni memang bagus, dan diaorang pun ada guna sampai sekarang. Tapi diaorang lagi teruja bila nampak yang ada bauan harum..Nad pun apa lagi, suruh diaorang dapatkan cepat..heehee. Lagipun bedak Agnesia ni lembut dan tak melekit.



Nad dah pun pakai yang bauan lavender, memang harum bau dia. Bagi kesegaran dekat badan dan elakkan bau badan. Lagi sesuai mereka yang kuat berpeluh tu pakai bedak Agnesia ni. Suami nad pun guna. Bila dia pakai, dia rasa selesa dan segar je walaupun cuaca panas.


Lagi satu yang nad tak percaya, bedak Agnesia ni boleh rawat jerawat kecil-kecil, macam jerawat pasir dekat dahi atau badan. Ada kawan nad bagitau, dia pakai bedak Agnesia ni untuk hilankan jerawat pasir tu dan ia berkesan..perghh...yang ni, nad memang baru tau ye..hehe..bila nad baca pasal bedak Agnesia ni dekat google, rupanya memang ada yang pakai masa jerawat tu muncul..hah!!, hebat tak hebat la..heehe..

Macam orang tua-tua cakapla, bedak ni bedak ubat..hahaha..Jadi apa lagi, simpan satu dekat rumah, sebab satu botol boleh guna untuk semua orang. Tak cukup sebotol, beli berbotol-botol. Lagi dah ada dua bauan harum ni, lagi best..Bedak Agnesia disahkan Halal dan elok digunakan setiap kali selepas mandi bagi memberikan kesegaran sepanjang hari. Rangkaian bedak Agnesia boleh didapati di semua farmasi utama, Aeon Wellness, pasar raya besar seperti Mydin dan 99 Speedmart.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari
Facebook: https://www.facebook.com/AgnesiaMY/
Instagram: https://www.instagram.com/agnesiamy/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

24 comments so far,Add yours

  1. ooo!! dah wajah baru dah... nanti x recognise bila cari.. at least skrang dah tau..

    ReplyDelete
  2. I nak beli yg lavendar~ tapi harap bau dia tak kuat sangat~ kita mmg suka pakai bedak ni sbb bau dia best tak harum seharum semerbak and dia best pakai hilang gatai2

    ReplyDelete
  3. Menarik betul bedak agnesia yang telah diberi nafas baru ni. Bedak lejen ni Masa akak kecik-kecik dulu.

    ReplyDelete
  4. talcum powder can be refreshing but i tend to get allergic to it

    ReplyDelete
  5. nak cari satu lavender. Dia memang botol saiz kecil yea?

    ReplyDelete
  6. Bedak Agnesia ni mesti best. Dulu masa kecil guna Aiken jer. Tapi yang Agnesia ni ada bau lavender mesti sedap. Nak beli and try untuk anak.

    ReplyDelete
  7. memang best tau bedak agnesia ni lagi ngan cuaca panas tak memasal berpeluh pastu mulalah gatal2 ...nasib dah ada yg wangi bolehlah hilang bau ashemm sekali

    ReplyDelete
  8. Jenama Agnesia ni memang dah lama kita rasa zaman kita kecil-kecil dulu dah ada jenama bedak ni memang selalu guna untuk gatal-gatal dan ruam kita selalu letak kat bahagian yang gatal terutama kaki hehehehe...

    ReplyDelete
  9. Ya memang bedak Agnesia ni dari dulu dah turun temurun macam tu. Ada sorang kawan dah besar pun stil pakai after mandi. Kalau tak badan dia tak selesa. Kita pun cari 1 lah nanti.

    ReplyDelete
  10. bedak ni memang lama dah kat pasaran kat nad, dulu masa kecik pakai bedak bau macam hapak sikit haha. sekarang dah ada banyak harumannya. bolehla tepek kira dua dalam satu. merawat dan mewangi

    ReplyDelete
  11. Wahhh wajah baru sekarang lebih cantik dan classy. Warna merah mmg sangat menarik perhatian. Baguslah bedak nie dpt atasi masalah ruam badan. Nanti boleh beli. Ruam nie kalau dh dtg gatal betul

    ReplyDelete
  12. lama betul kan jenama bedak ni.. cuma dulu botol mcm lain.. zaman kecik2 dulu mmg bedak ni mak selalu beli.. tp ok tau!! mmg jadi terutama untuk ruam panas kat baby

    ReplyDelete
  13. HELLO


    Sama ada anda seorang usahawan atau pekerja kerajaan, dan anda mahu menjadi bebas dari segi kewangan dan mengembangkan perniagaan anda, inilah peluang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan jangka pendek, proses kami sangat mudah dan mudah. Anda tidak perlu terus bertanggungjawab secara kewangan kepada semua orang, hari ini anda boleh memutuskan bahawa anda mempunyai kebebasan kewangan dan kehidupan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda, kami sangat bersedia memberi anda pinjaman apa pun yang anda perlukan, Kami akan memberikan anda. Jangan merasa seperti menonton orang lain yang berjaya secara kewangan jika anda mahu pinjaman anda ditambah ke ekuiti anda atau memulakan perniagaan anda sendiri, ini adalah peluang anda untuk menghubungi kami hari ini.



    Syarikat: CREDIT FINANCIAL GROUP
    E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    Whatsapp: +447480724786
    BBM INVITES: {DDA46523}

    ReplyDelete
  14. Whwn i was young i used the bedak also, now they have new packaging.

    ReplyDelete
  15. dah try bau baru dia. sedap baunya

    ReplyDelete
  16. Suka betul dengan packaging baru produk ni. lagi buat rasa tertarik nak beli kan jenama legend ni. Tak sabar nak cuba yang levender dengan rose tu.

    ReplyDelete
  17. lama dh x tgk bedak ni.. bedak legend ni.. botol dia pun dh cantik skrg..

    ReplyDelete
  18. Bedak legend. Bau lavender tu best.

    ReplyDelete
  19. kita pun panggil bedak ni, bedak ubat. hehehe..
    Dah berwajah baru dah ekkk..
    Dulu botol merah tu juga. Street je bentuk dia kan..

    ReplyDelete
  20. Baru tahu pasal bedak ni sebenarnya, thanks for sharing! Mira pun selalu ada masalah ni. Badan sensitif sangat, tu cepat naik gatal-gatal. Nak pergi cari produk ni la nanti.

    ReplyDelete
  21. Bedak ni bedak lejen tp dah diberi nafas baru. Memang suka dengan bedak agnesia ni. Best sangat guna.

    ReplyDelete
  22. bedak ni serius memang legend.

    ReplyDelete
  23. I still remember I like to use powder when I was a kid! This packaging looks really and good for kids.

    ReplyDelete