hai assalammualaikum

Minyak Telon Baby Konicare Beri Keselesaan Pada Anak - Sejak ada anak, minyak telon ni memang wajib ada dalam senarai keperluan barang anak-anak. Dari anak-anak kecil sampai la diaorang besar, nad tetap pastikan minyak telon sentiasa ada di rumah. Bagi nad, minyak telon ni bukan untuk baby sahaja, malah anak yang dah besar pun boleh guna. Kenapa perlu ada minyak telon? Kenapa perlu sapu badan baby dengan minyak telon? Apa kepentingan minyak telon ni? Masa nad mula-mula jadi ibu, nad pun tak tau apa fungsinya semua. Lepas nad baca, dan bertanya pada mereka yang pernah menjadi ibu, memang banyak kepentingan minyak telon ni. Minyak telon ni dapat beri keselesaan, kehangatan dan ketenangan pada anak kita. Dah banyak jenis minyak telon nad guna, salah satu minyak telon ni ialah minyak telon Konicare.

Minyak Telon Baby Konicare Beri Keselesaan Pada Anak

Minyak Telon Konicare digunakan untuk melegakan ketidakselesaan perut dan memberikan kehangatan pada badan baby. Ia juga dapat melegakan kembung, memberikan rasa hangat untuk badan.
.
Walaupun anak-anak dah masuk 4 tahun dan setahun lebih, nad masih sapu minyak telon pada mereka. Yela, cuaca yang tidak menentu dengan persekitaran yang tidak elok, kadang buat anak-anak kita tidak sihat. Kadangkala, perut mereka akan tiba-tiba tak selesa tanpa kita tau puncanya, sama ada angin atau apa sahaja. Pernah terjadi, Farhanah tak selesa perut, menangis sahaja. Nad ketuk perut dia, macam perut dia kembung. Nad terus sapu dengan minyak telon Konicare ni, dalam beberapa minit, dengar bunyi " prooottt..proott"..hahaha..Ok tau dah sebab apa..heehee. Sebab tu minyak telon wajib ada dekat rumah.



Selepas diaorang mandi , Nad akan sapu minyak telon Konicare ni. Sambil membuat urutan di badan. Dengan cara ni dapat memberikan kehangatan pada anak-anak dan merapatkan hubungan anak dengan mak. Nad akan sapu di bahagian perut, bahagian belakang, kaki dan kepala. Diaorang pun selesa, nyaman je, lebih aktif lepas diurut..hehee..

Kelebihan Minyak telon Konicare Untuk Urutan:
Selain itu, dengan mengurut dapat
- Meningkatkan proses ikatan
- Urut boleh membantu dalam melegakan ketidakselesaan dari kesesakan, tekanan dan emosi.
- Rangsangan kulit membantu meningkatkan komunikasi otak
- Membantu bayi untuk tidur lebih lama
- Menguatkan sistem imun
- Membantu otot nada dan membantu perkembangan pertumbuhan
- Meningkatkan peredaran darah
- Membantu dengan koordinasi dan keseimbangan


Minyak telon Konicare ni, boleh tengok teksturnya yang cecair dan jernih. Nampak seperti berminyak, tapi tidak. Bila dapu je dekat badan anak, minyak telon ni akan meresap terus ke dalam kulit dan tidak melekit. Tak berapa panas pun, dia panas-panas manja gitu..hehee..Berkenaan bau pulak, hah nak tau tak, bau minyak telon Konicare ni sama seperti bau gula-gula hacks..hehee..Pernah makan kan gula-gula tu, ahah macam tu la berangin dia dan bau dia..

Kadang-kadang, badan baby ni tak boleh kena sebarang minyak, takut naik merah nanti dekat badan dia. Tapi anak-anak nad pakai minyak telon Konicare ni ok je. Bahan kandungan dia pun dari 100% bahan semulajadi. Formula unik dengan kombinasi tiga kali ganda Cajuputi, Foeniculi dan Cocos, dapat menyenangkan dan hangat kepada bayi. Produk ni diyakini dan Halal..


Kalau tengok bekas dia, memang selamat sebab pembungkusan dia dalam botol palstik. Jadi anak pegang pun selamat je, tak pecah. Nak tuang pun senang je, takde tertuang banyak ke apa.


Minyak Telon Konicare ni datang dari Indonesia. Konicare pernah dianugerahkan sebagai Jenama Terunggul Penjagaan Bayi dan Kanak- Kanak di Indonesia pada tahun 2010.


Ibu-ibu diluar sana, wajibla ada minyak telon ni. Lagi bakal ibu tu. Masukkan minyak telon ni dalam senarai ok..hehee...Kalau nak cuba boleh dapatkan di Guardian, Aeon Wellness, Manjaku Baby Store dan farmasi berdekatan. Info lanjut boleh layari instagram https://www.instagram.com/konicare_my/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

31 comments so far,Add yours

  1. bestlah dia kena urut manja.Pasni mesti lena tidur. Bagus lah minyak telon ni tak panas. Nak cari lah nanti kalo ada baby. Baby je ke yang boleh guna? Kalo umo 2 tahun boleh tak?

    ReplyDelete
  2. kak yaya pun suka sapukan minyak telon pada anak-anak..bau minyak telon menenangkan..tp brand ni belum cuba lagi..boleh try lepas ni..tq nad share info.

    ReplyDelete
  3. botol comei senang jaga and yang best bau dia tetap best gituu

    ReplyDelete
  4. saya masih guna minyak telon ni hingga sekarang. sgt ligt utk baby bau pun sgt ok. anak pun selesa

    ReplyDelete
  5. Memang kenangan sungguh minyak telon ni. Masa anak2 sis kecik-kecik dulu pun sis suka pakaikan dengan minyak telon, tak kira masa..hehehe sebab minyak ni bau dia sedap. Nampak dan bau minyak ni terus terkenangkan anak2.

    ReplyDelete
  6. okay baik. dah ada anak nanti memang wajib grab minyak ni

    ReplyDelete
  7. I love using this type of oil for my babies too

    ReplyDelete
  8. Hei budak kecik comelllll hehehe.. Yes minyak2 sebegini mmg satu bnda yg wajib ada simpanan kt rumah

    ReplyDelete
  9. Wahhh tak pernah pula dengar pasal produk ni tapi bolehlah suggest kan dekat member yang baru je menimang cahaya mata semalam. Iyalah terutama bagi ibu bapa, produk macam ni semestinya sangat membantu untuk keselesaan bayi.

    ReplyDelete
  10. Masa anak below 1year suka sgt pakaikan minyak telon atau seumpama ni. Sbb bau best. Bila pakaikan minyak telon baru la rs bau baby kan.. hehehheeh

    ReplyDelete
  11. Terkenang zaman aida beranak kecik dulu. x byk minyak baby yg dikeluarkan sebegini. Diyakini halal, nad.
    Now, da bagus gini. Diyakini. Senang ati nak guna. Wajib ada sebab baby memang byk hal nyer kan...

    ReplyDelete
  12. minyak telon memang bagus pakaikan pada kanak2..kadang kalao dah tak jumpa minyak angin pun akak pakai jugak ...

    ReplyDelete
  13. Pernah juga ada kawan time belajar dulu suggest minyak ni kat kami suami isteri. Time belajar tu memang rapat la, so tak kisah pun kawan tu nak suggest siap bagi percuma lagi. Tapi lepas habis je tak juga beli. Rupanya memang baik ye minyak ni. Boleh cuba untuk baby Ummu la.

    ReplyDelete
  14. rasanya pernah guna minyak telon ni dulu..memang sedap baunya..sangat menenangkan...tapi kat pasaran macam susah jer nak jumpa heheh

    ReplyDelete
  15. Perkongsian info yang sangat berguna kepada ibubapa yang ada anak kecil. Pernah guna minyak telon tapi bukan jenama yang ni.. Nampak macam ok je guna minyak ni kan?

    ReplyDelete
  16. Sampai sekarang masih guna minyak telon walaupun anak dah besar. Iyela minyak telon ni berguna disaat kecemasan kekadang tu perut kembung, minyak telon la penyelamatnya. Boleh suggest dengan member yang nak bersalin nanti

    ReplyDelete
  17. I read many good review about this minyak also, will share with my friends about it.

    ReplyDelete
  18. Minyak telon mmg wajib ada dlm rumah klau ada baby atau anak kecik.. bagus sebenarnya sbb bantu untuk hilangkan kembung perut anak. Kak liez mmg beli berbotol2 buat stock

    ReplyDelete
  19. Banyak rupanya kebaikan minyak telon ni. Menarik sangat.

    ReplyDelete
  20. Suka bau minyak telon deka baby. Bau sedap ja.. Letak minyak telon baru sedap diorg ni

    ReplyDelete
  21. Bagus kan tak berminyak macam nie.. bau pun sedap..

    ReplyDelete
  22. seronok la kalu urut anak lepas mandi..mesti lena dorang tidur. tak lah meragam sangat kejap terjaga. banyak jugak khasiat minyak telom ni

    ReplyDelete
  23. First time jua lia dengar minyak telon ni. Tapi boleh je recommend dekat para ibu dan bagi anak buah yang masih baby untuk guna produk ni

    ReplyDelete
  24. Owh ni ke minyak telon tu.hahaha. Selalu dengar tpi tak tahu macam mana rupa. Bagus nampaknya untuk baby since kakak baru bersalin boleh kot suggest kt die. hehehe

    ReplyDelete
  25. Kak nina suka sapu kat anak-anak minyak telon walaupun depa dah besar. Eicha 3 tahun pun masih sapu minyak telon pas mandi. Kelebihan dia elakkan anak kembung perut, selain tu anak rasa selesa, nyaman, tenang, segar selalu.

    ReplyDelete
  26. suka guna minyak telon untuk baby Kasih Sufi.. sebabnya bila sapu tu anak jadi selesa n tak bnyk ragam. yelah minyak telon ni bnyk fungsi

    ReplyDelete
  27. Parent wajib tahu semua hal-hal ni, kena pastikan which products yang the best untuk keselesaan anak-anak. Jangan main hentam je

    ReplyDelete
  28. Skrg ni minyak telon mmg diperlukan utk paremt kat anak2..anak2 pakai pun sedap je rasa

    ReplyDelete
  29. Thank you kongsi tentanf kepentingan ada minyak untuk baby. First time mummy to be and seronok baca post ni. Mcm belajar balik benda yng perlu tau sebagai ibu. Hehe

    ReplyDelete
  30. Minyak Telon Baby Konicare mmg bagus utk bdk2 dan baby lps mandi sapu kat perut6and blkg agar xkembung perut

    ReplyDelete