hai assalammualaikum

Tukar Surat Refer Hospital Untuk Scan Tiroid - Banyak pulak masalah yang and hadapi, semata nak scan Tiroid ni. Cek sudah, ambil darah sudah, step seterusnya nak scan Tiroid dekat leher ni. Tapi..tapi...Lain pulak jadinya..Kisah nad tau , nad ada Tiroid, dan keputusan darah semua nad dah cerita, Lepastu dapat surat refer, tapi masalahnya, bila surat refer tu dari klinik swasta, bayaran untuk cek dekat hospital sama harga macam bayaran dekat klinik swasta. Maksudnya, mahal macam klinik swasta berbanding guna surat refer dari klinik kerajaan, bayaran murah. Ya, bab surat refer ni baru tau..lol..


Boleh baca:
Bengkak Leher Disyaki Tiroid
Keputusan Darah Tiroid

Kisahnya, lepas dapat keputusan darah tu dari klinik swasta, doktor bagi surat refer untuk scan tyroid ni. Bila dah ada penyakit macam ni, mestila kita nak scan cepat, nak tau Tiroid ke apa dekat leher nad yang bengkak ni. Lusa, nad pergi Hospital Ampang. Dahla jenuh nak cari bahagian scan ni. Tanya orang sorang-sorang dengan bawak budak berdua ni. Mr mafia pergi cari parking. Cari punya cari, akhirnya jumpa, tempat MOPD tak silap. Panjangnya tak tau apa..hahaha. Dok kalut sangat dah.

Bila dah sampai, tanya dekat kaunter, pasal surat refer tu berkenaan sakit Tiroid. Kemudian staff situ tanya " ni dari klinik swasta ke kerajaan "..nad pun jawab " klinik swasta "..Staff situ cakap, " kalau dari klinik swasta, bayaran mahal, dalam RM200 ke RM300 macam tu, kalau dari klinik kerajaan bayaran murah RM5 "..Nad dengar terus terkejut. Yela, tak pernah sakit siap surat refer ni. Ni la pertama kali. Lepas tu, staff situ cakap, boleh ke klinik kerajaan dan mintak tukar surat refer ni. Maksudnya bawak surat refer hospital dari klinik swasta ni, pergi ke klinik kerajaan, dan cakap nak tukar surat. So, dia akan bagi surat refer dari klinik kerajaan.

Pening kepala mak..benda nak cepat jadi lambat..Kita dahla risau dengan bengkak dekat leher ni sebab apa..

Terus, balik tu, terus update status dekat Instagram Story..Yela, mungkin ada orang yang pernah alaminya. Malas nak up kat facebook, taknak orang tau sangat pasal nad sakit apa. Belum tau lagi Tyroid ke apa. Sebab belum scan..

Tiba-tiba ade seorang kawan komen, dia cakap, dia pernah buat.  Dia kata boleh tukar surat refer dari klinik swasta ke klinik kerajaan. sekejap je. Dia cakap kalau dia tak buat, harga pembedahan dia beribu oii, tapi tukar surat terus harga berpuluh je..okla..nad dah lega..

Esoknya pergi la klinik kerajaa. Dah kawan kata boleh. Nad pun taknak tunggu lama..Risau kan. Jadi pergila klinik kerajaan.

Ingatkan, dah cakap nak tukar surat refer, terus je dapat tukar..

Tapi...tapii................

Kena ambil nombor, siap package jumpa doktor lagi. Pergh...Tak boleh buat apa, kita ikut jela prosedur klinik kerajaan ni..

Sampai giliran nad dipanggil. Doktor tengok surat, doktor tanya la macam sebelum ni pasal simptom tyroid ni. Nad pun jawab benda yang sama.

Dah selesai tu, doktor tengok surat tu, doktor cakap, " okla macam ni, kita scan terus nanti. Tapi nanti kita akan telefon puan la ".." nombor puan 017*******  ni kan "..aku jawab " ya doktor "..Dia jawab nanti dia telefon guys.dia telefon...

Nad dalam hati, " tunggu lagii "..dalam hati ok..huhu..pastu terus balik...

Setiap hari, setiap minit, nad tengok phone. Dari dua minggu lepas tak silap nad pergi, sampai ke harini, takda telefon..adoiiiii...apa yang ditengoknya tak taula dengan surat tu..

Sampai ke sudah, nad tak tau lagi ape yang menyebabkan bengkak dekat leher ni guysss...Kenapa la doktor buat nad risau..lol..

Setiap hari duk pandang cermin je..dahla makan pun kawal sikit sekarang..hurmm...

Doktor telefon la..telefonlaaa..

Surat refer tu dah diambil diaorang..jadi tunggu dan lihat jela...........

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Semoga dipermudahkan urusan nad..

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan segala urusan nad..
    insyaAllah sumenye baik2 je.. =)

    ReplyDelete
  3. macam tu pula yea. Moga urusan dipermudahkan. Nad ada rasa panas tak selesa ke tiap hari? Sebab tu salah satu tanda. Mak mertua tiriod juga, dia selalu mengadu asyik panas je. Kerap mandi.

    ReplyDelete