hai assalammualaikum

Ulangtahun Anchor Legendairy Ke 133, Anchor Dairy Brand's Dengan Kebaikan Tenusu Semulajadi New Zealand - Baru-baru ni nad turut sama meraikan Anchor Dairy Brands birthday yang ke 133 tahun dengan tema " Our Birthday, Your Celebration: Rejoicing 133 years of Quality Anchor Dairy " di Pullman Bangsar Kuala Lumpur. Dah lama dah produk Anchor ni di pasaran dan semestinya ramai yang telah menggunakan produk Anchor ni. Tahun ini, Anchor Food Prefessionals Malaysia - Brunei meraikan 133 tahun berkongsi kebaikan tenusu semulajadi New Zealand melalui produk jenama Anchor Dairy, yang dibuat dengan  100% kebaikan tenusu.


Ulangtahun Anchor Legendairy Ke 133, Anchor Dairy Brand's Dengan Kebaikan Tenusu Semulajadi New Zealand 

Untuk meraikan kejayaan yang dicapai oleh Anchor selama ini, Anchor Food Professionals telah mengadakan ulangtahun Anchor Legendairy ini dengan tujuan untuk berterima kasih kepada rakan perniagaannya kerana sudi berkongsi kebaikan susu Anchor dan juga kepada semua rakyat Malaysia yang setia menyokong dan menggunakan produk Produk Anchor selama ini.




Boleh tengok salah silah Anchor yang sudah begitu lama sekali ya.


Semua produk Anchor diperbuat dengan kebaikan 100% daripada susu semulajadi New Zealand. New Zealand merupakan tempat yang mempunyai iklim suhu sederhana dimana ia membolehkan rumput berkembang dengan baik dan lembu menikmati rumput yang elok dan berkhasiat. Dengan pemakanan yang elok, lembu menghasilkan susu yang enak dan berkhasiat sepanjang tahun, membolehkan mereka menghasilkan susu berkualiti tinggi untuk menjadikan produk krim mentega, keju dan krim kami bukan hanya untuk Malaysia tetapi untuk orang di seluruh dunia .


Antara restoran, kedai kek dan cafe yang mengunakan produk Anchor.


Mr Hunter Nottage as New Zealand High Commissioner to Malaysia and Brunei Darussalam berterimakasih dan gembira dengan pencapaian Anchor sehingga 133 tahun ni dan berbangga product ini telah terjual di 80 negara di seluruh dunia. Pencapaian yang sangat bagus bagi Fonterra - koperasi tenusu multinasional New Zealand yang dimiliki oleh kira-kira 10,000 petani New Zealand.


Mr Jack tan , Associate Director, Foodservice, Fonterra Brands Malaysia


Anchor Legendairy Contest

Sempena sambutan ulangtahun Anchor yang ke 133 Tahun ni, Anchor telah mengadakan satu contest untuk korang semua. Contest yang sangat mudah, dan korang mesti join ok..Contest ini bermula 1 October 2019 sehingga 5 January 2020, dan korang berpeluang memenangi hadiah sehingga RM50,000..ada dapat smartphone juga guyss. Contest ini kerjasama dengan lebih 1330 restoran, bakeries dan cafe di seluruh Malaysia dan Brunei yang mengambil bahagian di mana mereka menggunakan makanan atau manisan dengan produk Anchor ni.



Caranya mudah sahaja.
- Korang hanya beli makanan di kedai yang tersenarai dalam contest ini. Antaranya, Secret Recipe, Jombali, BBQ Chicken dan banyak lagi..Boleh tengok pada gambar di atas restoran dan cafe yang terlibat..
- Kemudian ambil gambar resit makanan yang korang beli tu. Contest ni hanya terima satu resit sahaja untuk satu penyertaan.
- Lepas tu gambar resit tu boleh terus hantar ke whatsup bernombor 010-9508205

Siap..senang kan..hantar resit banyak kali pun takpe..mana tau korang bertuah..nad pun nak join..hahaha..Nak tau lebih details berkenaan contest ni, korang boleh tengok di http://bit.ly/anchorlegendairyi


Anchor Food Professionals Partnership Bersama Malaysian Home Bakers, Caring Moms Malaysia

Menariknya lagi, sempena ulangtahun Anchor ni, Anchor Food Professionals mengumumkan yang mereka akan mengadakan 3 bulan partnership bersama kumpulan usahawan dari rumah iaitu CARING MOMS MALAYSIA.


Caring Moms Malaysia ni, merupakan satu group, dimana mereka membuat kek, kuih di rumah. Korang boleh tengok, semua ni la kek, biskut dan kuih yang dihasilkan oleh mereka dengan menggunakan produk Anchor. Nampak menarik kan semua.





















Nad dah rasa sebahagian kek dan kuih yang dihidangkan ini. Memang sedap.


Paling unik ialah karipap ni. Selalu kita nampak inti karipap kentang atau sardin je kan, yang ni siap ade carbonara mushroom, sambal petai you alls..hehee..

Bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2019, 20 Anchor Dairy Endorsed Bakery dari Caring Moms yang terpilih ini akan berkongsi kisah inspirasi mereka menggunakan produk Anchor Dairy dan membuat manisan dan makanan dari dapur mereka.

Melalui kerjasama ini, Anchor Food Professionals membantu dan memberi sokongan kepada home bakers dan berharap peserta dapat meningkatkan prestasi perniagaan mereka dengan menggunakan produk berkualiti tinggi Anchor Dairy dalam produk jualan mereka.


Memang meriah sambutan ulangtahun Anchor yang ke 133 Tahun ni. Kek cheese besar disediakan untuk ulangtahun ini.




Tahniah Anchor, kerana menyediakan produk yang berkualiti. Semoga Anchor terus maju. Dan sekali lagi, Happy Birthday Anchor..

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Anchor atau contest yang dijalankan, korang boleh layari
Website: http://bit.ly/anchorlegendairyi
Facebook: https://www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY/
Instagram: https://www.instagram.com/anchorfp.my/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

30 comments so far,Add yours

  1. wah banyak la senarai dia.. nk join gak hihihi

    ReplyDelete
  2. Fuhhhhh.... Tak sangka dah 133 tahun
    Contest senang... Nak join laaa

    ReplyDelete
  3. Wowww.... tak sangka dah 133 tahun... antara produk yang selalu Bro gunakan dalam masakan juga nie

    ReplyDelete
  4. Anchor memang terkenal.
    Western food, roti, dessert memang aida gunakan produk anchor, Nad.
    Sedap. Jauh lebih sedap dari brand lain.

    ReplyDelete
  5. Saya pun memang dok selalu guna jenama Anchor ni... naik gebu cantik je... yang jadi masalah sekarang ialah dah tercraving ni bila tengok gambar menarik gilossss... hahahahaha...

    ReplyDelete
  6. bagi mek anchor ni adalah mentega premium. memang sedap. biasa kat hotel kalau breakfast ada mentega anchor ni. tengok lah kek dan dessert yang depa sediakan. terliur oii.

    ReplyDelete
  7. anchor ni brand dia famous dan kualiti barangan dia pun bagus walaupun mahal sket dr biasa.hehe

    bila tiap kali raya, mesti cari bahan kek jenama ni sbb dia punya moist n gebu kek/biskut lain macam bila siap bakar.alahaaaiii..dh terasa nak buat kek lak ni..

    ReplyDelete
  8. Ramai gak pergi event Anchor ni ya...sis x dpt tapi klu dapat pasti pergi sbb suja makan mentega Anchor yg salted...lemak berkrim gitu...

    ReplyDelete
  9. I love Anchor butter! Great for baking

    ReplyDelete
  10. Biasa dengar jenama ni. Tapi x pernah guna. Dah lama ruapnya ianya wujud ye.

    ReplyDelete
  11. Anchor memang salah satu jenama yang sis guna kalau buat brownies. Memang sedap jadinya. Lama rupanya brand Anchor dah bertapak. Dan contest tu nampak menarik dengan hadiah yang best-best.

    ReplyDelete
  12. wah, anchor dah 133 tahun!!
    dan saya suka dengan kek lipas & winnie the pooh tu...
    cantik and creative mereka buat kek dengan anchor products

    ReplyDelete
  13. emm, macam dah komen kat atas tu. tapi tkpelah. semoga anchor bertambah maju di hari depan nanti.

    ReplyDelete
  14. OMG sedapnya semua dessert-dessert yang dihasilkan tu menggiurkan kita lah hehehehe nak juga cuba dan memang jenama Anchor ini kita guna juga kat rumah. Tahniah kepada Anchor dan 133 tahun yer memang dipercayai berkualiti...

    ReplyDelete
  15. Brand Anchor ni mmg tersohor.tak sangka dah lebih 100tahun rupanya. No wonder kualiti tiptop, byk kedai pakai.

    ReplyDelete
  16. Tahniah Anchor..sis pun suka guna produk anchor ni. Kualiti bagus. Tgok dessert tu mmg terlioq sgt

    ReplyDelete
  17. Marina pon ada gak guna brand anchor. Dah 133 tahun rupanye. Dessert dia mewah betul

    ReplyDelete
  18. ini mmg favorite brand Sally dari dulu lagi...kalau buat kek mmg guna butter dia, cream base dia...semua laa...

    ReplyDelete
  19. Ya ampun tempting sungguh tgk makanan2 yg ada kat sini. Semua nampak sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete
  20. When I see this picture~ first of all , you are so cute!
    Secondly , you are so lucky! The desserts all look so yum!
    and I am a huge fans of Anchor!
    If cooking & baking~ Anchor is the best!

    ReplyDelete
  21. Masa mula2 masakkan utk anak nur, nur selalu beli unsalted butter brand anchor. Sedap je rasa especially bila buat biksut. Terliur tengok dessert dia. Sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  22. my partner (mazharalti) pun dah blogwalking kat sini rupanya... memang betul lah... menarik sungguh bila tengok semua dessert tu... seriously craving gilossss sehhhh... Anchor, memang pilihan terbaik... #bravo...

    ReplyDelete
  23. Karipap sambal petai? Rare betul tu hehe

    ReplyDelete
  24. lama giler dah Anchor ni rupanya. Iza suka beli butter dia. pergi event ni dapat makan ke semua kek yang sedap tu? adui terliur pulak rasa.

    ReplyDelete
  25. Macam2 dessert n cake kita boleh buat guna produk Anchor ni kan..x sangka dah 133 tahun dah di pasaran

    ReplyDelete
  26. Nampak menarik.. Boleh la AM join sertai contest.. Dah alang2 beli produk nie boleh juga berpeluang menang peraduan..

    ReplyDelete
  27. 133 ? wow that was amazing years! So, HAPPY 133 ANNIVERSARY ANCHOR ! Memang trusted-lah.

    ReplyDelete
  28. tahniah untuk 133 tahun yang lepas, semoga 133 ke hadapan anchor lebih maju jaya. rasanya saya tak pernah lagi guna produk anchor ni sbb saya bukannya rajin memasak, tapi mungkin mak saya ada guna.mungkinlah.. haha ;)

    ReplyDelete
  29. Tahniah Anchor, Qiss memang suka dan guna produk dia. Kalau masak, kalau buat air tu memang sedap. Tapi lagi sedap minuman yang pernah diperkenalkan dulu tu. Sedap sangat-sangat.

    ReplyDelete