Mainan Ikonik McDonald's Muncul Semula, Edisi Terhad Sempena Ulang tahun 40 Happy Meal

hai assalammulaikum

Bestnya, Mainan Ikonik McDonald's Muncul Semula, Edisi Terhad Sempena Ulang tahun 40 Happy Meal - Siapa biasa beli kotak Happy Meal!! Selalu beli Happy Meal sebab nak kumpul mainan yang ada dalam tu Banyak dah mainan yang dikeluarkan McDonald's dalam kotak Happy Meal. Kebanyakan mainan yang ada semua best. Hah, korang ingat lagi tak mainan ikonik McDonald's dahulu, Hamburglar, Furbey, Space Jam dan banyak lagi. Kalau korang nak tau, mainan ikonik McDonalds muncul semula dalam set Happy Meal sempena ulang tahun 40 Happy Meal. Yeahh..best kan..Mengimbas semula nostalgia mainan ni tau..


Selama 40 tahun, Happy Meal menjadi simbol perkongsian detik-detik kegembiraan untuk keluarga di seluruh dunia. Bila dapat beli Happy Meal memang gembira sebab nak dapatkan mainan yang ada.


Bagi memperingati peristiwa penting ini, McDonald's Malaysia akan melancarkan edisi terhad Surprise Happy Meal, dengan menampilkan 14 mainan Happy Meal paling popular sejak empat dekad lalu. Surprise Happy Meal boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara mulai 28 November ini, selagi stok masih ada.

"Kami sangat teruja membawa rakyat Malaysia mengimbas kembali detik-detik manis dengan mainan-mainan paling ikonik Happy Meal pada masa lalu, seperti Beanie Babies dan Tamagotchi. Kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti seronok dengan kemunculan kembali mainan dari era 1980-an dan 1990-an ini. Ia semestinya membangkitkan nostalgia, lebih-lebih lagi para pelanggan yang menyukai Happy Meal semasa zaman membesar mereka," kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai.

Sejak ia mula diperkenalkan pada Jun 1979 di Amerika Syarikat, Happy Meal telah berkembang ke lebih 38,000 restoran di lebih 100 buah negara di seluruh dunia – dengan mainan ikonik kekal sebagai simbol kejutan, keceriaan dan kegembiraan.








Setiap Surprise Happy Meal akan mengandungi salah satu mainan koleksi dan edisi terhad. Ni la antara mainan ikonik McDonalds yang koranga kan dapat.
Cowboy McNugget (McDonald's): 1988
Fireman McNugget (McDonald's): 1988
McNugget Carrier Mail (McDonald's): 1988
Hamburger Changeable (McDonald's): 1989
Grimace (McDonald's): 1990
Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald's): 1991
McDonald's Hot Wheels Thunderbird (Mattel): 1993
Hamburglar (McDonald's): 1995
Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers): 1996
Patti the Platypus (Ty Beanie Baby): 1997
Tamagotchi (Bandai): 1998
My Little Pony (Hasbro): 1998
Furby (Hasbro): 1999
Hello Kitty (Sanrio): 2013


Memang Surprise!!!

Hah, teruja tak. Semestinya teruja kan. Nad pun teruja..hehee.. Bezanya kali ni, setiap pembelian Surprise Happy Meal, korang tak boleh mintak mainan tu atau nampak mainan tu. Kerana ia di masukkan dalam plastik yang bukan lutsinar seperti selalu. Begitu juga pekerja McDonald's, mereka tidak akan tahu, mainan apa yang diberikan kepada pelanggan. Semuanya ada surprise!!!..


Selalunya, kalau kita dapat hadiah, mestila kita teruja apa nak tau dalam tu kan. Hah, samalah konsep McDonald's buat ni..hehee..

"Membuka kotak Happy Meal sering menjadi detik keriangan seisi keluarga, dan ia mewujudkan satu hubungan istimewa antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Bagi kami, Happy Meal bukan sekadar menu yang kami tawarkan – ia juga membantu mewujudkan kenangan terindah atau ‘feel good moments’ di kalangan keluarga,” tambah Melati.



Pelbagai Parti Boleh Dibuat Di McDonald's

Sebut pasal parti, mesti korang terfikir, hanya parti harijadi je boleh buat dekat McDonald's. Oopss..bukan ye, sebenarnya, pelbagai jenis party korang boleh buat dekat McDonald's ni seperti majlis perjumpaan semula, majlis perpisahan, bengkel photographi, office meeting, apa-apa sahaja. Bukan harijadi je tau!!..

Merapatkan hubungan kekeluargaan merupakan sebahagian besar daripada budaya McDonald’s. Melalui Parties @ McD, McDonald's Malaysia menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur untuk mengadakan pelbagai sambutan di restoran-restoran McDonald’s terpilih di seluruh negara. Sambutan-sambutan ini merupakan peluang bagi orang ramai berkumpul untuk mencipta dan menikmati detik-detik manis bersama keluarga, sahabat dan orang tersayang.

Selain Parties @ McD, McDonald’s Malaysia juga menyediakan Meetings @ McD dimana para pelanggan boleh menggunakan restoran-restorannya sebagai tempat mengadakan mesyuarat di luar pejabat.

Pelanggan boleh menempah restoran McDonald’s sebagai lokasi pilihan untuk parti atau mesyuarat melalui aplikasi McDonald’s, yang boleh dimuat turun di Play Store dan Apple Store, atau di laman web McDonald's Malaysia di www.mcdonalds.com.my.

Banyakkan kelebihan McDonald's ni, bukan sahaja tempat makan, tapi tempat untuk mengeratkan silaturrahim, merapatkan hubungan dan memberi keceriaan kepada orang ramai.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

25 comments so far,Add yours

  1. Best best.. Tak sabar nak beli happy meal limited edition ni

    ReplyDelete
  2. Zaman kecik dulu pun kita rajin juga kumpul sebab harganya berbaloi dan permainannya pun best. Good to know McD is bringin them back. Mengimbau nostalgia sangat ni!

    ReplyDelete
  3. happy meal ni mmg sllu sis beli..bukan sj untuk anak sis..sis pun ada beli jugak..wahh kali ni dia punya toy cute2 and best2..sure anak2 dara sis pun excited..ok nak beli semua

    ReplyDelete
  4. lama jugak dah sejarah happy meal ni rupanya...

    ReplyDelete
  5. mmg sure fiza akan beli.. setiap mggu mmg anak minta happy meal..

    ReplyDelete
  6. Nampaknya para collector mainan akan serbu la mencari bukan makanan depa cari tetapi mainaan tersebut. hehe

    ReplyDelete
  7. wahhh seronoknya. tak sangka dah banyak juga happy meal. saya setakat ni belum pernah beli happy meal sebab dulu2 jarang makan mcd. terima kasih share ya

    ReplyDelete
  8. Memang menarik sgt ni wak sebab sangatW menggamit kenangan hahah tak sabar wei nak tgg

    ReplyDelete
  9. Yeaaayyy..nak serbu beli jugak untuk simpanan sendiri di opis. Sure kengkawan bengang gak tengok sebab kita beli..

    ReplyDelete
  10. Lamanya semua mainan ni hehehe rindu kita rasa macam nak kolek juga lah boleh tak hehehe malu nak beli Happy Meal's semata-mata nak mainan jer wakakaka. Kalau penuh mesti jadi memori zaman kecil-kecil dulu....

    ReplyDelete
  11. Nie toy fatin zaman kanak-kanak, selalu beli happy meal untuk dia sebab nak kumpul toys tu... comel sekali sekarang keluar balik bolehlah beli

    ReplyDelete
  12. Ni sukalah ni budak2 kalau tahu ada.. Blh kumpul byk2 nanti

    ReplyDelete
  13. Memang ikonik sangat mainan-mainan tu. Kalau pengumpul tegar mesti kumpul semua koleksi ni.Sis minat juga tapi memikirkan tak reti nak jaga n simpan benda alah tu.Furby tu teringat cerita Gremlin. Hehe

    ReplyDelete
  14. Rawlins memang pengumpul mainan McD nie. Ada dua almari kaca untuk menyimpan mainan nie semua. Yeay. Now boleh tambah mana yang tak sempat beli dulu.

    ReplyDelete
  15. Mengimbau kenangan betul. Comel2 semua mainan happy Meal ni. Lagi2 yang Tamagotchi tuuu.

    ReplyDelete
  16. Masa anak kecik2 dulu suka betoi diaorg beli happy meal sb nk kumpul maianan dlm box tu. Now entah mana le pergi mainan tu

    ReplyDelete
  17. Selalu order set Ayam Goreng McD. Nampaknya lepas ni kena order Surprise Happy Meal la. nak jugak menan tu. Boleh menggamit memori kan. Bagi para pengumpul barangan McD mesti bertambah happy

    ReplyDelete
  18. Esok laa start kan. 28 nov. Budak2 mesti excited. Tapi ni mak budak pun dah excited dengar. Menggamit memori gitew

    ReplyDelete
  19. Bestnya! I grow up with Mcd! That time mom was crazy about snoopy and we collected all of them! Then after that my turn pulak yang collect . Happy sangat tengok semua ni!

    ReplyDelete
  20. Best kann happy meal ni. Yg ada simpan sampai skrg paling awal tahun 1999.haha 20 tahunn dah! Jomm esok kita serbu mekdiiii!

    ReplyDelete
  21. Mesti berebut org nak dapatkan koleksi istimewa ni kan. Dahla permainan epik no hehhe

    ReplyDelete
  22. Anak2 mmg suka mainan HM McD. Selalu beli happy meals juga demi hadiah free. Mcm ni

    ReplyDelete
  23. Bestnye Nad. Wajib pergi beli happy meal ni. Tak sabar menunggu

    ReplyDelete
  24. alalala comeynye.. nk kene dptkan jugak la neh ye.

    ReplyDelete
  25. macam2 kan McD ni. banyak idea. sejak dulu pun dia buat benda2 ni, and now viral on the Hello Kitty

    ReplyDelete