Makan Malam Murah, Hanya RM 35 Di Lee Corner Pandan Jaya.

hai assalammualaikum

Makan Malam Murah, Hanya RM 35 Di Lee Corner Pandan Jaya - Hari Ahad, hari malas memasak..kalau datang malasnya..hahaa. Bila dah malas, mula duk fikir nak amkan dekat mana. Lepas tu baru teringat kedai makan berdekatan dengan rumah,a da set menu makan yang sangat murah. Apa lagi, ajak la suami makan dekat situ. Memang banyak kedai makan area depan Maybank Pandan Jaya ni. Selalu makan dekat kedai Thailand, tapi macam makin kurang makanan dia. Kitaorang pergi la satu kedai ni yang kitaornag baru nak cuba. Kedai Lee Corner Pandan Jaya.

Kedai ni dah lama beroperasi. Memang selalu ramai orang datang sini sebab menu set dekat sini murah gila. Sebab tu ajak suami datang awal. Mujur masa kitaorang datang, takda orang sangat. Dapatla tempat duduk.


Makan Malam Murah, Hanya RM 35 Di Lee Corner Pandan Jaya 

Korang tak caya, menu dia murah. Nah, nad kasi tunjuk..Gila murah ok..Nama dia pun unik..hahaa..Ada Set Bujang, Set Bujang Keli, Set Bujang Siakap, Set Pakwe Makwe 1, 2 dan 3, Set Madu 3 dan Set family..hahaha..Nampak tak..


Paling murah semestinya Set Bujang, RM5 je. Yang ada ikan keli pun RM5 je, termasuk air dan nasi tu..aumm

Yang Set Pakwe Makwe , Madu 3 dan set Family tu ikan siakap..

Dalam banyak-banyak menu set, nad pilih Set Madu 3..hahaa..Jangan fikir bukan-bukan ye..Nad tengok makanan dia, bukan tengok madu tu ye..hahaha..Jangan duk fikir, makan set madu, bermadu kang..kah!!..




Ok dalam Set Madu 3 ada Nasi putih 3 pinggan, ayam goreng kunyit 1, telur dadar 1,tomyam campur 1, air tembikai 3 gelas. Dan tak lupa seekor ikan siakap besar..Nad pun terkejut, ingat saiz kecik, sekali besar ooo..Lauk macam ni memang sesuai denagn kami sekeluarga. Ala cuma nad , suami dan dua ornag anak. Anak-anak pun bukan makan banyak mana.

Semua sedap, takdela rasa pelik..Memang sedap..Licin kami makan..hehee..Lagi Ikan siakap ranguip, kuahnya pun cukup rasa dan cukup pedas. Nad bagi 5 bintang..heheee..

Kenyang perut malam tu. Makan murah, senang hati..hehe..Lepas ni boleh cuba lagi..

Korang kalau nak cuba, boleh waze Maybank Pandan Jaya. Lepas tu tengokla signboard warna warni tunjuk menu set ni. Kedai dia tepi jalan je. Na dpun lupa ambil gambar kedai..Tapi kalau korang perasa, nad duduk tu, hah situ jalan masuk simpang ke sini. Memang kedai dia depan simpang masuk ni.

Oh,kedai ni pun ada ambil tempahan. Bolehla tengok dekat banner menu tu..ada no telefon dia. Boleh juga follow
Facebook: https://www.facebook.com/leecornerpandanjaya/
Instagram: https://www.instagram.com/leecorner_pandanjaya/

Selamat mencuba. Puas hati..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

18 comments so far,Add yours

  1. Thanks for the blog loaded with so many information. Stopping by your blog helped me to get what I was looking for. Enjoy the power to create and control people in a virtual world where there are no rules with The Sims 4 – On Xbox One, PS4 and PC sims 4 news .

    ReplyDelete
  2. Memang murah sangat. Puas hatilah kalau menu macam ni dijual dengan harga yang berpatutan.

    ReplyDelete
  3. simple tapi nampak menyelerakan....boleh singgah ni gi umah mak cik kat sana

    ReplyDelete
  4. boleh tahan harganya..murah. teringat nasi bujang dulu..rm3.50 je.huhuh

    ReplyDelete
  5. waaah memang btul2 murah tu. boleh la terjah kalau pi sana

    ReplyDelete
  6. Ok. Baiklah. Rawlins nak ajak kengkawan dan kakak saudara Rawlins menyinggah makan kat sana la weekend nie. Nampak cam sedap je set yang Nad makan tu.

    ReplyDelete
  7. serious lah murah betul ni. menu kemain banyak tapi murahnyee. wajib cuba ni. tengok gambar pun macam sedap je. ikan siakap pun besar.

    ReplyDelete
  8. set pakwe makwe pun hadoo hahahahaha kelakar lah nice nya marketing diorang hahahaa

    ReplyDelete
  9. makanan semua nampak sedap dan harga pun boleh tahan.. marketing diorang nampak menarik dan kreatif sgt untuk tarik pelanggan..haha

    ReplyDelete
  10. Wow!!!!!!! The food looks good. Good review. Thank you for sharing. Have a good day and take care.

    ReplyDelete
  11. Nanti kalau sesat-sesat dekat Pandan Jaya tak tau nak pi makan mana boleh singgah sini lagi pun murah dan cukup untuk family kecik kami...

    ReplyDelete
  12. I am so hungry after reading all this and it is so nice to have a package price started there. Can eat without worrying of not enough money to pay

    ReplyDelete
  13. Baca tajuk artikel terus rasa nak tengok apa yang murahnya. Bila dah baca, memang murah la. Ikan Siakap saiz Nad pilih tu jer..kalau beli dah berapa, bahan-bahan nak masak, tenaga...and baik makan kat luar je lah. Hahaha...seminggu sekali, kita gantung kuali.

    ReplyDelete
  14. Wah, bolehlah nnti singgah kt sini! murah dan berpatutan harganya. nanti kalau family dtg sini boleh saya bawak diorg ke sini. thanks review ya

    ReplyDelete
  15. Murah dan berpatutan. Paling penting dari segi rupa dan rasa tidak mengecewakan bukan? Hiks

    ReplyDelete
  16. Perghhh... Nampak menarik tu. Dekat ngan rumah family mertua. Nanti nak try makan sini lak laaaa.. Thanks Nad sharing

    ReplyDelete
  17. masuk list ! murah dan nampak sedap. tambah tambah lauk yang depa cadangkan tu kena dengan selera mek dan spouse. thankyou !

    ReplyDelete