hai assalammualaikum

Meriah Sungguh Suasana Perkahwinan Kawan Nad Ni - Bulan lepas, 13/10, kawan satu Universiti telah menamatkan zaman bujang dia. Tahniah kepada Sanawiyah. dia ni kawan seuniversiti, UUM. Walaupun dia duduk area Gombak, nad duduk Pandan Jaya, tapi jarang sangat berjumpa sebab komitmen masing-masing. Macam biasa, bila rakan nak kawin la baru dapat berjumpa. Bestnya, dapat berkumpul dengan kawan seuniversiti yang lain, yang datang dari jauh macam Pahang, Kedah, Seremban, Perak, Kelantan...hah mana yang boleh turun memang dapat turunla..Ya semua kawan jauh-jauh, tapi ada yang bekerja di KL.

Bila Sanawiyah ni nak kawin, kami dalam group dah decide, baju macam mana, stay dekat mana. Perancangan kena awal, supaya tak kelam kabut. Jadi, masa dia kawin, kami decide, kain batik baju bebas. Sorang kawan, ain namanya dah dapat homestay yang dekat dengan rumah Sanawiyah untuk diaorang duduk. Masa tu, nad pun nak menyibuk duduk homesaty sekali..hahaa..Yela, bila lagi dapat berkumpul dan berborak kan.

Kawan nad ni, sebenarnya orang Indon dari masyarakat Bawean. Orang panggil Boyan. Jadi ada keunikan sikit perkahwinan dia ni.

Sabtu malam tu, terus pergi homestay dulu, letak barang, kemudian terus ke rumah Sanawiyah. Macam nad dulu kawin, sabtu malam ada, ahad siang pun ada. Ana pun buat macam tu. Malam sabtu pakai baju biasa jela, tshirt dan seluar..hahaa..Orang cakap datang selamba je..hehe..


Homestay ke rumah Ana, 5 minit je. Meriah juga kenduri kawin dia waktu Sabtu malam tu. Kami sampai, Ana dekat pelamin. Masa tu pulak ada ceramah dekat kenduri dia..hehee..Terkjut juga..lain sikit ye siap ada kenduri..Mak dan kakak Sanawiyah memang dah kenal kami, sebab sebelum ni, kami pernah datang rumah dia. Kakak dia cakap, sebenarnya nak panggil orang kompang, tapi kenapa ntah, tu yang panggil orang ceramah. Tapi bagus juga dipanggil orang ceramah ni, banyak ingatkan kita tentang alam perkahwinan ni..ehhee..Dengarla sampai habis..hehee..Pengantinla kena dengar..kami pergi makan dulu..hehe

Makanan diaornag buat bukan biasa-biasa..hahaa..Selalu kenduri kawin makanan, ayam, sayur, yang baisa-biasa tu. Tapi dekat sini, makanan, ayam, udang, ikan keli, ulaman, sayur dan macam lagi..hahaha..Siap ikan keli dan udang kau..pergh!!..



Apa lagi, ambil semua je..hehee..dah macam food review..

Masa ni tak sempat nak ambil gambar, sebab nad bawa dua orang anak sekaligus. Nak layan diaorang, sush nak ambil gambar semua.

Selesai makan, selesai ceramah habis, terus kitaorang masuk dalam rumah Sanawiyah.

Lainnya lagi bila ada orang kawin dekat kampung diaorang ni, semua jiran pakat bagi hadiah. Hadiah berasla, hamper la..pergh penuh rumah. Kalau kita kawan je yang bagi..kalau ada saudara nak bagi tu mana yang nak bagi jela. Tapi, kampung dia, semua jiran bagi..meriah gila..hahaa..


Hah yang ni, kitaorang sempat ambil gambar dalam rumah..hahaa. Masa ni Sanawiyah tukar baju. Biasalh, kadang ada tukar-tukar baju tu kan..hah macm tu.

Lepas tu kitaorang balik homestay. Lepak duduk sama-sama. Membawang tu biasala..hahaha..Lam a tak jumpa uii..




Esoknya Ahad, kitaorang pakai yang dijanjikan. Pagi-pagi siap sarapan semua. Lepas tu tak lupa bergambar dekat homestay dulu. Masa ni dah keluar terus dari homestay.


Hah beg pink tu la hadiah untuk Sanawiyah..dia memang suka pink..hahaa..Ni kawan-kawan yang pilih, diaorang pergi ke Melawati Mall. Masa tu nad tak dapat pergi sana. Jadi kongsi hadiah jela. Siap ada banyak barg lain lagi dalam beg tu..


Sampai rumah Sanawiyah, meriah habis. Makanan sama macam malam tu. Kami sampai Sanawiyah belum berarak lagi. Sempat la ambil gambar. Lepas tu, baru dipanggil untuk berarak sebab pihak lelaki dah sampai.




Suami Ana ni satu kampung juga dengan dia. Jadi senang la rumah dekat-dekat..hehee..

Bila tengok yang membawa dulang bukan 10, tapi macam lebih 10..hahaha..siap hamper berapa belas dah..kihkih..dekat kampung diaorang dah biasa buat macam tu. Kena sediakan hamper untuk diberi kepada pihak perempaun dan lelaki..Jiran pun akan bagi..Siap beras, dan minyak masak kau..hahaa..

Bagi duit tu biasa juga la..

Kalau macam kita, ada jugala hantaran manisan, coklat , tapi tak banyak kan..ehhee..diaorang lain sikit,.

Tapi kata Ana, hanya dekat kawasan kampung dia sahaja, kalau kawin dengan orang lain, pihak laki takda buat macam ni. Hantaran macam biasa jela..ehhee..

Suami nad, datang pun dia cakap " kawan sayang orang apa?" nad cakap la " Kenapa? "..Sebab dia nampak tetamu yang datang tu pakai kot hensem-hensem..Jadi dia fikir mesti bukan masayrakat Melayu ni..hahaa.. Nad cakapla dia orang Indon.

Masa kitaornag selesai makan, pengantin tengah atas pelamin. Kitaorang pun macam biasa duduk dalam rumah nak tunggu Sanawiyah. Sekali dengar Sanawiyah pengsan, muntah..Kata kakaknya dia tak makan pagi..alahai Sanawiyah..dia ingat boleh tahan sampai makan tengahari. Ana ni ada penyakit gastrik, kalau datang sakit hah macam ni la..Kesian dia..


Ni hadiah yang dia dapat..




Jadi, dah tengok keadaan dia macam tu, kitaorang cadang balik je. Ambil jela gambar dekat pelamin tanpa pengantin lelaki dan perempuan..hahaha..Nasib dah ambil awal-awal dengan pegantin perempuan.



Balik tu, kakak dia sediakan kitaorang macam-macam jenis makanan, jajan, siap bagi satu hamper..hahaa..ni Sanawiyah suruh bagi la ni..hahaa..memnag penuh la balik tu..Terima kasih Sanawiyah..

Dalam group, Sanawiyah cakap sedih tak dapat potong kek, tukar baju, ambil gambar outdorr. Kitaornag cakap, takpe, boleh ambil lain..hehee..kesian dia..yang penting selamat dah semuanya..

Kitaorang ada plan pergi bercuti ke tempat lain lepas ni..So nantikan tahun depan..hahaha...
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. ammi pun suka kalau attend wedding kat kampung..muafakat dorang tu lain macam.

    tengok nama keturunan kawan Nad terus teringat lagu La Obe

    ReplyDelete
  2. seronok jadi pengantin nie
    byk dpt hadiah dari kawan2
    hihhi
    tahniah
    selamat pengantin baru

    ReplyDelete
  3. memang meriah. orang Boyan ni kalau buat kenduri siap bagi goodies bag macam-macam. Seronok tengok orang kampung diorang muafakat macam tu.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2