NENAS MASAK LEMAK..SEDAP SANGAT

in , by Nadia Johari, 14:45:00
hai assalammualaikum

Nenas Masak Lemak - Balik kampung, request jela nak makan apa..mesti akan dapat punya..hehee. Lagipun bahan yang kita nak mudah nak cari dekat kampung. Kedai pun banyak yang berdekatan. Naik basikal pun boleh..hehee..Tu yang syok balik kampung. Mau tak buncit perut sebab pagi, tengahari, petang sampai ke malam, kadang tengah malam, ada je makanan depan mata. Haritu nad mintak nak makan nenas masak lemak. Pulak tu, masa tu mak nak pergi pasar jumaat. Mak pun belikan la nenas yang kecik je. Sebab budak-budak pun bukan makan lauk nenas ni. Bila mak cakap dah beli ennas, terus nad buat nenas masak lemak. Tapi mak yang tunjukkan..hahahaa..Ni cara nad yang mudah dan ringkas je..

Bahan-bahan
- 1 biji nenas dipotong kecil-kecil
- 2 biji bawang merah (dihiris )
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- santan
- serbuk kunyit
- kiub pati ikan bilis, separuh sahaja
- garam

Cara membuatnya
- Masukkan santan ditambah dengan air sedikit beserta bawang merah, bawang putih dan serbuk kunyit. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan kiub pati ikan bilis kemudian gaul..
- Kemudian, masukkan nenas.
- Masukkan sedikit garam dan perasa
- Biarkan sekejap sehingga nenas masak.


Siap dah...boleh makan bersmaa sambal belacan..aummm...sebeanrnay lagi sedap kalau masukkan ikan masin...perghh..
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. ammi tak berapa dengan lauk ni... kalau org masak ammi makanlah jugak

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. nenas masak lemak ni campur ikan masin. sedapnya ^_^

    ReplyDelete
  3. Campur ikan kurau kering atau sepat kering sedapnya

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nenas masak lemak... Lama dah xmakan lauk ni.. Sbb alah nenas baru2 ni

    ReplyDelete
  5. You have a good site. It is really easy, and nice to navigate.I think the website is great, looks wonderful and very easy to follow. 스포츠 생중계nba 생중계

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2