ANAK NOMBOR 2 SEORANG YANG COOL TAPI...

hai assalammualaikum

Anak Nombor 2 Seorang Yang Cool, Tapi..- Jarang sangat cerita pasal Farhanah ni. Farhanah, anak nombor dua, yang banyak perangai. Kebanyakannya dia akan tiru kakak dia. Tapi dia juga ada perangai tersendiri. Setiap hari, ada je benda baru yang dia buat dan mencuit hati. Tapi apa yang nad tengok, Farhanah ni seorang yang cool dan relaks je. Bukan seorang yang kuat menangis macam kakak dia. Paling tak boleh tahan, kuat pembuli ni..hehee..Selalu juga dia buli kakak dia.


Bila berebut benda, memang si adik ni takkan mengalah. Berebut juga sekuat hati nak dapatkan benda tu. Bila dah dapat, kakak semestinya akan nangis, tapi adik, akan pergi macam tiada apa yang berlaku..hahaha. Tapi sebagai mak, nad akan ajar, supaya main sama-sama dengan kakak, atau kalau dia buat salah, perlu mintak maaf dan sayang orang tu. Farhanah memnag akan buat apa yang disuruh.

Lagi perangai Farhanah ni, dia kuat memberontak dan cepat marah. Macam kakak usik sikit, atau nad usik atau daddy usik, mesti akan mendengus keluar suara marah dengan memek muka yang garang..Yang tu tak tau dari mana dia belajar marah macm tu..ahhaa..Lawak kadang-kadang dia ni..Kadang siap cakap "NO"...perghh tatut kita wak..

Farhanah ni cepat belajar. Dia cepat tangkap apa yang dia nampak. Apa kakak buat, mesti nak tiru, esok lusa , dia buatla sendiri..

Banyak juga la perangai dia ni, ada juga yang memang menghiburkan hati.

Tapi...hah, ada tapinya..


Farhanah ni takut dekat orang. Memang ni selalu menjadi masalah nad. Lari sikit dari dia terus melalak bagai nak rak. Orang nak sentuh pun masam mencuka je.

Farhanah ni juga kuat merajuk, dan kuat terasa hati. Kene tinggal sikit dah merajuk..hahaa..Mulut pula mencebik macam itik..hehee..


Tapi dalam peranagi pelik dan unik dia, Farhanah ni seorang yang manis sangat..hehee..Kalau senyum, adoii cair je..

Ni antara sifat anak nombor dua..
Positif
- fleksibel
- pandai bawa diri
- lebih berdikari
- kepercayaan dan keyakinan yang tinggi
- boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi
- pentingkan kekeluargaan
- bertanggungjawab

Neutral
- perangai unik/pelik dari adik beradik lain
- boleh baca emosi/perangai/keadaan seseorang
- survivor

Negatif
- mudah/cepat terasa/sensitif
- rasa tersisih dan terabai
- mudah mengalah
- degil/keras kepala tapi masih terkawal
- suka buli adik lebih kecil
- pendiam
- lebih suka buat kerja sendiri dari berkumpulan
- suka pendam perasaan
- sukar untuk difahami
- suka menyendiri
- pentingkan orang lain dari diri sendiri
- suka tarik perhatian

Adalah sikit dekat Farhanah. Tunggu besar lagi muncul la perangai dia yang baru.seronok dapat tengok anak membesar depan mata.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Anak no 2 memang macam tu nad. Setuju sangat dengan sifat anak no 2.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Alhamdulillah rezeki kan dapat tengok anak membesar depan mata

    ReplyDelete
  3. Bila maknya anak no 2 dan anak kedua bertemu pening kepala jugak tu. haha

    ReplyDelete
  4. anak no 2 memang suka tiru anak no1 kan, macam anak saya =))

    ReplyDelete
  5. Sama aunty anak no 2, kalau nk cek personality ( personality test) selain kedudukan anak dalam adik beradik, tarikh lahir juga boleh di mix and match kan.

    ReplyDelete
  6. Yup memang seronok tgok anak membesar depan mata. Anak no 2 sis pun cam tu gak, pandai bawak diri, lembut orangnya, pandai ambik hati, bertanggungjawab, pentingkan keluarga, manja...tu le anak no 2 sis

    ReplyDelete